Love, Lila
airina
2:20 PTG
0 Comments
Love, Lila
Rin Ahmad
ISBN: 97896708428
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2018
Halaman: 386
Harga: RM24
Harga: RM24
~ Rasaku… ~
Jatuh cinta dengan stail RA.
Kudos Kakwan
untuk hadiah ini sekaligus memperkenalkan RA kepadaku, sedangkan selama ini aku
tak pernah terpengaruh dengan pembakaran terbuka daripada geng Bonets haha
Ps: Ini bukan review
Full review: 25/10/18
1. Alila. Suka dengan watak heroin beauty with brain sebegini. Bila baca tu
takde lah rasa annnoying dengan
perangai tak semenggah; yang asyik merajuk-cam-budak-budak-syak-wasangka-yang-bukan-bukan.
Watak Alila dibangunkan sebagai wanita yang matang, dan itu buat aku rasa
selesa.
2. Jude. Tak mudah rupanya menjadi seorang
Juhaidi Johari. Kenapa? Aku akan biarkan kamu semua buat kesimpulan setelah
membacanya, aci tak? Haha.
3. Ilmu baru -- aku suka bila penulis buat
homework, yang mana kalau beliau tipu pun aku rela ditipu, gitewww haha. Tapi betul kan, sebagai pembaca; kau sendiri akan
tahu samada penulis itu sekadar aci tangkap muat tentang sesuatu perkara atau
memang she’s doing her research to
educate her readers. Dan, untuk itu aku tabik usaha RA kerana beliau melakukannya
dengan semaksima mungkin untuk naskhah yang agak nipis sebenarnya. Kredit juga
untuk glosari di muka akhir.
4. Bukan kisah cinta berladung air mata. Terima
kasih! Sebab aku betul-betul perlukan fresh
air.
5. Page
turner. Serius lama tak dapat rentak sebegini yang mana aku laju je selak
halaman demi halaman sebab tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi antara
Lila-Jude ni.
6. Cara RA menulis mengingatkan aku kepada
karya-karya Kak DZ, yang mana sangat pandai bermain dengan plot gohead-gostan
sebegini. Tak ramai penulis wanita yang punya kemahiran sebegini sebenarnya,
kerana kesilapan kecil akan buat ia kelihatan cacamarba.
Sebenarnya kan, susah pula Cherina nak team mana; Jude ke Rafael, sebab kedua-duanya
pun suka, ehhh! Haha. Tapi,
disebabkan ini kisah Lila dan Jude, jadi pilih #teamJude lah kan?
Ok, next
novel by RA, siapa ada cadangan?
Ps: Muchas
gracias babies, coz well-behaved while Ibu reading this! 😘
Happy reading (^-<)