Dia... Isteri Luar Biasa
Umie Nadzimah
ISBN: 9789670567150
Penerbit: Penulisan2U
Tarikh Terbit: November 2013
Halaman: 616
Harga: RM24
Halaman: 616
Harga: RM24
~ Rasaku… ~
Memulakan cabaran dengan yang luar biasa..hoho
*wink*
Full review: 03/01/2014
Ehem... ini baru dikira review pertama
untuk tahun 2014 :D
Kebetulan, buku pertama penulis [malunya!
Sedangkan tak silap sudah 4 buah buku yang ditulis, kan?] juga yang aku beli
dan baca. Terpengaruh dengan komen manis dari teman-teman GR.
Aku suka.
Suka isi ceritanya. Fresh. Entertaining.
Tetapi tidak kosong semata. Ada pesan halus yang diselit dalam gelak tawanya.
Terserah untuk kita ambil peduli atau tidak. Namun pada hemat aku, buku ini tak
elok diusung oleh si anak remaja. Ya, aku kolot. Apa salahnya menapis? Walaupun
bukunya bukanlah kategori 18SX, tapi bila bicara hal ehwal rumah tangga, yang
manis-manis itu rasanya bukan untuk si manis 17 kot.
Baiklah, kisahnya mudah saja. Masih agak
klise – kahwin-paksa-tangkap-basah. Tapi ya, sentuhannya agak berbeza. Dengan
gaya bahasa yang mudah dan santai. Tapi dalam santainya, sesekali terkena juga
batang hidung sendiri. Perghhh… *wink*
Watak Dewi Yusra [Dewi] cukup sifatnya.
Mula-mula aku rasa si Dewi tu gila, kemudian rasa ‘ha, padan muka!’, tapi
akhirnya rasa kasihan pula dengan Dewi ni. Aku suka bila penulis berjaya
menghadirkan pelbagai rasa dalam jiwaku. Turun-naik, dan sama nak gila macam
Dewi juga.
Dipadan pula dengan si cool Raden Amzar
[Amzar]. Mengingatkan aku kepada Dr Aqmar pula [semedang si tuan doktor ni aku
sebut dalam review hahaha]. Tapi tuan Prof. Madya ni boleh tahan nakal juga!
Dan aku suka gaya Amzar yang walaupun sayangkan isteri, tetapi umi dan kakaknya
tidak diketepikan. Walau kakak si batu api kelas pertama, Amzar masih ada rasa
hormat. Sama dengan Dewi yang gila-gila tu, tak menutup aurat, ya dosa! Tapi
tutup aurat, makan daging sendiri? Dosa juga. Hmm… ingat tu Rina!
Dan aku suka setiap isu yang cuba
diketengahkan. Satu per satu. Buat para pembaca mudah hadam. Tidak terlalu
caca-marba dengan benda yang tidak-tidak. Apatah lagi aku sangat terkesan
dengan epilognya. Tak perlu panjang-panjang, tapi menusuk ke dalam hati. Nasib
tak mengalir air mata. Eh, cengeng! Tetiba hahaha
Cuma rasanya, masalah pengeditan harus
diberi perhatian sewajarnya. Masalah typo misalnya, boleh dikurangkan sekiranya
semua pihak berkerjasama menanganinya. Eh! Dah rasa macam skop kerja aku pula
hee :P
Ps: Sebenarnya lepas baca review che puan
Norazah, barulah hati tergedik-gedik nak beli buku ini. Credit to you sis! *wink*
Happy reading (^-<)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan