Aktviti Membaca!

Rabu, 17 Oktober 2012

Stingarden


Stingarden
Sinaganaga

ISBN: 9789675136375
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2009
Halaman: 170
Harga: RM13.90

~ Rasaku… ~

Buku comel ini masih dipinjam daripada Kak Ummu. Thanks sis  ;)) Tak pasti sama ada ini dikira blook atau tidak, tapi sudah dinyatakan yang ini projek eksperimen oleh PTS ;D

Ok, mari kita mulakan. Stingarden adalah koleksi tulisan Sinaganaga yang pernah ada di dalam blognya. Agak-agaknya kalau aku kumpul resensiku ni dan bukukan ada orang nak beli tak? Eh! *tetiba* kih5

Jujurnya aku tak baca tulisan Sinaganaga dalam blognya kerana aku lebih menjurus pada karya-karya novel online, malah berkecimpung [cewahhhhh!] dalam blook pun pada awal tahun lepas ;D Jadi, aku tiada kayu pengukur apabila menelaah tulisan blogger terkenal itu. Cuma kalau dibandingkan dengan Ayah Kita Bos, ya aku lebih suka dengan yang ini.

Ia himpunan kisah mereka yang tinggal di kawasan setinggan di Kuala Lumpur. Kisah yang mungkin kita sendiri pernah atau tak pernah laluinya. Dan tiap-tiap kisah itu dilakar dengan cara yang mudah. Santai, kelakar dan terasa hidup. Aku suka bila penulis bawa aku kepada kenangan permainan kanak-kanak. Siapa yang tak main kombat kan? kih5 Cuma aku tak berapa suka bila tiba di bahagian akhirnya. Politikus *wink*

Manusia itu ada pelbagai ragam. Melayu itu ada banyak helah :P Hidup kita mungkin kelihatannya sama saja. Sama berjuang untuk mahu kekal bernafas, tetapi apa dan bagaimana kita berjuang itu sudah pasti lain perjalanannya buat kita semua.

He knows the rules. Rules are meant to be broken [page 144]. Wise word mister! ngeh3

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Saya rasa saya beli buku ni dah lama tapi masih elok dok dalam rak belum berusik. Haha. Lepas baca review ni bolehla start baca kot. ;)

    BalasPadam
  2. Hajar,
    Hee ;)) Baca ya Hajar. Agak sinis juga tulisannya jadi perlu baca dengan rasa biasa-biasa saja ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))