Dia, A
Ednin
ISBN: 9789670851839
Penerbit: Jemari Seni
Tarikh Terbit: April2017
Halaman: 470
Harga: RM25
Harga: RM25
~ Rasaku… ~
I’m
in a good mood & feeling extra generous today.
Thanks Ednin 😊
Thanks Ednin 😊
Full review: 1/10/18
1. Sederhana.Ya, padaku ia kisah yang sangat sederhana.
Sangat mudah dihadam dengan fokusnya hanya pada Abiir dan Farhan.
2. PTSD. Terima kasih untuk cerita tentang
ini. Nampak isunya berat tapi penulis mengadunnya dengan cukup bersahaja.
Tenang-tenang hingga ke hujungnya. Penamat yang bagus untuk isu yang
dibangkitkan.
3. Family
bonding -- seperti mana rencah dalam novel keluaran JS, hubungan
kekeluargaan pastinya akan dikarang dengan penuh harmoni. Dan, itu buat aku
rasa sangat selesa dengan naskhah ini.
4. Markah tambahan untuk setting di Book’s Cottage. Buat aku feeling at home. Serius aku suka GILA. Penulis
telah menggambarkan isi dalam kedai itu dengan cukup baik, buat mood aku bertambah baik sekali.
5. Sayang pula bila kisah adik beradik
Mia-Daniel tidak capai titik noktah. Autisme satu isu yang menarik, tapi
mungkin juga penulis tak mahu ia bercampur-aduk dengan fokus utama. Cuma ya,
kalau ada projek terbaharu, isu autisme ini boleh digunapakai.
6. Amal. Penulis ada tak nak sambung kisah
Amal ni? Dia comel la.
Jujur aku happy baca novel ni. Tiada konflik orang ketiga yang membuatku
emosional. Tiada istilah dua darjat yang bikin hati aku panas dengan cacian
atau hinaan sang tinggi darjatnya, dan tiada juga kisah over pasangan yang hangat bercinta yang buat aku muntah hijau. Pheww…
Kena geledah gobok untuk cari naskhah kedua
penulis: Poskad. Rasa macam ada beli tapi tak tahu letak di mana. Ok, go!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan