Tertulis Buat Kita
Dhiya Zafira
ISBN: 9789831248133
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd - Alaf 21
Tarikh Terbit: Cetakan 2 - 2013
Halaman: 566
Harga: RM22
Halaman: 566
Harga: RM22
~ Rasaku… ~
4.5*, kurang 0.5 sebab aku rasa tak cukup
akan hal Jeff-Cougar tu.
Full review: 21/10/2015
Disebabkan aku meneliti tinta penulis dulu
baru aku selak muka depan, jadi aku harus ucapkan -- muchas gracias Kak Dhiya! Terima kasih kerana masih berpegang pada
prinsip yang sama. Ya, mungkin ada benarnya yang ‘hot-hot’ akan melariskan cerita [walau aku tak setuju dengan
pendapat ni]. Tapi ya ampun, itu kah yang patut kita beri pada para pembaca?
Baik, berbalik pada isi cerita. Rasanya
ramai yang dah tahu ini kisah abang Jimmy; abang kembar Afi dalam JKP. Jadi,
rasanya dah tak perlu ulas bab kerja si Jimmy ni. Apa lagi pastinya sekapal dengan
Kapten Rifqi ;P
Penting untuk membaca JKP sebenarnya sebab
di sini baru kita tau apa yang membelenggu si Jimmy ni. Rahsianya tentang
Cougar ‘bermain-main’ dalam TBK. Ditambah pula dengan kehadiran sang heroin
keras; Auni Sofina [Auni], yang punya kaitan pula dengan kisah-kisah mereka di
sekeliling Cougar.
Aku suka bila watak Jimmy dikembangkan
sebenarnya. Baru tau dia rupanya pun acah-acah sweet juga ya. Boleh tahan ayat pancing hati ditaburkan, tapi yalah
si Auni yang berhati batu tu payah betul nak dilembutkan. Namun, bila
masing-masing sudah tahu isi hati... senang pula jodoh mereka diaturkan.
Tapi sayang, bila sejarah lama
masing-masing terlalu menyakitkan. Kebetulan yang sangat pahit buat
kedua-duanya. Seakan-akan tidak berpihak baik pada Jimmy mahupun Auni. Siapa
sangka penantian Auni berakhir sia-sia. Si abang; Jeff yang dirindui telah mati
dan paling memeritkan Jimmy adalah si dia bertanggungjawab akan kematian abang
kandungnya. Pheww... *lap peluh di dahi*
Antara dendam dan cinta hati, agaknya apa
pilihan yang tinggal buat Auni? Baca... sila baca, kerana di situ anda akan tau
apa yang bakal terjadi.
Apa pun, aku perasan lebih banyak kisah
cinta daripada thriller. Hmm,
perasaan aku kot hahaha. Tapi apa
pun, DZ masih di kelasnya tersendiri. Rasa tak puas bila dah sampai penghujung.
Ishh... kena capai buku Kak Dhiya
yang cover hitam menawan tu pula ahaksss ;))
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan