Aktviti Membaca!

Khamis, 28 September 2017

Comolot

Comolot
Hilmi Lona

ISBN: 9789670954561
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Julai 2016
Halaman: 326
Harga: RM21.90

~ Rasaku… ~

Not so bad.
Lama tak baca buku keluaran Fixi, dan aku pilih ini kerana tajuknya. Teringat masa belajar dulu, kawan-kawan suka guna istilah comolot ni -- melambangkan betapa ‘geng’nya mereka.

Aku suka dengan idea penulis. Ingat senang nak gabung manusia dan segala jenis entiti paranormal lain? Bravo!

Plotnya mengisahkan dunia si manusia biasa, Kerabat Dia Pandora dan Puaka (makhluk alam ghaib). Dan, jangan lupa si Komolot. Eh, ni watak penting tau! Ketiga-tiganya dijalin dengan kemas walaupun ramai sangat karakter yang diketengahkan. Cuma, mungkin ada masanya keliru kerana terdapat selingan imbas kembali di antara bab.

Aku suka watak Che Baya tu. Lagi-lagi bila sampai dia dipanggil Nenek Kebayan. Laaaaaa *wink*. Kisah anak-anaknya pun menarik. Memang kena baca sampai habis. Cuma awal-awal tu, hmm… memang buku Fixi sangat. Nak buat bagaimana. Tapi aku kira kalau tiada pun, ianya tak mencacatkan cerita ini.

Tapi ya, ada beberapa persoalan yang aku musykil (atau ada yang aku terlepas pandang). Contohnya:-

  1. Anak Che Baya tu, aku rasa dia tak mati. Tapi mana?
  2. Kisah Fairuz [baca: Zee]. Wataknya ‘muncul’ tiba-tiba saja. Asal-usul tak diperinci dengan lebih jelas, terutama yang mana katanya benci sangat dengan kaum sejenis yang menjadikan dia begitu.
  3. Asal usul Kerabat Dia Pandora pun tak diceritakan sangat. Bagai manusia biasa, tapi ada kuasa luar biasa.
  4. Dendam Komolot. Ha, ni sebenarnya paling utama, kalau tak memang tiadalah cerita ni, kan?
  5. Watak Mak Emboh tu something sangat. Dia sangat membantu Delima, tapi yang ‘kejahatan’ dia tu... ya ampunnn!

Ending? Haihh.. kena sambung lagi ni. Twist yang buat tak senang duduk haha. Watak Leyla tak kan habis camtu je? Nak tahu juga punca kenapa dia jadi sampai begitu.


Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))