Proposal Cinta Selamanya
Rose Harissa
ISBN: 9789670448978
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2015
Halaman: 595
Harga: RM22
Halaman: 595
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
Tak sia-sia jadi #teamleo hahaha ;P
Kredit pada Kakrinn yang gagah perkasa, sudi melayan pesan makyong. Dan, terima kasih buat sang penulis atas titipan yang buat aku tersengih seharian.
Kredit pada Kakrinn yang gagah perkasa, sudi melayan pesan makyong. Dan, terima kasih buat sang penulis atas titipan yang buat aku tersengih seharian.
Full review: 19/11/2015
Tengok review Ras, aku pun gigih mahu taip
review hahaha. Bukan apa, banyak nauuu tinggalnya. Belum masuk
novel-novel yang dibaca selepas habis ‘cuti’. Hmm... macam ada gaya mahu pencen dah ni hahaha.
Dua lelaki yang penuhi ciri-ciri idaman
Amyra. Pening kepala dibuatnya, mahu pilih yang mana. Mahukan si-babang-Zaim
atau Leo-yang-biasa-biasa-itu?
Ha, ini sebenarnya intipati cerita. Benar,
ada part seperti kisah lelaki kaya,
kacak, dan baik. Aku kira kesemuanya ada dalam edisi jejaka idaman. Ini kerana RH
sendiri sangat gemar akan hal mem-boombastik-kan sang heronya. Dan, tambah extra mark sebab kali ini watak-watak
lelaki dalam PCS diseimbangi dengan watak Amyra yang matang.
Tapi, ya ini bukan takat kisah hero-heroin
atau kisah cinta khayalan. Dalam membangunkan ketiga-tiga tunjang utama ini,
banyak yang aku kutip buat ingatan diri sendiri. Terserah anda, antara mahu
dengan tidak saja.
Kredit sebab penulis memang buat homework, atau boleh dikatakan
pengalamannya dibawa masuk dalam novel kali ini. Selok-belok pekerjaan
Amyra-Leo-Zaim diceritakan dengan baik. Aku suka, ianya tak seperti
copy-paste-enche-google. Dan, tetiba aku rasa macam nak buka kedai sweet sour. Eh! Apa ke hal sour pun masuk? Hahaha :P
“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.” - Amyra
Nampak mudah. Tapi bila berdepan... hmm... susah sungguh mahu membuat
keputusan, kan kan kan? *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan