Aktviti Membaca!

Khamis, 10 Disember 2015

Sesungguhnya... Dia Lelaki Pelindungku


Sesungguhnya... Dia Lelaki Pelindungku
Wan Rohayu

ISBN: 9789670657141
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: April 2014
Halaman: 579
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Aku bagi extra 1* untuk ending.. aku suka ending. Kalau yang lain? Aku rasa ianya sungguh melodrama. Haihh... dah ada gaya sinetron. Dan, untuk itu aku tabik dengan kesungguhan aku sendiri dalam menghabiskan novel ini hahaha :P

Full review: 23/11/2015

Hmm... mungkin ianya tidak kena dengan selera, atau aku mungkin konservatif. Tapi, ini yang aku nampak:-

1. Pergaulan bebas pasangan. Walaupun mungkin anda sepupu, ianya masih tak menghalalkan pasangan itu untuk berpegangan tangan mahupun berpeluk sakan. Bercinta, bertunang atau apa saja bukan tiketnya. Malah, kalau heroinnya bukan bertudung pun, aku masih mahu katakan -- jagalah maruah anda wahai sang gadis! Cinta bukan takat suka-suka, ia membawa tanggungjawab ke bahu anda!
2. Watak lelaki sang pelindung. Seperti ada yang tak kena, tak pasti. Tapi si Daris yang aku kira baik pun tidak seputih mana. Ya, benar... lelaki dan nafsunya. Tapi, hmm... okay, I reserve my comments.
3. Melodrama -- dirogol, aku terima. Kemudian berkahwin dan diceraikan, aku terima lagi. Kemudian ibu bapa meninggal, family Zara jatuh muflis, Zara hidup merempat bak pengemis, anak tidak dianggap anak [amnesia akibat traumatik] blablabla... pheww, memang ada gaya sinetron. Daripada perasaan kasihan pada heroin, tapi akhirnya ianya jadi zero. Tak pasti kenapa. Mungkin aku ‘letih’ membaca tiap perkara tragis yang menimpanya.
4. Aku tak jumpa titik penyesalan watak-watak. Ia, ini bukan kisah islamik. Tapi, at least ada rasa sesal di hati Qaiser dan kembali pada sang Pencipta. Atau, mungkin Zara... setelah diuji dan diuji, kenapa tidak kembali pada fitrah kita sebagai hamba-Nya? Kalau aku terlepas pandang, aku minta maaf.

Tapi, aku suka ending. Aku kira ianya cukup ‘cantik’ buat ketiga-tiga watak. Dan, ya... jujurnya aku lebih menyukai novel pertama penulis.

Sekali lagi, ini pandangan peribadiku. Jangan mudah terpengaruh dengan pendapatku. Baca dan kemudian letaklah penilaian anda sendiri.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))