Sempurnakan Cinta
Farah Husain, Rose Harissa, Cik
Amal Amina, Shamien A. Basit, Rina Farizq, Illa Shanahila, Ezza Mysara
ISBN: 9789672137399
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: Julai 2018
Halaman: 429
Harga: RM30
Harga: RM30
~ Rasaku… ~
Bila
ianya keluaran limited edition, kita akan jangkakan yang
lebih.
Hmmm...
Full review: 20/09/18
Oops! Maaf - Farah Husain
Comel. Boleh pula gigih stalk anak
jiran. Tapi part Izad tiba-tiba lost tu, aku
rasa nak hempuk kepala Izad.
Aku makin selesa dengan FH. Rasanya dah
boleh start baca novelnya yang lain.
Ali Alauddin - Rose Harissa
OMG!!! Dah kenapa cerita tergantung ni? Rasa nak pok je
Kak Rose ni la 😂
Tak suka bila tengah larut dengan konflik
Ali-Ari sekali tamat. Ok, pesanan wajibulrunnah - sila SAMBUNG! Titik.
Degupan Cinta - Cik Amal Amina
Suka part awal masa Iskandar
nak try Dian tapi makin sampai ke titik penamat rasa gatal
sangat si Iskandar ni, dan itu buat momentum membacaku jatuh merundum.
Kelip-kelip Terbang Malam - Shamien A. Basit
Cerita yang sangat tak cliche. Aku
suka. Cerita ni kalau dipanjangkan lagi jadi sebuah novel aku akan beli.
Nadhirah, you’re really supergirl!
Naqi - Rina Farizq
Nak cakap: Naqi, you’re such a loser!
Emo dibuatnya. Betul kata Safia, masa orang tu tengah comot, serabai
kata tak suka. Bila dia dah cantik pandai bergaya tiba-tiba cinta jatuh ke hati?
Mujur bukan Cherina kat tempat Safia tu 🙄
Mr Whatever - Illa Shanahila
Plot awal macam pernah baca tapi tak ingat kat
mana tapi masih cerita yang comel, tak banyak konflik pun. Sesuai untuk bacaan
santai.
Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara
Puas hati baca kisah ni. Ringkas dan comel.
Manis sekali. Dan, memang zaman media sosial ni, semua nak jadi thread di
twitter eh? #sistanyaje 😬 Apa pun, good job Ayaz!
Untuk pembaca yang cerewet sepertiku, LE ini
kelihatan biasa-biasa je. Silap sendiri bila letak harapan setinggi gunung.
Namun, ia masih tak menghampakan.
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan