Aktviti Membaca!

Selasa, 31 Disember 2013

Last Note 2013: My top 10 list




Done! Pheww.. alhamdulillah berjaya habiskan. *senyumlebar*

Penutup tirai hujung tahun, aku senaraikan 10 buah novel yang menjadi pilihan :D






6. MAGIS






Carta pilihan untuk koleksi bukan novel.


2. SMILE





Juga carta pilihan e-book [Hampir kesemuanya buku berbahasa Inggeris hahaha :P]












Ini adalah carta peribadi GA. Yang mana berkenan boleh join sekapal. Tak suka? Takpe.. hihihi

Dan aku suka nak ingatkan lagi. Tiap yang aku tulis tiada kaitan dengan peribadi penulis. Aku hanya berkongsi rasa yang hadir setelah menghadam sesuatu karya. Elok tak elok, aku cuba untuk jadi se-natural mungkin supaya ia kelihatan adil dan telus. Tapi ada masa, sebagai manusia biasa mungkin aku bias kalau ianya kena dengan my cup of tea hahaha

Kalau lihat di GR, pernah je Kak Yati dapat 2*. Malah, Shah Johar yang aku bagi rating 1* pun dapat pujian untuk karya Mental. Aku tahu percubaan pertama tak semestinya akan menghasilkan sesuatu yang hebat. Macam orang yang baru belajar memasak. Sekali dua mungkin tak menjadi. Tapi kalau hari-hari praktis, tak mustahil masakannya akan sehebat chef.

Jadi aku suka kalau kita semua diberi peluang yang sama rata. Sebab aku suka baca dan terus baca. Karya pertama tak ok, takpe kerana kita ada dua, tiga dan empat. Kan? [aku rasa macam ulang balik status kat GR pula haha]

Sama je keadaannya dengan aku. Kerana aku bukannya penulis review yang bertauliah. Aku bukan pakar bahasa pun. Tapi pengalaman mengajar kita banyak perkara. Satu per satu. Perbaiki setiap kelemahan yang ada. Beri ruang untuk bernafas. InsyaAllah, kalau bukan sekarang.. mungkin anda akan jadi penulis hebat di masa akan datang.

Percaya. Tuhan selalu punya rahsia.
Senyum... Alhamdulillah :))

Happy reading (^-<)

9 ulasan:

  1. 101 Rekreasi Hati: Buat Diriku Yang Mudah Lupa

    ps: Hi-5 sesama! Suka buku ni...

    :)

    BalasPadam
  2. tak pernah cuba menyukai MPI. betul ke best?

    BalasPadam
  3. c i k i a n,
    Yay! Sama! Haah, suka dengan lukisan-lukisan comel yang ada dalam buku tu. Memang bagus!

    Happy Mind,
    Bukannya betul best, sebab kalau kata betul nanti semua orang ingat memang sah buku ni betul-betul best :))
    Ikut citarasa la dik, bagi akak bukunya bagus bukan sebab pasangannya saja tetapi alur ceritanya. Tak kosong!

    BalasPadam
  4. Wahhhhhhhhhh....rajin sungguh Cik Airina..rindu pula nak buat list sebegini tapi sungguh terhambat dengan waktu...

    BalasPadam
  5. AimieAfifah,
    Kakchik pun boleh! Yay! Ambil masa kakchik, kalau saya buat semuanya satu masa pun saya tak mampu.
    Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :))

    BalasPadam
  6. Airini download ebook dkt mana?

    BalasPadam
  7. Hidayah Yatt
    Kalau untuk novel Inggeris:-
    http://tuebl.ca/

    Kalau novel Melayu biasanya ada di GR :))

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum Airina.

    Baru teringat mahu google blog GA. Biasanya bertegur sapa di Goodreads sahaja :) Dalam senarai Airina saya ada Cintaku Luruh di Oxford sahaja. Sudah lama beli tapi peram dahulu. Haha..jadi tabiat agaknya. Buku best kena simpan lama sedikit ;)

    BalasPadam
  9. Waalaikumsalam sis AdH,

    Rajinnya google blog saya :)) Terima kasih!

    CLDO tu kena baca pelan-pelan. Ada input yang bagus di sebalik kisah cinta hero-heroin tu. Moga terhibur ya :D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))