Stingarden
Sinaganaga
ISBN: 9789675136375
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2009
Halaman: 170
Harga: RM13.90
Halaman: 170
Harga: RM13.90
~ Rasaku… ~
Buku comel ini masih dipinjam daripada Kak
Ummu. Thanks sis ;)) Tak pasti sama ada ini dikira blook atau tidak, tapi sudah
dinyatakan yang ini projek eksperimen oleh PTS ;D
Ok, mari kita mulakan. Stingarden adalah
koleksi tulisan Sinaganaga yang pernah ada di dalam blognya. Agak-agaknya kalau
aku kumpul resensiku ni dan bukukan ada orang nak beli tak? Eh! *tetiba* kih5
Jujurnya aku tak baca tulisan Sinaganaga
dalam blognya kerana aku lebih menjurus pada karya-karya novel online, malah
berkecimpung [cewahhhhh!] dalam blook pun pada awal tahun lepas ;D Jadi, aku
tiada kayu pengukur apabila menelaah tulisan blogger terkenal itu. Cuma kalau
dibandingkan dengan Ayah Kita Bos, ya aku lebih suka dengan yang ini.
Ia himpunan kisah mereka yang tinggal di
kawasan setinggan di Kuala Lumpur. Kisah yang mungkin kita sendiri pernah atau
tak pernah laluinya. Dan tiap-tiap kisah itu dilakar dengan cara yang mudah.
Santai, kelakar dan terasa hidup. Aku suka bila penulis bawa aku kepada
kenangan permainan kanak-kanak. Siapa yang tak main kombat kan? kih5 Cuma aku
tak berapa suka bila tiba di bahagian akhirnya. Politikus *wink*
Manusia itu ada pelbagai ragam. Melayu itu
ada banyak helah :P Hidup kita mungkin kelihatannya sama saja. Sama berjuang
untuk mahu kekal bernafas, tetapi apa dan bagaimana kita berjuang itu sudah
pasti lain perjalanannya buat kita semua.
He knows the rules. Rules are meant to be
broken [page 144]. Wise word mister! ngeh3
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
Saya rasa saya beli buku ni dah lama tapi masih elok dok dalam rak belum berusik. Haha. Lepas baca review ni bolehla start baca kot. ;)
Hajar,
Hee ;)) Baca ya Hajar. Agak sinis juga tulisannya jadi perlu baca dengan rasa biasa-biasa saja ;D
Catat Ulasan