Isteri Tuan Ihsan
Sara Kyoko
ISBN: 9789675406683
Penerbit: Lovenovel Publication
Tarikh Terbit: 2015
Halaman: 441
Harga: RM25
Halaman: 441
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
Kredit pada Mai :))
Full review: 17/12/2015
Memang aku tiada masalah dengan isu cinta
tak mengenal usia ni. Apatah lagi semasa membaca ini aku terkenang-kenang
telenovela Juana La Virgen. Choiii...
lamanya kenangan dengan si Juana ni hahaha
:P
Tapi ya, maaf! Aku tak boleh ‘masuk’ dengan
karya ini. Bukan kerana isu cintanya tapi;
1. Hero-heroin duduk serumah. Maaf,
walaupun sudah ada penyataan [yang berulang-kali] tentang Ihsan, Seroja dan
para pembantu rumahnya yang ramai itu, ianya masih tidak ‘halal’ untuk pasangan
ini. Aku masih berpegang pada, niat tidak menghalalkan cara. Apa lagi dengan
adanya perasaan mahu menggoda, digoda dan tergoda.
2. Seroja. Mungkin kerana aku selalu
disogokkan dengan kisah heroin yang kuat jati dirinya, aku akhirnya tidak boleh
click dengan Seroja. Aku harus puji
penulis berjaya membuatkan aku rasa menyampah dengan Seroja.
3. Kisah orang kaya dengan segala jenis
jenama yang diketengahkan. Ya, kerana Tuan Ihsan itu kaya, Seroja pun apa kurangnya.
Buat aku golongan marhaen ini, ia menjadikan cerita ini terlalu fairytales [pinjam ayat CP]. Mungkin
imaginasi penulis cukup tinggi. Makanya aku yang biasa-biasa ini tak mampu nak
hadam kesemuanya kerana kaki masih berpijak di tanah yang penuh onak-duri
[belum masuk kes bayar GST hari-hari. Eh!!! hahaha]
4. Adegan mesra-alam yang terlalu banyak
dikesan. Mungkin orang kita dah boleh menerimanya, tapi aku tidak. Maaf. Bila
dah terlalu banyak disuap dengan benda yang manis, aku rasa muak, yang manis sudah
tidak kelihatan manis lagi. Aku rasa ada lagi banyak cara untuk menunjukkan
pasangan itu bercinta, berkasih sayang dan sebagainya.
5.‘Pek’,
‘Pak’, ‘Aumm’ blablabla... -- kesan bunyi ini banyak menganggu kosentrasi
pembacaanku. Belum lagi dengan campur tangan penulis yang ada di setiap
halaman. Aku jadi letih!
Dan keseluruhannya, mungkin saja novel ini
bukan my cup of tea. Buat kamu dan
kamu, para pembaca sekalian boleh baca dulu. Mana tahu kisah santainya lekat di
hati, sekaligus menjadi kesukaan anda sekalian.
Cuma, aku teringat tinta di Cerita DariSyurga yang bunyinya lebih kurang begini [aku tulis apa yang aku faham] --
menulis itu besar amanahnya. Terserah pada sang pemegang pena mahukan ceritanya
dikenang hingga ke hujung usia atau tersungkur sebelum tiba di pintu syurga.
Deep?
Ya, kerana menulis itu membawa
tanggungjawab ke bahu anda.
Peace!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan