Sebenarnya, Saya
Isteri Dia!
Zura Asyfar
ISBN: 9789670246178
Penerbit: Penerbitan Kayaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Mac 2011
Halaman: 897
Harga: RM30
Halaman: 897
Harga: RM30
~ Rasaku… ~
2.5*
Aku 'terjumpa' buku ni. Rupanya ada lagi stok pending masa duk mengemas gobok putihku. Terfikir entah-entah ada lagi buku yang terselit di gobok opis pula ni. Haihh... orang dah nak sibuk bercuti, time ni la aku jumpa buku-buku pending yang tidak di-ketahuan-mana-aku-sorok-selama-ini muahahaha ;P
Aku 'terjumpa' buku ni. Rupanya ada lagi stok pending masa duk mengemas gobok putihku. Terfikir entah-entah ada lagi buku yang terselit di gobok opis pula ni. Haihh... orang dah nak sibuk bercuti, time ni la aku jumpa buku-buku pending yang tidak di-ketahuan-mana-aku-sorok-selama-ini muahahaha ;P
Full review: 19/05/2015
Beli buku ni masa dramanya tengah hot di kaca TV. Tapi sengaja aku tak
baca dulu sebab tak mahu terpengaruh dengan dramanya tu.
Premis mudah rahsia
cerita ini berkembang sebenarnya. Apa lagi dengan kewujudan watak lurus seperti
Syafa Aqira [Syafa] yang diganding dengan Firash Arshad [Firash] yang nakal.
Syafa sebenarnya bercinta dengan Farish Adryan, namun hubungan mereka terputus
di tengah jalan apabila satu insiden yang tak dijangka berlaku. Dek kerana sayangkan Syafa, Datin Farizah meminta Firash
menggantikan tempat abangnya. Rela dalam paksa, Syafa menerima demi harga diri
dan rasa kasihnya pada Datin Farizah.
Hubungan-suami-isteri-atas-kertas dilalui
oleh kedua-duanya. Lagipun Firash yang lebih muda daripada Syafa sibuk dengan
kehidupannya sebagai pelajar. Langsung meninggalkan Syafa terkontang-kanting
melalui perkahwinan tanpa cinta. Tapi, semuanya mula berubah bila Syafa
dihimpit oleh kawan baik dan abang sepupu Firash.
Mana si suami nak senang duduk bila
hari-hari ditanya akan hal sang isteri. Panas saja hati Firash bila ada 2 insan
yang tak kurang hebatnya cuba menggoda isteri. Dalam diam, Syafa dirapati dan
tak diduga, perasaan kasih mula timbul dalam hati.
Namun, adat rumah tangga dilanda badai.
Ujian datang menguji keteguhan hati Firash dan Syafa. Fitnah yang dijaja
terlalu melukakan. Syafa bertindak mengundur diri, jauh dari pandangan Firash.
Apakah yang akan terjadi seterusnya? Mampukah Firash kekal menjaga hatinya,
sedangkan dugaan luar tak kurang hebatnya?
Ceritanya sudah cukup cantik, tapi sayang redundancy is not my forte.
Agak lelah nak menghabiskan kisah-kisah selanjutnya, terutamanya bahagian
awal-awal cerita. Haishh...
ulang-ulang gaduh, baik, gaduh, baik... aduyaiiii...
memang menguji kesabaran.
Apa pun, masa baca
buku ni minda masih tak dapat lari daripada membayangkan si Tiz & Izzue.
Aku rasa ianya antara drama adaptasi terbaik yang pernah aku tonton. Syabas!
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan