Aktviti Membaca!

Rabu, 18 Januari 2012

Adaptasi Novel: Ombak Rindu




Ya, lambat benar aku nak post tentang filem ni kan? Apa nak buat, aku memang tak begitu berminat dengan panggung wayang. Jadi aku tunggu filem ada di Astro First, baru aku tonton :D

Keseluruhannya aku rasa cerita ni ok-ok lah. Tak teruk mana pun dan tak lah bagus sangat, cuma kalau nak dibandingkan dengan adaptasi novel lain sebelum ini, aku berani kata yang ini lebih baik daripada filem Lagenda Budak Setan tu.

Jalan cerita filem OR berbeza dengan jalan cerita novelnya. Bagi yang dah baca, mesti dapat rasa perbezaannya. Bagi yang belum baca dan pergi menonton filem ini, memanglah 100% korang akan suka terutamanya perempuan. Sah-sah ada yang menangis dalam pawagam. Kononnya sedih sangat [walhal novelnya lagi menyentap kalbu].

Scene panas antara Hariz dan Izzah juga rasanya kurang sesuai. Aku tak pasti rasional Izzah yang asyik berkemban kain batik. Dalam novel, Izzah ni sopan je. Adegan suami-isteri pun samar-samar je, bukannya ditonjolkan sebegini. Pakaian artis lain pun lebih kurang je semuanya, jenis tak cukup kain. Alahai!

Plot cerita agak cacar-marba. Pada mulanya ia smooth saja tetapi kemudiannya makin perlahan-lahan tiba ke penghujungnya dan kemudiannya… eh! Dah habis lah. Konflik kisah ini tak serumit novel. Dan ending ditamatkan dengan sebiasa mungkin, bagai sengaja ditamatkan begitu. Mungkinkah ada kesinambungannya?

Sekiranya filem ini dinilai secara as it is dan tidak dibandingkan dengan novel, aku masih mengklasifikasikannya sebagai sebuah filem 'drama' biasa sahaja dengan watak Hariz lakonan Aaron Aziz dan Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan yang biasa anda lihat di dalam drama-drama melayu di kaca televisyen.

Tapi ya, Maya Karin hampir sempurna mewarnai watak Izzah jika slangnya itu tiada. Terserlah telor dan lenggok bahasa Indonesia bila bercakap dalam filem ini. Tetapi, ia boleh 'dilupakan' kerana bagi aku, Maya memang performed at her best and at her prettiest. Dan Mila – entah, aku merasakan Lisa Surihani perlu berkerja keras dalam membawa watak antagonis. Boleh dikatakan hampir keseluruhan dialognya seakan-akan menjerit [mungkin untuk menunjukkannya marah] dan ia amatlah menjengkelkan.

Paling cemerlang adalah watak Mail – Blont Palarae. Dialognya kurang tetapi ekspresi wajah menjadikan wataknya lebih memorable. Last but not least, Aaron Aziz mungkin bisa mencairkan kaum-kaum hawa dengan air mata 'mahalnya'. Cuma aku tak melihat 'kekerasan' Hariz seperti mana dalam novel. Hariz dalam filem ini asyik berladung air mata je. Dah boleh geng dengan watak Izzah pula.

Begitu juga dengan lagu Ombak rindu yang terlalu kerap diulang hampir di setiap scene sampai aku naik bosan. Tiadakah lagu lain selain lagu itu?

Senang cerita ia masih lagi filem B.I.A.S.A.

Ps: Agak-agak aku kena boo dengan peminat tegar filem ni tak? kih5

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))