Kupilih Hatimu
Areila Sahimi
ISBN: 9789670448473
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Oktober 2013
Halaman: 805
Harga: RM30
Halaman: 805
Harga: RM30
~ Rasaku… ~
3.5*
Betul kata Cik Eila yang manis tu, buku ni memang tebal *wink*
Betul kata Cik Eila yang manis tu, buku ni memang tebal *wink*
Full review: 16/01/2014
Novel terbaru karya kenalan maya. Jadi apa yang harus diceritakan ya?
Baiklah, pertamanya... novel ini masih lagi jatuh dalam kategori
ringan. Lebih kurang sama dengan novel-novel AS sebelum ini. Tapi apa yang buat
aku suka dengan novel ini adalah kerana:-
1. Gaya bahasa - cukup selamba. Itu sebenarnya kelebihan AS, kerana
ke-selambaan itulah yang mengikat para pembacanya untuk terus setia menyelak
halaman ini satu per satu.
2. Graf penceritaan - agak mendatar di permulaannya, tetapi makin lama
makin seronok pula. Rasa nak tahu tu melonjak-lonjak. Sebab ia bukan kisah
kahwin-cinta mati, ia kisah bagaimana mahu membina perasaan cinta pada si dia
yang halal. Cuma di pengakhirannya itu agak telenovela sikit.
3. Pembangunan watak - seimbang. Memang hero & heroin adalah
fokusnya, tetapi watak di sekelilingnya yang membantu penceritaan disampaikan
dengan cukup seadanya. Tidak melebih-lebih walau sebenarnya watak si Lydia Natasya itu ada masanya cukup annoying. Rasa nak bagi
pelempang sebiji hahaha
4. Premis cerita - agak klise sebenarnya. Cuma aku tetap terhibur
dengan gaya penulis merangkanya. Si Intan bekerja di kedai bunga, kemudian jadi
pembantu di rumah Imran, berkahwin dan kemudiannya konflik yang menjerut
Iman-Imran-Lydia-Datin Yuhanis. Saling berkait dan diceritakan dengan santai
sahaja.
Tapi, kenapa aku tak bagi rating yang banyak? hahaha Itu sangat
subjektif sebenarnya. Cuma mengikut skala aku [Wah! Ada skala :P], ia adalah
kerana:-
1. Telenovela - memang ada gaya telenovela+sinetron sikit. I don’t
know, mungkin sebab aku tak sukakan sinetron *wink*
2. Watak heroin - Intan tak seperti yang digambarkan. Macam mana ek nak
cakap? hahaha Dia sepatutnya sangat teguh pendirian. Tapi bila dengan
makciknya, dia lemah, jadi blur semacam. Begitu juga cara Intan menguruskan hal
ehwal hatinya. Sendiri paksa, sendiri lari? Alahai!
Apa pun, aku tetap enjoy membacanya. Bukan kerana aku ‘kenal’ AS
[Hello! Tak main bodek-bodek ni], semuanya sudah aku senaraikan seperti yang di
atas. Kalau rasa tak berapa nak berkenan, korang boleh buat senarai-suka-hati-sendiri
:D
Masing-masing ada kesukaan. Our feel is ours [pinjam ayat K lagi ;))]. Jadi jangan
gaduh-gaduh ya!
Happy reading (^-<)
2 ulasan:
hoho~~tak gado. gado-gado ada dah buat makan. ngap :)) . apa pun dah terbeli buku ni Dis '13. Tak sedar ambil, sbb kbtulan ada semua koleksi novel AS sblm ni. X enjoy baca salah satu karyanya...jd ada perasaan tak senang nak baca dulu~~camno tu? kalau kak GA pun tak ngam...our feel is mutual la kot. haha
Happy Mind,
Gado-gado tu lain sikit kan dari pecal? hoho :)
Cuba dulu la dik S. Bukanlah tak ngam sangat. Masih suka karya AS, cuma yang ini kalilah terasa agak sinetron pula, atau sudah 'tua' barangkali. Jado sinetron sebegini bukan 'makanan' akak lagi :))
Catat Ulasan