Hilal
Asyraf
ISBN: 9789830972855
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: 481
Harga: RM20
Halaman: 481
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Ini kali pertama aku membaca karya Tuan
Hilal Asyraf. Sebelum ini hanya jadi pembaca senyap [baca: silent reader]
halaman langitilahi, mengumpul maklumat dan menghadam isi-isi coretan blog dan
rakan-rakannya yang boleh dijadikan sebagai santapan rohani.
Namun membaca Hero bagai satu perkara baru.
Walaupun penulis masih mengekalkan unsur nasihat, yakni ingin mentarbiah para
remaja di luar sana namun pendekatan yang disampaikan lebih santai dan mudah.
Tak susah pun sebenarnya nak menarik perhatian anak muda kita ni. Kalau mereka
boleh menonton Batman, Superman atau Ultraman, tak akan pula tak nak baca kisah
hero Islamik, ya tak? *wink*
Berlandaskan keimanan teras pada ukhuwah
antara sahabat, kasih sayang seorang ayah bukan hanya pada anak tetapi pada
umat Islam khususnya mengingatkan aku pada role model utama kita – Nabi Muhammad
S.A.W. Halus saja cara penulis menitipnya, mengingatkan yang siapa sebenarnya
boleh diangkat menjadi hero.
Hero muncul di kota raya Angsana kerana
cuba menyelamatkan bandaraya itu daripada kumpulan Syaitan Bertopeng. Angsana
digambarkan lebih hebat daripada kota langit [KL], bandaraya yang dibina oleh
sekumpulan jutawan Islam berlandaskan Islam sebenar-benarnya baik dari segi
pentadbiran, kewangan, sains dan teknologi mahupun peradaban dan pergaulan para
penduduknya. Namun pelbagai jenayah pula yang timbul, kesan daripada dakyah
kumpulan Syaitan Bertopeng. Ditambah pula dengan mereka; si pemerintah yang
makin korupsi. Sakit. Manusia yang sakit bukan hanya zaman mereka, di kala ini
pun kita semua sudah semakin sakit [sesetengahnya sudah nazak barangkali?].
Tetapi misi sebenar Hero diwujudkan bukan
hanya untuk membanteras jenayah. Dia seharusnya sedar akan sesuatu, tentang
dirinya yang makin jauh daripada agama. Berperang dengan jiwa sendiri untuk
kembali ke pangkal jalan. Mana yang lebih utama - diri, agama atau penduduk
Angsana?
Aku suka watak Hero sebenarnya, atau lebih
tepat si Amir Faheem. Anak muda yang dahagakan kasih sayang dan perhatian
keluarganya. Dia tidak pernah tahu kenapa ayahnya melebihkan kerja-kerjanya. Dia
tak pernah tahu yang betapa ayahnya amat menyayanginya. Dan dia juga tidak
pernah tahu hakikat kehidupan, kalau kita sayangkan seseorang pengorbanan itu
akan selalu datang menghimpit. Aku juga suka dengan watak Pak Arbi, Mr Umayer
dan Gale. Begitu juga dengan Tengku Amiri dan Ikhwan. Senang cerita aku suka
semua lah ;D
Hero ada aksi, ada cinta, ada komedi dan
intipati yang paling penting adalah tarbiahnya. Aku syorkan pada kamu-kamu yang
sukakan Batman. Apa kata cuba yang ini? Bukankah kita pun hero dalam hidup
kita? *wink*
Ps: Barangkali pihak editor perlu lebih
berhati-hati. Maaf. Ketika menulis review ini saya baru menamatkan Takdir.
Kesalahan yang sama, iaitu nama-nama watak yang salah pada tempat dan waktunya.
Moga dapat dibetulkan untuk cetakan seterusnya ;)
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Wah. Nak try baca la nanti :)
Siti Salha Rosman,
Silakan. Moga awak suka nanti ;))
Catat Ulasan