Aktviti Membaca!

Khamis, 10 Disember 2015

Proposal Cinta Selamanya



Proposal Cinta Selamanya
Rose Harissa

ISBN: 9789670448978
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2015
Halaman: 595
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Tak sia-sia jadi #teamleo hahaha ;P

Kredit pada Kakrinn yang gagah perkasa, sudi melayan pesan makyong. Dan, terima kasih buat sang penulis atas titipan yang buat aku tersengih seharian.

Full review: 19/11/2015

Tengok review Ras, aku pun gigih mahu taip review hahaha. Bukan apa, banyak nauuu tinggalnya. Belum masuk novel-novel yang dibaca selepas habis ‘cuti’. Hmm... macam ada gaya mahu pencen dah ni hahaha.

Dua lelaki yang penuhi ciri-ciri idaman Amyra. Pening kepala dibuatnya, mahu pilih yang mana. Mahukan si-babang-Zaim atau Leo-yang-biasa-biasa-itu?

Ha, ini sebenarnya intipati cerita. Benar, ada part seperti kisah lelaki kaya, kacak, dan baik. Aku kira kesemuanya ada dalam edisi jejaka idaman. Ini kerana RH sendiri sangat gemar akan hal mem-boombastik-kan sang heronya. Dan, tambah extra mark sebab kali ini watak-watak lelaki dalam PCS diseimbangi dengan watak Amyra yang matang.

Tapi, ya ini bukan takat kisah hero-heroin atau kisah cinta khayalan. Dalam membangunkan ketiga-tiga tunjang utama ini, banyak yang aku kutip buat ingatan diri sendiri. Terserah anda, antara mahu dengan tidak saja.

Kredit sebab penulis memang buat homework, atau boleh dikatakan pengalamannya dibawa masuk dalam novel kali ini. Selok-belok pekerjaan Amyra-Leo-Zaim diceritakan dengan baik. Aku suka, ianya tak seperti copy-paste-enche-google. Dan, tetiba aku rasa macam nak buka kedai sweet sour. Eh! Apa ke hal sour pun masuk? Hahaha :P


“Saya cari suami, bukan setakat jadi kekasih bertahun-tahun tapi belum tentu ada jodoh.” - Amyra


Nampak mudah. Tapi bila berdepan... hmm... susah sungguh mahu membuat keputusan, kan kan kan? *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))