Norhayati Berahim
ISBN: 9789834211523
Penerbit: NB Kara Sdn
Bhd
Tarikh Terbit: 2006
Halaman: 563
Harga: RM21.50
~ Rasaku… ~
Habis dah buku pinjam. Lega.. lega! Hihihi
Tapi, nak kena curi masa untuk pulangkan pula *pitam*. Aku rasa sejak kebelakangan ni aku makin tak pandai 'mencuri' masa sendiri hahaha
Tapi, nak kena curi masa untuk pulangkan pula *pitam*. Aku rasa sejak kebelakangan ni aku makin tak pandai 'mencuri' masa sendiri hahaha
Full review: 05/01/2015
Review tertunggak yang
diselesaikan di tahun baru. Perghh...
malasnya Che Rina sekarang hahaha
Baik, aku mahu
ingatkan pada mereka yang mungkin ada level emo yang tinggi, sila abaikan buku
ini buat sementara atau kalau mahu baca juga, bertabahlah anda *ahaksss*
Pergolakan rumah
tangga yang digarap oleh NB kali ni memang menyesakkan jiwaku. Tak dapat tidak,
emosiku sedikit terganggu sepanjang sesi pembacaanku kali ni. Kisah Sarah-Amrin
dan cerita tentang zuriat memang adat biasa dalam orang Melayu. Sedangkan agama
sendiri ada menyatakan yang jodoh, maut malah perihal anak itu kan urusan
Tuhan. Tapi tipikal orang kita, biasalah.
Sarah yang tak mahu
keadaan makin rumit, rela dalam paksa bersetuju dengan idea ibu mertuanya agar
Amrin berkahwin seorang lagi. Tapi, bukan mudah mahu menjaga dua isteri. Amrin
nyata lelaki yang gagal. Bukan saja gagal dalam mengawal atur hidupnya, malah
kedua-dua isterinya juga. Mujur si Sarah jenis yang berdikari, senang dibawa ke
tengah atau ke tepi.
Dan, untuk watak Kartika
dan Wan Khadijah, nyata penulis berjaya melakarkannya dengan baik sekali sehingga
mencetuskan pelbagai rasa dalam hati. Haihh...
ada rasa mahu hantukkan kepala kedua-duanya ke dinding biar bersepai hahaha.
Apa pun, ending
ternyata kategori selamat. Entahlah, aku sebenarnya tidak mengharapkan Sarah
masih bersama Amrin di penghujungnya. Ohhh!
Jahatnya kau, Che Rina! *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan