Aktviti Membaca!

Isnin, 20 Januari 2014

Kupilih Hatimu


Kupilih Hatimu
Areila Sahimi

ISBN: 9789670448473
Penerbit: Penerbitan Kaki Novel Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Oktober 2013
Halaman: 805
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

3.5*

Betul kata Cik Eila yang manis tu, buku ni memang tebal *wink*

Full review: 16/01/2014

Novel terbaru karya kenalan maya. Jadi apa yang harus diceritakan ya?

Baiklah, pertamanya... novel ini masih lagi jatuh dalam kategori ringan. Lebih kurang sama dengan novel-novel AS sebelum ini. Tapi apa yang buat aku suka dengan novel ini adalah kerana:-

1. Gaya bahasa - cukup selamba. Itu sebenarnya kelebihan AS, kerana ke-selambaan itulah yang mengikat para pembacanya untuk terus setia menyelak halaman ini satu per satu.
2. Graf penceritaan - agak mendatar di permulaannya, tetapi makin lama makin seronok pula. Rasa nak tahu tu melonjak-lonjak. Sebab ia bukan kisah kahwin-cinta mati, ia kisah bagaimana mahu membina perasaan cinta pada si dia yang halal. Cuma di pengakhirannya itu agak telenovela sikit.
3. Pembangunan watak - seimbang. Memang hero & heroin adalah fokusnya, tetapi watak di sekelilingnya yang membantu penceritaan disampaikan dengan cukup seadanya. Tidak melebih-lebih walau sebenarnya watak si Lydia Natasya itu ada masanya cukup annoying. Rasa nak bagi pelempang sebiji hahaha
4. Premis cerita - agak klise sebenarnya. Cuma aku tetap terhibur dengan gaya penulis merangkanya. Si Intan bekerja di kedai bunga, kemudian jadi pembantu di rumah Imran, berkahwin dan kemudiannya konflik yang menjerut Iman-Imran-Lydia-Datin Yuhanis. Saling berkait dan diceritakan dengan santai sahaja.

Tapi, kenapa aku tak bagi rating yang banyak? hahaha Itu sangat subjektif sebenarnya. Cuma mengikut skala aku [Wah! Ada skala :P], ia adalah kerana:-

1. Telenovela - memang ada gaya telenovela+sinetron sikit. I don’t know, mungkin sebab aku tak sukakan sinetron *wink*
2. Watak heroin - Intan tak seperti yang digambarkan. Macam mana ek nak cakap? hahaha Dia sepatutnya sangat teguh pendirian. Tapi bila dengan makciknya, dia lemah, jadi blur semacam. Begitu juga cara Intan menguruskan hal ehwal hatinya. Sendiri paksa, sendiri lari? Alahai!

Apa pun, aku tetap enjoy membacanya. Bukan kerana aku ‘kenal’ AS [Hello! Tak main bodek-bodek ni], semuanya sudah aku senaraikan seperti yang di atas. Kalau rasa tak berapa nak berkenan, korang boleh buat senarai-suka-hati-sendiri :D

Masing-masing ada kesukaan. Our feel is ours [pinjam ayat K lagi ;))]. Jadi jangan gaduh-gaduh ya!

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. hoho~~tak gado. gado-gado ada dah buat makan. ngap :)) . apa pun dah terbeli buku ni Dis '13. Tak sedar ambil, sbb kbtulan ada semua koleksi novel AS sblm ni. X enjoy baca salah satu karyanya...jd ada perasaan tak senang nak baca dulu~~camno tu? kalau kak GA pun tak ngam...our feel is mutual la kot. haha

    BalasPadam
  2. Happy Mind,
    Gado-gado tu lain sikit kan dari pecal? hoho :)

    Cuba dulu la dik S. Bukanlah tak ngam sangat. Masih suka karya AS, cuma yang ini kalilah terasa agak sinetron pula, atau sudah 'tua' barangkali. Jado sinetron sebegini bukan 'makanan' akak lagi :))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))