Aktviti Membaca!

Isnin, 30 Januari 2012

Tabu

Tabu
Shaz Johar

ISBN: 97896710384
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Disember 2011
Halaman: 312
Harga: RM20.00


~ Rasaku… ~

Bila tengok cover buah epal yang ada 2 warna tu, aku dah terbayang cerita Snow White yang kena paksa makan buah epal oleh mak tirinya yang jahat tu. Eh! Apa kena mengenanya? kih5

Membayangkan Tabu – apa yang terlintas di fikiran adalah sihir, bomoh dan macam-macam lagi hal yang berkait rapat dengan isu tabu. Ala, tabu... yang macam mana korang fikir tu... ha lebih kuranglah dengan apa yang aku fikir tetapi bila sudah selesai menghadam novel ini, rasanya tiada perkaitan antara tajuk dan ceritanya. Atau akukah yang terlepas pandang?

Tabu mengisahkan Bibi, wanita yang berbadan gempal yang menjalin hubungan dengan lelaki Kenya – Mosi. Pada mulanya semua berjalan dengan lancar. Hubungan dengan kekasih, teman rapat dan kerja. Tiada apa yang menyesakkan namun semuanya berubah apabila dia menemui sebuah telefon bimbit yang tercicir di dalam LRT. Bibi cuba mengenalpasti identiti sebenar pemilik telefon bimbit tersebut. Setelah berjaya menemui tuan punya telefon tersebut - Nadim namanya, mereka berdua dah boleh jadi geng.

Konflik tercetus di saat Bibi mula terasa ditipu oleh Mosi [well, aku dari mula tak percayakan si lelaki ni]. Dia berkongsi cerita dengan Nadim. Malah Kim, teman baiknya pun dijadikan tempat meluah perasaan. Dalam mencari siapa perempuan ketiga itu dia mula mengesyaki Anne. Kemuncak kisah ini pastinya di saat Kim ditemui mati. Diragui yang dia terjun bunuh diri dari balkoni rumahnya. Tragik! Tetapi memang musykil. Antara suspek yang timbul di kepala pastinya Anne atau Mosi. Yalah, tak kan pula Bibi nak bunuh kawan sendiri kan?

Bibi cuba membongkar. Cuba menyelami rahsia yang disimpan oleh si mati. Dia memang tak berpuas hati selagi punca sebenar kematian Kim diketahui. Di saat ini, dia mula tidak mempercayai sesiapa. Malah dia sendiri sudah takutkan Mosi. Mungkinkah Mosi yang membunuh Kim?

Tak dapat dinafikan Bibi digarap dengan cemerlang oleh penulis. Ia bagaikan pengubat bagi jalan cerita Tabu yang 'lambat panas' dan bergerak terlalu perlahan. Walaupun mungkin jalan penyelesaiannya bagaikan tergantung, aku merasakan cukup ia ditamatkan begitu. Mudah. Simple as that.

Kalau anda ingin membaca buku yang penuh dengan cliché, forget it. Ini memang bukan buku anda. Namun jika mahu sesuatu yang fresh, ya anda boleh cuba yang ini.

Ps: Pertama kali seingat aku mengenali istilah BBL – Big Beautiful Lady. Yeah, aku tak urban sangat pun kih5

Happy reading (^-<)

Jumaat, 27 Januari 2012

Karnival Karangkraf 2012

Karnival Karangkraf 2012 datang lagi. Kali ini nampaknya lagi gempak dengan aktiviti-aktiviti menarik.



Siap ada konsert. Dah macam Jom Heboh TV3 pula. Mungkin nak tarik lebih ramai pengunjung agaknya.


Apa pun yang lebih menarik buat para pencinta buku - adalah ini. Potongan hingga 70% tu. Banyaknya! Juga Festival Penulis - Sembang Buku. Menarik!




Aktiviti-aktiviti lain:-

• Zon Jualan Wanita Fame & Feminin.

• Sesi beramah mesra bersama editor-editor Grup Majalah Karangkraf.

• Penampilan Upin & Ipin bersama Grup Majalah Karangkraf.

• Demonstrasi masakan bersama majalah RASA.

• Bijak matematik bersama Fokus SPM dan Pakar Matematik Dunia LIM TECK HOE.

• Booth Photo (abadikan gambar anda di cover majalah).

• Bengkel Fesyen Gaya Tudung bersama Majalah Nur dan Dara.com.

• Penampilan Imam Muda dan Ustazah Pilihan bersama Majalah I.

• Kempen Derma Darah


Jadi, jangan lupa catat dalam kalendar masing-masing!

27, 28 dan 29 Januari 2012

9.00 pagi - 9.00 malam

Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam


Happy reading (^-<)

Khamis, 26 Januari 2012

Sehiris Bulan

Sehiris Bulan
Hafizah Iszahanid

ISBN: 9789675118715
Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Disember 2011
Halaman: 511
Harga: RM21.00


~ Rasaku… ~

SB kisah tentang Lily Julia [Julia] dan Engku Effendi [Effendi] yang cuba dijodohkan oleh keluarga masing-masing. Namun si Julia ni pula dah terpaut pada Adlan Huzairi [Adlan] – seorang pelukis. Jadi dalam cuba melestarikan cintanya pada Adlan, dia menolak Effendi. Dan bila lamaran keluarga Effendi ditolak, sampai accident pula si Effendi tu. Kasihan! Walaupun Effendi menafikan, aku rasa ada kaitannya dengan keputusan Julia. *wink*

Zaira; teman serumah Julia pula rupanya peminat setia Adlan. Bila Julia memperkenalkan Adlan kepada Zaira, dia rasa inilah peluang untuknya mendekati lelaki yang dipuja selama ini. Zaira sentiasa berusaha untuk mendampingi Adlan dan cuba menyingkirkan Julia perlahan-lahan. Ketika Julia ditugaskan untuk membuat liputan di Afghanistan, Zaira berjaya memancing Adlan dengan pameran seni di New York. Aku kagum dengan penulis yang berjaya mewarnai watak Zaira yang licik dan tersangatlah annoying. Nampak macam baik, tapi hakikatnya ibarat duri dalam daging. Memang terserlah watak antagonis Zaira ni.

Obses Zaira memuncak di saat majlis pertunangan Julia dan Adlan dan menyebabkan pertunangan itu terpaksa dibatalkan. Julia pergi membawa diri kerana tak mahu membina mahligai atas deraian air mata orang lain terutamanya teman rapat sendiri. Jadi apa kesudahannya? Siapa yang jadi pilihan hati Julia? Adakah Adlan atau Effendi?

Sesuatu yang patut dipuji adalah jalinan watak-watak sangat menarik. Macam watak Adlan yang tak berapa nak matang dan tak bersungguh nak menolak kehadiran Zaira. Begitu juga watak Zaira yang psiko tu serta watak jejaka budiman – Doktor Engku Effendi. Nice try sis!

Happy reading (^-<)

Rabu, 25 Januari 2012

WW #13 - 1 Malaysia Book Expo



Ps: Siapa yang nak pergi tu, kirim boleh? *wink*

Happy reading (^-<)

Khamis, 19 Januari 2012

Kelabu

Kelabu
Nadia Khan

ISBN: 9789670374048
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Disember 2011

Halaman: 456
Harga: RM24.00



~ Rasaku… ~

Kalau korang nak rasa adventure semasa membaca novel ini, aku sarankan jangan baca sinopsis di kulit buku. Sememangnya sinopsis tersebut sudah menerangkan hampir separuh daripada isi keseluruhan kisah ini.

Ceritanya mudah saja. Tentang Amir yang diminta menjadi ‘boyfriend kontrak’ si Jun, awek yang ditemui di sebuah majlis di universiti. Setelah pilihan dibuat, Amir mula mengharungi detik-detik menjadi seorang teman lelaki. Ya, mudah kan? Tetapi di tangan penulis ini, kisahnya menjadi luar biasa.

Amir sebenarnya hidup dalam dunianya yang kelabu. Dunia yang dia sendiri sukar mengerti akan di mana hitam dan putihnya jalannya. Semuanya nampak setara di matanya. Jadi dia lebih suka berada di pertengahan. Berdiri di persimpangan yang makin membuatnya keliru.

Bukan mudah meneka apa yang terjadi seterusnya. Penulis berjaya membuatku terpaku di setiap halaman. Dengan cara monolog yang teratur dan smooth, terasa seperti kau sebenarnya sedang mendengar Amir atau Nadia Khan yang bercerita di sisimu. Serius. Kau akan terus ralit tanpa sedar yang kau sudah pun tiba di penghujung cerita. Tetapi mungkin sekiranya penamat cerita itu diperkemaskan sedikit, ia akan jadi lebih gempak.

Sebenarnya kita memang amat memerlukan penulis-penulis yang berani membawa isu sebegini ke dalam naskah sastera. Isu yang buat kita fikir tentang pilihan hidup dan kesannya dan Nadia Khan adalah antara penulis yang berani. Syabas.

In one word – S.U.P.E.R.B. Period.

Happy reading (^-<)

Rabu, 18 Januari 2012

Adaptasi Novel: Ombak Rindu




Ya, lambat benar aku nak post tentang filem ni kan? Apa nak buat, aku memang tak begitu berminat dengan panggung wayang. Jadi aku tunggu filem ada di Astro First, baru aku tonton :D

Keseluruhannya aku rasa cerita ni ok-ok lah. Tak teruk mana pun dan tak lah bagus sangat, cuma kalau nak dibandingkan dengan adaptasi novel lain sebelum ini, aku berani kata yang ini lebih baik daripada filem Lagenda Budak Setan tu.

Jalan cerita filem OR berbeza dengan jalan cerita novelnya. Bagi yang dah baca, mesti dapat rasa perbezaannya. Bagi yang belum baca dan pergi menonton filem ini, memanglah 100% korang akan suka terutamanya perempuan. Sah-sah ada yang menangis dalam pawagam. Kononnya sedih sangat [walhal novelnya lagi menyentap kalbu].

Scene panas antara Hariz dan Izzah juga rasanya kurang sesuai. Aku tak pasti rasional Izzah yang asyik berkemban kain batik. Dalam novel, Izzah ni sopan je. Adegan suami-isteri pun samar-samar je, bukannya ditonjolkan sebegini. Pakaian artis lain pun lebih kurang je semuanya, jenis tak cukup kain. Alahai!

Plot cerita agak cacar-marba. Pada mulanya ia smooth saja tetapi kemudiannya makin perlahan-lahan tiba ke penghujungnya dan kemudiannya… eh! Dah habis lah. Konflik kisah ini tak serumit novel. Dan ending ditamatkan dengan sebiasa mungkin, bagai sengaja ditamatkan begitu. Mungkinkah ada kesinambungannya?

Sekiranya filem ini dinilai secara as it is dan tidak dibandingkan dengan novel, aku masih mengklasifikasikannya sebagai sebuah filem 'drama' biasa sahaja dengan watak Hariz lakonan Aaron Aziz dan Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan yang biasa anda lihat di dalam drama-drama melayu di kaca televisyen.

Tapi ya, Maya Karin hampir sempurna mewarnai watak Izzah jika slangnya itu tiada. Terserlah telor dan lenggok bahasa Indonesia bila bercakap dalam filem ini. Tetapi, ia boleh 'dilupakan' kerana bagi aku, Maya memang performed at her best and at her prettiest. Dan Mila – entah, aku merasakan Lisa Surihani perlu berkerja keras dalam membawa watak antagonis. Boleh dikatakan hampir keseluruhan dialognya seakan-akan menjerit [mungkin untuk menunjukkannya marah] dan ia amatlah menjengkelkan.

Paling cemerlang adalah watak Mail – Blont Palarae. Dialognya kurang tetapi ekspresi wajah menjadikan wataknya lebih memorable. Last but not least, Aaron Aziz mungkin bisa mencairkan kaum-kaum hawa dengan air mata 'mahalnya'. Cuma aku tak melihat 'kekerasan' Hariz seperti mana dalam novel. Hariz dalam filem ini asyik berladung air mata je. Dah boleh geng dengan watak Izzah pula.

Begitu juga dengan lagu Ombak rindu yang terlalu kerap diulang hampir di setiap scene sampai aku naik bosan. Tiadakah lagu lain selain lagu itu?

Senang cerita ia masih lagi filem B.I.A.S.A.

Ps: Agak-agak aku kena boo dengan peminat tegar filem ni tak? kih5

Happy reading (^-<)

Khamis, 12 Januari 2012

Hero

Hero
Brader Leplep, Bozu, Fikri Misti, Lord Zara, Shahir

ISBN: 978967107844
Penerbit: Lejen Press
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Disember 2011
Halaman: 231
Harga: RM20.00


~ Rasaku… ~

Ini kompilasi cerita daripada 5 penulis yang sememangnya agak popular di kalangan blogger. Kisah yang pendek-pendek, tidak saling berkait dan mudah dibaca oleh para pembacanya.

Dua Jalan Di Kuala Lumpur oleh Shahir
Ini kisah dua sahabat РAdib & Nizam. Bertahun berpisah kemudiannya mereka dipertemukan dalam satu adegan yang sangat memeritkan. Adib ketika itu menjadi buruan polis, dan polis yang memburunya tak lain tak bukan adalah Nizam. Nampak clich̩. Tapi bila penulis menggunakan teknik imbas kembali yang begitu teliti, ia begitu mengujakan.

Bandar Seri Korupsi oleh Fikri Misti
Ini pula kisah masa depan. Tahun 2075 – di mana manusia ketika itu sedang mencari rahsia Fountain of Youth. Tuan Ricky begitu mempercayai mitos ini dan mengarahkan anak buahnya mencari di mana letaknya Fountain of Youth. Ada teknik imbas kembali juga. Ha, kena bacalah ya. Aku tak mahu cerita lebih.

Hero Yang Paling Hero oleh Brader LepLep
Ini macam cerita yang paling hampeh. Sebab kalau nak ikutkan logik akal, memang langsung tak boleh diterima. Kisah pengembaraan Afka & Eddy ketika bumi diserang makhluk asing. Tapi ya, ceritanya superb. Korang perlu ada imaginasi yang tinggi nak baca cerita tentang alien ni.

Obligatu oleh Bozu
Ini pula cerita tentang ‘aku’ yang hampir-hampir mengalah dalam menempuh hidup. Bukan senang nak berjaya tetapi lebih sukar untuk mengekalkan kejayaan tu. ‘Aku’ dalam cerita ni merupakan artis yang memang popular tetapi akhirnya jatuh dek kerana sikapnya yang bongkak. Cerita ni ada nasihat dan suntikan semangat, tapi yalah memang kena memperhalusi betul-betul. Kalau tak, korang hanya akan ketawa berdekah-dekah dengan humor yang dibentangkan.

Nuansa Atma Adiwira oleh Lord Zara
Satu-satunya bunga yang mekar mewangi dalam kompilasi ini. Memang dasyat gaya bahasa penulis perempuan ni. Banyak metafora. Ada puisi indah dan puitis. Memang teramat kontra dengan cerita-cerita sebelumnya. Mengisahkan Anuar Hafuza yang sedang mencari dirinya sendiri. Dia perlu ‘buka mata’ bagi menyelesaikan segala apa yang nampak kelabu di matanya. Sebelum menjadi hero, dia sepatutnya perlu bangkit menjadi adiwira di matanya terlebih dahulu.

