Aktviti Membaca!

Selasa, 3 Januari 2012

Gelora

Gelora

Ma Lee Chuswan

ISBN: 9789675067822
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tarikh Terbit: Jun 2011
Halaman: 338
Harga: RM17.00

~ Rasaku… ~



Sejak akhir-akhir ini, aku agak selektif dalam memilih novel keluaran Kaki Novel. Bukan apa kebanyakannya indah khabar daripada rupa. Maaf, agak kasar bunyinya. Namun bila saja terpandang nama penulis senior ini, aku tak keberatan untuk membelinya.


Gelora merupakan naskhah yang mudah dan ringkas. Rasanya tak mudah untuk menghabiskannya dalam masa sehari kerana teknik penceritaan yang tidak terlalu meleret. Alih-alih eh, dah habis! Membawa kita mengenali Adam dan Mila yang saling bercakaran kerana salah faham dan prasangka.

Adam tersalah duga apabila menerima surat cinta daripada Mila. Padanya Mila masih keanak-anakan ketika menulis surat cinta itu. Mila pula langsung tak diberi peluang untuk menjelaskan kedudukan yang sebenar. Sudahnya, Mila dihantar belajar ke luar negara. Mila tiada daya untuk menolak, pergi bersama perasaan geram dan marah. Dia menyangka dirinya dibuang oleh keluarga sendiri. Malah dia percaya Adam itu hanya berlagak baik di depan ayahnya, sedangkan Adam ada misi untuk merampas kekayaan keluarganya.

Sekembalinya Mila ke tanah air hanya menambah rasa sakit hatinya pada Adam. Pak Mus; ayah Mila memang dah berkenan lama dengan Adam. Padanya Adam adalah pilihan terbaik untuk Mila sekaligus orang harapan untuk meneruskan legasi perniagaannya. Mila cuba menolak tetapi kesihatan ayahnya menghalang Mila untuk bertindak lebih lanjut. Menjadi isteri Adam menuntut kesabaran yang tinggi kerana Adam lelaki yang cukup berkarisma dan digilai oleh ramai wanita.

Salah faham antara mereka makin meruncing, apatah lagi kedua-duanya cepat cemburu. Mila pula tak habis-habis dengan syak wasangka. Membuatkan Adam makin lama makin menjauh. Apa kesudahannya? Ha, kenalah baca ya!

Jujurnya, karya-karya orang lama ini ada sentimental value yang tersendiri. Walaupun jalan ceritanya agak klise, tetapi sentuhan mereka tetap menimbulkan kelainannya. Memang elok dijadikan sebagai pengubat rindu.

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Gelora ni sebenarnya novel lama dari Ma Lee Chuswan yg diterbit semula oleh Kaki Novel. Tak salah yang dulu penerbitan Alaf21 (karangkraf kot nama yg lama...xpasti)

    saya pun sama, novel2 terbaru terutamanya dari penerbit yg agak baru agak selektif sikit utk laburkan duit.

    Novel penulis lama ada sentimental value, cara pengolahan cerita, penggunaan bahasa pun berbeza dgn penulis baru. Mereka ada identiti sendiri, baca muka surat pertama pun dah tahu siapa penulisnya :)

    BalasPadam
  2. lilyan,
    Ya, penerbitnya Karangkraf. T/kasih atas infonya.

    Penulis lama ni ada 'ummph'nya yang tersendiri. Tak kisahlah cerita apa pun yang ditulis memang ada kelas. Mungkin para penulis baru perlu mencontohi mereka. Bekerja keras supaya setiap sentuhan ada nilai ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))