Aktviti Membaca!

Khamis, 12 Januari 2012

Hero

Hero
Brader Leplep, Bozu, Fikri Misti, Lord Zara, Shahir

ISBN: 978967107844
Penerbit: Lejen Press
Tarikh Terbit: Cetakan Pertama Disember 2011
Halaman: 231
Harga: RM20.00


~ Rasaku… ~

Ini kompilasi cerita daripada 5 penulis yang sememangnya agak popular di kalangan blogger. Kisah yang pendek-pendek, tidak saling berkait dan mudah dibaca oleh para pembacanya.

Dua Jalan Di Kuala Lumpur oleh Shahir
Ini kisah dua sahabat – Adib & Nizam. Bertahun berpisah kemudiannya mereka dipertemukan dalam satu adegan yang sangat memeritkan. Adib ketika itu menjadi buruan polis, dan polis yang memburunya tak lain tak bukan adalah Nizam. Nampak cliché. Tapi bila penulis menggunakan teknik imbas kembali yang begitu teliti, ia begitu mengujakan.

Bandar Seri Korupsi oleh Fikri Misti
Ini pula kisah masa depan. Tahun 2075 – di mana manusia ketika itu sedang mencari rahsia Fountain of Youth. Tuan Ricky begitu mempercayai mitos ini dan mengarahkan anak buahnya mencari di mana letaknya Fountain of Youth. Ada teknik imbas kembali juga. Ha, kena bacalah ya. Aku tak mahu cerita lebih.

Hero Yang Paling Hero oleh Brader LepLep
Ini macam cerita yang paling hampeh. Sebab kalau nak ikutkan logik akal, memang langsung tak boleh diterima. Kisah pengembaraan Afka & Eddy ketika bumi diserang makhluk asing. Tapi ya, ceritanya superb. Korang perlu ada imaginasi yang tinggi nak baca cerita tentang alien ni.

Obligatu oleh Bozu
Ini pula cerita tentang ‘aku’ yang hampir-hampir mengalah dalam menempuh hidup. Bukan senang nak berjaya tetapi lebih sukar untuk mengekalkan kejayaan tu. ‘Aku’ dalam cerita ni merupakan artis yang memang popular tetapi akhirnya jatuh dek kerana sikapnya yang bongkak. Cerita ni ada nasihat dan suntikan semangat, tapi yalah memang kena memperhalusi betul-betul. Kalau tak, korang hanya akan ketawa berdekah-dekah dengan humor yang dibentangkan.

Nuansa Atma Adiwira oleh Lord Zara
Satu-satunya bunga yang mekar mewangi dalam kompilasi ini. Memang dasyat gaya bahasa penulis perempuan ni. Banyak metafora. Ada puisi indah dan puitis. Memang teramat kontra dengan cerita-cerita sebelumnya. Mengisahkan Anuar Hafuza yang sedang mencari dirinya sendiri. Dia perlu ‘buka mata’ bagi menyelesaikan segala apa yang nampak kelabu di matanya. Sebelum menjadi hero, dia sepatutnya perlu bangkit menjadi adiwira di matanya terlebih dahulu.

Ps: Blook pertama aku tahun ni *wink*

Happy reading (^-<)

9 ulasan:

  1. kena cari ni...kitab terfaktab dah baca? sy x cari lg

    BalasPadam
  2. Eera Shera,
    Sila cari. Oh! Yang tu pun saya dah baca. Cuba selongkar review saya sebelum ni :)

    BalasPadam
  3. bagusnye lah rajin mbaca...ai buka kejap je terus nguap =P

    BalasPadam
  4. terima kasih banyak atas ulasan..

    BalasPadam
  5. Munnafendy,
    Memang kebetulannya saya suka membaca :))

    Bozu,
    T/kasih juga kerana datang melawat blog ini :D

    Abang Zam,
    Ya, memang super power!

    BalasPadam
  6. Mekar mewangi katanya.

    Hahaha.

    Thanks my dear!

    BalasPadam
  7. shahiryusoff,
    Sama-sama :))

    ♛ LORD ZARA 札拉 ♛,
    You're most welcome dear!

    Ps: Berbesar hati. Para penulisnya menjengah ke mari *wink*

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))