Ps: Blook pertama aku tahun ni *wink*

Happy reading (^-<)

Selasa, 10 Januari 2012

Coke And Sundae

Coke And Sundae
Ilya Abdullah


ISBN: 9789675067518

Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tarikh Terbit: Ogos 2010

Halaman: 368

Harga: RM18.00


~ Rasaku… ~

CAS membawa cerita Nur Azyan Idris [Azyan]; sang Gorilla cantik yang selalu bertekak dengan si Cicak Kobeng Muhammad Syakir Ilyas [Syakir]. Mereka berdua memang tak boleh berjumpa, memang senantiasa berperang mulut.

Azyan gadis yang manis tetapi teramatlah garang. Dia mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya – The Rock. Mungkin kerana 'keperkasaannya', dia mahu lelaki yang lebih gagah perkasa daripadanya. Dalam diam-diam Azyan menyukai Haziq, sepupu Syakir. Rasa tak percaya pula yang Azyan ini berani mengirimkan surat cinta kepada Haziq. Malangnya Syakir pula yang membacanya. Dan itu membuatkan Syakir mengambil kesempatan dengan memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Si Syakir ni pula rupanya memang dah lama sukakan Azyan. Namun dek kerana egonya, dia tak mampu meluahkan. Cara yang paling mudah untuk menarik perhatian Azyan adalah dengan mencari gaduh dengan gadis pujaannya itu. Azyan pula ada masanya memang lurus bendul. Bayangkan semua orang tahu Syakir ni sukakannya tetapi dia pula tak perasan langsung.

Kenapa ada coke dan sundae? Itu kerana Azyan gilakan coke manakala Syakir pula memang peminat sundae. Jadi sedap ke rasanya kalau coke bercampur dengan sundae? Bacalah CAS untuk mengetahui kesudahannya.

Ceritanya yang mudah dan disampaikan dengan straight forward. Kisah cinta anak remaja. Memang sesuai untuk mereka yang menggemari cerita yang sempoi begini.

Happy reading (^-<)

Khamis, 5 Januari 2012

Bidadari-bidadari Syurga

Bidadari-bidadari SyurgaTere Liye

ISBN: 9789833892280
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Penerbit Asal: Penerbit Republika
Tarikh Terbit: Terbitan Pertama 2009
Halaman: 388
Harga: RM25.00


~ Rasaku… ~

Karya yang menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Bukan sedikit 'isi'nya, maka perlulah kamu meneliti sedalam-dalamnya. Tere Liye sememang bukannya penulis calang-calang. Setiap patah disulam dengan penuh keikhlasan. Bikin hatiku sebak, bergenang air mata. Terima kasih pada Kak Ummu Auni yang sudi meminjamkan naskhah hebat ini padaku ;)

BBS merungkai kisah pengorbanan seorang kakak - Laisa terhadap adik-adiknya; Dalimunte, Ikanuri, Wibisana dan Yashinta. Walau mereka bukannya sedarah, seibu dan sebapa itu tidak menghalang Laisa menumpahkan kasih sayangnya yang bukannya sedikit. Laisa melakukan apa saja untuk membolehkan adik-adiknya dapat melanjutkan pendidikan mereka.

Bukan mudah menidakkan rasa hati, tetapi Laisa berjaya mengenepikan impiannya untuk keluar daripada Lembah Lahambay hanya kerana mahukan adik-adiknya berjaya. Laisa memang bukan gambaran heroin ideal stereotaip yang cantik, pandai, wangi atau kaya. Laisa gadis berkulit hitam, rambut kerinting, gempal dan pendek. Kekurangan itu tidak pernah membataskan kegigihannya, keteguhan hatinya, cinta dan keikhlasan. Dia gadis kental yang tak pernah kenal erti mengalah.

Mungkin kerana keikhlasannya dan kepercayaannya, kesemua adik-adiknya berjaya dalam hidup masing-masing. Baik Dalimunte, Ikanuri, Wibisana mahupun Yashinta tidak pernah melupakan kakak mereka. Setiap tindakan, kejayaan dan sesuatu keputusan mereka akan merujuk kepada kakaknya. Malah hal perkahwinan pun mereka berkeras, tak mahu melangkaui kakaknya. Sungguhlah rasa cinta dan kasih sayang yang dikongsi bersama amat meruntun hati.

Namun tiap yang bermula itu ada akhirnya. Sekuat mana Laisa akhirnya dia tumbang jua. Segigih mana pun Laisa kini mungkin sudah tiba di penghujungnya. Dan di saat ini, keempat-empat adiknya dipanggil pulang. Pesanan ringkas yang mendebarkan menyebabkan adik-adiknya bagaikan tak cukup tanah untuk berlari. Sempatkah melihat Kak Laisnya buat kali yang terakhir?

Aku petik potongan ayat di penghujung naskhah ini:-

Wahai, wanita-wanita yang hingga usia tiga puluh, empat puluh, atau lebih dari itu, tapi belum juga menikah (mungkin kerana kekurangan fizikal, tidak ada kesmpatan, atau tidak pernah 'terpilih' di dunia yang amat keterlaluan mencintai harta dan penampilan wajah.) Yakinlah, wanita-wanita solehah yang sendiri, namun tetap mengisi hidupnya dengan indah, bersedekah dan berkongsi, berbuat baik dan bersyukur. Kelak di hari akhir sungguh akan menjadi bidadari-bidadari syurga. Dan khabar baik itu pastilah benar, bidadari syurga parasnya cantik luar biasa.
Percaya. Tuhan itu Maha Mengasihi para hamba-Nya. Subhanallah.

Happy reading (^-<)

Selasa, 3 Januari 2012

Gelora

Gelora

Ma Lee Chuswan

ISBN: 9789675067822
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tarikh Terbit: Jun 2011
Halaman: 338
Harga: RM17.00

~ Rasaku… ~



Sejak akhir-akhir ini, aku agak selektif dalam memilih novel keluaran Kaki Novel. Bukan apa kebanyakannya indah khabar daripada rupa. Maaf, agak kasar bunyinya. Namun bila saja terpandang nama penulis senior ini, aku tak keberatan untuk membelinya.


Gelora merupakan naskhah yang mudah dan ringkas. Rasanya tak mudah untuk menghabiskannya dalam masa sehari kerana teknik penceritaan yang tidak terlalu meleret. Alih-alih eh, dah habis! Membawa kita mengenali Adam dan Mila yang saling bercakaran kerana salah faham dan prasangka.

Adam tersalah duga apabila menerima surat cinta daripada Mila. Padanya Mila masih keanak-anakan ketika menulis surat cinta itu. Mila pula langsung tak diberi peluang untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar. Sudahnya, Mila dihantar belajar ke luar negara. Mila tiada daya untuk menolak, pergi bersama perasaan geram dan marah. Dia menyangka dirinya dibuang oleh keluarga sendiri. Malah dia percaya Adam itu hanya berlagak baik di depan ayahnya, sedangkan Adam ada misi untuk merampas kekayaan keluarganya.

Sekembalinya Mila ke tanah air hanya menambah rasa sakit hatinya pada Adam. Pak Mus; ayah Mila memang dah berkenan lama dengan Adam. Padanya Adam adalah pilihan terbaik untuk Mila sekaligus orang harapan untuk meneruskan legasi perniagaannya. Mila cuba menolak tetapi kesihatan ayahnya menghalang Mila untuk bertindak lebih lanjut. Menjadi isteri Adam menuntut kesabaran yang tinggi kerana Adam lelaki yang cukup berkarisma dan digilai oleh ramai wanita.

Salah faham antara mereka makin meruncing, apatah lagi kedua-duanya cepat cemburu. Mila pula tak habis-habis dengan syak wasangka. Membuatkan Adam makin lama makin menjauh. Apa kesudahannya? Ha, kenalah baca ya!

Jujurnya, karya-karya orang lama ini ada sentimental value yang tersendiri. Walaupun jalan ceritanya agak klise, tetapi sentuhan mereka tetap menimbulkan kelainannya. Memang elok dijadikan sebagai pengubat rindu.

Happy reading (^-<)