Aktviti Membaca!

Rabu, 10 Oktober 2018

Sempurnakan Cinta


Sempurnakan Cinta
Farah Husain, Rose Harissa, Cik Amal Amina, Shamien A. Basit, Rina Farizq, Illa Shanahila, Ezza Mysara

ISBN: 9789672137399
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: Julai 2018
Halaman: 429
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

Bila ianya keluaran limited edition, kita akan jangkakan yang lebih.

Hmmm...

Full review: 20/09/18

Oops! Maaf - Farah Husain
Comel. Boleh pula gigih stalk anak jiran. Tapi part Izad tiba-tiba lost tu, aku rasa nak hempuk kepala Izad.
Aku makin selesa dengan FH. Rasanya dah boleh start baca novelnya yang lain.

Ali Alauddin - Rose Harissa
OMG!!! Dah kenapa cerita tergantung ni? Rasa nak pok je Kak Rose ni la 😂
Tak suka bila tengah larut dengan konflik Ali-Ari sekali tamat. Ok, pesanan wajibulrunnah - sila SAMBUNG! Titik.

Degupan Cinta - Cik Amal Amina
Suka part awal masa Iskandar nak try Dian tapi makin sampai ke titik penamat rasa gatal sangat si Iskandar ni, dan itu buat momentum membacaku jatuh merundum.

Kelip-kelip Terbang Malam - Shamien A. Basit
Cerita yang sangat tak cliche. Aku suka. Cerita ni kalau dipanjangkan lagi jadi sebuah novel aku akan beli. Nadhirah, you’re really supergirl!

Naqi - Rina Farizq
Nak cakap: Naqi, you’re such a loser! Emo dibuatnya. Betul kata Safia, masa orang tu tengah comot, serabai kata tak suka. Bila dia dah cantik pandai bergaya tiba-tiba cinta jatuh ke hati? Mujur bukan Cherina kat tempat Safia tu 🙄

Mr Whatever - Illa Shanahila
Plot awal macam pernah baca tapi tak ingat kat mana tapi masih cerita yang comel, tak banyak konflik pun. Sesuai untuk bacaan santai.

Encik Pengapit Pengantin - Ezza Mysara
Puas hati baca kisah ni. Ringkas dan comel. Manis sekali. Dan, memang zaman media sosial ni, semua nak jadi thread di twitter eh? #sistanyaje 😬 Apa pun, good job Ayaz!

Untuk pembaca yang cerewet sepertiku, LE ini kelihatan biasa-biasa je. Silap sendiri bila letak harapan setinggi gunung. Namun, ia masih tak menghampakan.


Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))