Aktviti Membaca!

Isnin, 6 Januari 2014

Dia... Isteri Luar Biasa


Dia... Isteri Luar Biasa
Umie Nadzimah

ISBN: 9789670567150
Penerbit: Penulisan2U
Tarikh Terbit: November 2013
Halaman: 616
Harga: RM24

~ Rasaku… ~

Memulakan cabaran dengan yang luar biasa..hoho *wink*

Full review: 03/01/2014

Ehem... ini baru dikira review pertama untuk tahun 2014 :D
Kebetulan, buku pertama penulis [malunya! Sedangkan tak silap sudah 4 buah buku yang ditulis, kan?] juga yang aku beli dan baca. Terpengaruh dengan komen manis dari teman-teman GR.

Aku suka.
Suka isi ceritanya. Fresh. Entertaining. Tetapi tidak kosong semata. Ada pesan halus yang diselit dalam gelak tawanya. Terserah untuk kita ambil peduli atau tidak. Namun pada hemat aku, buku ini tak elok diusung oleh si anak remaja. Ya, aku kolot. Apa salahnya menapis? Walaupun bukunya bukanlah kategori 18SX, tapi bila bicara hal ehwal rumah tangga, yang manis-manis itu rasanya bukan untuk si manis 17 kot.

Baiklah, kisahnya mudah saja. Masih agak klise – kahwin-paksa-tangkap-basah. Tapi ya, sentuhannya agak berbeza. Dengan gaya bahasa yang mudah dan santai. Tapi dalam santainya, sesekali terkena juga batang hidung sendiri. Perghhh… *wink*

Watak Dewi Yusra [Dewi] cukup sifatnya. Mula-mula aku rasa si Dewi tu gila, kemudian rasa ‘ha, padan muka!’, tapi akhirnya rasa kasihan pula dengan Dewi ni. Aku suka bila penulis berjaya menghadirkan pelbagai rasa dalam jiwaku. Turun-naik, dan sama nak gila macam Dewi juga.

Dipadan pula dengan si cool Raden Amzar [Amzar]. Mengingatkan aku kepada Dr Aqmar pula [semedang si tuan doktor ni aku sebut dalam review hahaha]. Tapi tuan Prof. Madya ni boleh tahan nakal juga! Dan aku suka gaya Amzar yang walaupun sayangkan isteri, tetapi umi dan kakaknya tidak diketepikan. Walau kakak si batu api kelas pertama, Amzar masih ada rasa hormat. Sama dengan Dewi yang gila-gila tu, tak menutup aurat, ya dosa! Tapi tutup aurat, makan daging sendiri? Dosa juga. Hmm… ingat tu Rina!

Dan aku suka setiap isu yang cuba diketengahkan. Satu per satu. Buat para pembaca mudah hadam. Tidak terlalu caca-marba dengan benda yang tidak-tidak. Apatah lagi aku sangat terkesan dengan epilognya. Tak perlu panjang-panjang, tapi menusuk ke dalam hati. Nasib tak mengalir air mata. Eh, cengeng! Tetiba hahaha

Cuma rasanya, masalah pengeditan harus diberi perhatian sewajarnya. Masalah typo misalnya, boleh dikurangkan sekiranya semua pihak berkerjasama menanganinya. Eh! Dah rasa macam skop kerja aku pula hee :P

Ps: Sebenarnya lepas baca review che puan Norazah, barulah hati tergedik-gedik nak beli buku ini. Credit to you sis! *wink*

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))