Aktviti Membaca!

Rabu, 24 Oktober 2012

Transit Cinta


Transit Cinta
Iqbal Syarie

ISBN: 9789670201276
Penerbit: JS Adiwarna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Februari 2012
Halaman: 390
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

setiap manusia punya sejarahnya,
lalu dengan sejarah mereka menganyam masa depan [blurb novel]

Aku suka betul dengan blurb di halaman belakang novel ni. Tak tahu kenapa tapi ia beri satu inspirasi :D

Orang kata pengalaman mematangkan fikiran. Aku setuju kerana dalam naskhah kedua coretan adinda Iqbal, ternyata isinya lebih ummphh. Menggunakan dunia penerbangan sebagai jalan cerita, penulis nampaknya lebih senang melarikan penanya. Mungkin ia lebih mudah kerana itu dunia encik penulis :D

Akiff Firdaus, anak muda yang mahu bangkit selepas berdepan dengan kematian seluruh ahli keluarganya dalam sebuah nahas udara. Akiff ada Tok Ayah, Nenek, keluarga Pak Ngah & Paksu Man yang senantiasa menjadi tulang belakangnya dalam meneruskan hidup. Walaupun pada asalnya dia tak betah dengan semuanya, akhirnya dia temui sesuatu. Sesuatu yang berjaya memulihkan hatinya dengan pantas.

Aku suka melihat hubungan Akiff dengan Ben Hafiz [Ben]. Bagaimana Akiff sabar mengajak temannya itu ke jalan Allah. Dan bagaimana juga Ben begitu tegar membiarkan ajakan Akiff itu. Ia, hidayah bukan di tangan kita. Namun kedua-duanya tak pernah bermasam muka. Buatlah baik tanpa perlu kau kira berapa banyak kebaikan yang telah kau lakukan. Tertanya-tanya sama ada apakah aku sudah cukup baik dengan para teman di sekeliling? *wink*

Aku tertarik dengan kisah Puteri Nur Diana [Diana]. Sesiapa pun kita akan diuji. Dan bila jatuh, apakah kita mampu untuk terus berdiri? Dari seorang gadis yang mencintai Tuhan, dia berubah 360 darjah! Apakah luka di hati Diana begitu perit hingga dia seakan menidakkan takdir yang tertulis? Baik Akiff yang terlalu cepat menghukum atau pun Fatihin yang sabar mentarbiah Diana kembali, nyata aku lebih suka gandingan Diana-Akiff kih5

Dan aku juga suka dengan pengakhiran naskhah yang sarat dengan pengisian ini. Pengakhiran yang baik untuk Akiff, Ben dan juga Diana. Apatah lagi novel ini dipenuhi dengan tazkirah yang diselitkan dengan penuh bijaksana. Penulis tidak membiarkan aku 'lemas' dalam setiap tazkirahnya. Dan aku amat sarankan pada para pembaca. Bacalah untuk mengetahui ke mana cinta itu 'ditransitkan' oleh Iqbal Syarie :D

Ps: Mungkin lepas ni Iqbal boleh 'bercerita' tentang Sarah [adik Diana] yang 'tertinggal' di bumi Aberdeen? ;))

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))