Aktviti Membaca!

Isnin, 8 Oktober 2012

Hero


Hero
Hilal Asyraf

ISBN: 9789830972855
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama 2011
Halaman: 481
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

Ini kali pertama aku membaca karya Tuan Hilal Asyraf. Sebelum ini hanya jadi pembaca senyap [baca: silent reader] halaman langitilahi, mengumpul maklumat dan menghadam isi-isi coretan blog dan rakan-rakannya yang boleh dijadikan sebagai santapan rohani.

Namun membaca Hero bagai satu perkara baru. Walaupun penulis masih mengekalkan unsur nasihat, yakni ingin mentarbiah para remaja di luar sana namun pendekatan yang disampaikan lebih santai dan mudah. Tak susah pun sebenarnya nak menarik perhatian anak muda kita ni. Kalau mereka boleh menonton Batman, Superman atau Ultraman, tak akan pula tak nak baca kisah hero Islamik, ya tak? *wink*

Berlandaskan keimanan teras pada ukhuwah antara sahabat, kasih sayang seorang ayah bukan hanya pada anak tetapi pada umat Islam khususnya mengingatkan aku pada role model utama kita – Nabi Muhammad S.A.W. Halus saja cara penulis menitipnya, mengingatkan yang siapa sebenarnya boleh diangkat menjadi hero.

Hero muncul di kota raya Angsana kerana cuba menyelamatkan bandaraya itu daripada kumpulan Syaitan Bertopeng. Angsana digambarkan lebih hebat daripada kota langit [KL], bandaraya yang dibina oleh sekumpulan jutawan Islam berlandaskan Islam sebenar-benarnya baik dari segi pentadbiran, kewangan, sains dan teknologi mahupun peradaban dan pergaulan para penduduknya. Namun pelbagai jenayah pula yang timbul, kesan daripada dakyah kumpulan Syaitan Bertopeng. Ditambah pula dengan mereka; si pemerintah yang makin korupsi. Sakit. Manusia yang sakit bukan hanya zaman mereka, di kala ini pun kita semua sudah semakin sakit [sesetengahnya sudah nazak barangkali?].

Tetapi misi sebenar Hero diwujudkan bukan hanya untuk membanteras jenayah. Dia seharusnya sedar akan sesuatu, tentang dirinya yang makin jauh daripada agama. Berperang dengan jiwa sendiri untuk kembali ke pangkal jalan. Mana yang lebih utama - diri, agama atau penduduk Angsana?

Aku suka watak Hero sebenarnya, atau lebih tepat si Amir Faheem. Anak muda yang dahagakan kasih sayang dan perhatian keluarganya. Dia tidak pernah tahu kenapa ayahnya melebihkan kerja-kerjanya. Dia tak pernah tahu yang betapa ayahnya amat menyayanginya. Dan dia juga tidak pernah tahu hakikat kehidupan, kalau kita sayangkan seseorang pengorbanan itu akan selalu datang menghimpit. Aku juga suka dengan watak Pak Arbi, Mr Umayer dan Gale. Begitu juga dengan Tengku Amiri dan Ikhwan. Senang cerita aku suka semua lah ;D

Hero ada aksi, ada cinta, ada komedi dan intipati yang paling penting adalah tarbiahnya. Aku syorkan pada kamu-kamu yang sukakan Batman. Apa kata cuba yang ini? Bukankah kita pun hero dalam hidup kita? *wink*

Ps: Barangkali pihak editor perlu lebih berhati-hati. Maaf. Ketika menulis review ini saya baru menamatkan Takdir. Kesalahan yang sama, iaitu nama-nama watak yang salah pada tempat dan waktunya. Moga dapat dibetulkan untuk cetakan seterusnya ;)

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

What say you?
Do comment... but please state your name :))