Aktviti Membaca!

Khamis, 19 Januari 2012

Kelabu

Kelabu
Nadia Khan

ISBN: 9789670374048
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Disember 2011

Halaman: 456
Harga: RM24.00



~ Rasaku… ~

Kalau korang nak rasa adventure semasa membaca novel ini, aku sarankan jangan baca sinopsis di kulit buku. Sememangnya sinopsis tersebut sudah menerangkan hampir separuh daripada isi keseluruhan kisah ini.

Ceritanya mudah saja. Tentang Amir yang diminta menjadi ‘boyfriend kontrak’ si Jun, awek yang ditemui di sebuah majlis di universiti. Setelah pilihan dibuat, Amir mula mengharungi detik-detik menjadi seorang teman lelaki. Ya, mudah kan? Tetapi di tangan penulis ini, kisahnya menjadi luar biasa.

Amir sebenarnya hidup dalam dunianya yang kelabu. Dunia yang dia sendiri sukar mengerti akan di mana hitam dan putihnya jalannya. Semuanya nampak setara di matanya. Jadi dia lebih suka berada di pertengahan. Berdiri di persimpangan yang makin membuatnya keliru.

Bukan mudah meneka apa yang terjadi seterusnya. Penulis berjaya membuatku terpaku di setiap halaman. Dengan cara monolog yang teratur dan smooth, terasa seperti kau sebenarnya sedang mendengar Amir atau Nadia Khan yang bercerita di sisimu. Serius. Kau akan terus ralit tanpa sedar yang kau sudah pun tiba di penghujung cerita. Tetapi mungkin sekiranya penamat cerita itu diperkemaskan sedikit, ia akan jadi lebih gempak.

Sebenarnya kita memang amat memerlukan penulis-penulis yang berani membawa isu sebegini ke dalam naskah sastera. Isu yang buat kita fikir tentang pilihan hidup dan kesannya dan Nadia Khan adalah antara penulis yang berani. Syabas.

In one word – S.U.P.E.R.B. Period.

Happy reading (^-<)

8 ulasan:

  1. Sudah beli. Belum baca. Kenapa ulasan ringkas sangat kali ini?

    (Hahahaha) Akhirnya saya kembali menggunakan blog lama.

    BalasPadam
  2. Pei Pan,
    Cepat baca hehe... eh! Ringkas kah?

    Blog lama? Tak boleh masuk pun?

    BalasPadam
  3. Pei Pan,
    Nampaknya blog masih lagi private ye untuk tontonan umum? hehe2

    BalasPadam
  4. Taklah. Tak pernah di 'peribadikan' pun blog tu. Tak boleh bukakah?

    BalasPadam
  5. Pei Pan,
    Ya? Hari tu tak boleh buka tetapi sekarang sudah boleh :D

    BalasPadam
  6. aku mmg suka gila baca buku kelabu ni... rs nak baca lagi dan lagi dan lagi..

    BalasPadam
  7. paradoks,
    Kan? Rasa macam kafein. Ketagih mahu baca hee ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))