Aktviti Membaca!

Isnin, 5 Januari 2015

Biarkan Aku Menangis

Biarkan Aku Menangis
Norhayati Berahim

ISBN: 9789834211523
Penerbit: NB Kara Sdn Bhd
Tarikh Terbit: 2006
Halaman: 563
Harga: RM21.50

~ Rasaku… ~

Habis dah buku pinjam. Lega.. lega! Hihihi
Tapi, nak kena curi masa untuk pulangkan pula *pitam*. Aku rasa sejak kebelakangan ni aku makin tak pandai 'mencuri' masa sendiri hahaha

Full review: 05/01/2015

Review tertunggak yang diselesaikan di tahun baru. Perghh... malasnya Che Rina sekarang hahaha

Baik, aku mahu ingatkan pada mereka yang mungkin ada level emo yang tinggi, sila abaikan buku ini buat sementara atau kalau mahu baca juga, bertabahlah anda *ahaksss*

Pergolakan rumah tangga yang digarap oleh NB kali ni memang menyesakkan jiwaku. Tak dapat tidak, emosiku sedikit terganggu sepanjang sesi pembacaanku kali ni. Kisah Sarah-Amrin dan cerita tentang zuriat memang adat biasa dalam orang Melayu. Sedangkan agama sendiri ada menyatakan yang jodoh, maut malah perihal anak itu kan urusan Tuhan. Tapi tipikal orang kita, biasalah.

Sarah yang tak mahu keadaan makin rumit, rela dalam paksa bersetuju dengan idea ibu mertuanya agar Amrin berkahwin seorang lagi. Tapi, bukan mudah mahu menjaga dua isteri. Amrin nyata lelaki yang gagal. Bukan saja gagal dalam mengawal atur hidupnya, malah kedua-dua isterinya juga. Mujur si Sarah jenis yang berdikari, senang dibawa ke tengah atau ke tepi.

Dan, untuk watak Kartika dan Wan Khadijah, nyata penulis berjaya melakarkannya dengan baik sekali sehingga mencetuskan pelbagai rasa dalam hati. Haihh... ada rasa mahu hantukkan kepala kedua-duanya ke dinding biar bersepai hahaha.

Apa pun, ending ternyata kategori selamat. Entahlah, aku sebenarnya tidak mengharapkan Sarah masih bersama Amrin di penghujungnya. Ohhh! Jahatnya kau, Che Rina! *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))