Aktviti Membaca!

Isnin, 30 Disember 2013

Cik Bunga dan Encik Sombong

Cik Bunga dan Encik Sombong
Airisz

ISBN: 9789670246154
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: Cetakan Ketiga 2012
Halaman: 593
Harga: RM18

~ Rasaku… ~

Kredit untuk ending yang lain daripada yang lain. Kreatif sungguh!

Review panjang? Ala..sebab tu kita ada hari esok. Eh! Eh! hahaha :P

Full review: 26/12/2013

Cinta tak kenal siapa.
Ia bukan sekadar frasa untuk menyedapkan hati. Ini adalah apa yang cuba penulis sampaikan dalam 593 halaman novelnya.

Benar, aku akui. Satu-satunya perkara yang buat aku tertarik adalah kerana nilai cinta hero-heroinnya. Si kacak dan kaya dengan si gadis comot yang miskin. Walaupun kisah selepasnya itu hampir sama saja dengan lambakan novel lain. Perkahwinan-tanpa-rela, dibenci ibu mertua dan watak gadis tempelan yang menyakitkan hati. Itu semua masih ada, mungkin untuk beri warna dalam novel.

Namun, ada baiknya aku kira pertelingkahan ibu-mertua-menantu-tak-disukai itu tidak dipanjang-panjangkan. Pada pembaca yang banyak songeh seperti aku, ia agak melelahkan kerana hampir setiap bab sesudah pernikahan Intan-Harris, aku disogokkan dengan adegan yang hampir sama. Kalau tak diherdik, kena maki, diugut atau ditampar.

Dan pada hemat aku, perbuatan menampar wanita berulang kali [walau mungkin wanita itu layak dilempang], bukanlah cara yang sewajarnya. Sekali mungkin ianya niat untuk mengajar, tetapi kalau berkali-kali.. Maaf, Harris! Saya benci awak! Eh! hahaha :P

Tapi walau apa pun, aku tetap enjoy menikmatinya. Gaya bahasa yang mudah difahami. Santai. Monolog dalaman Intan misalnya yang gunakan ‘kita’ & ‘awak’, kelihatan macam comel je.

Begitu juga dengan komunikasi berkesan antara Intan dan Harris. Cukup mengkagumkan walaupun pada mulanya Harris ni antara lelaki yang bajet bagus. Tetapi perwatakannya berubah semenjak dia menyukai Intan. Malah, kedua-duanya tidak mudah putus asa mempertahankan rumah tangga mereka. Tidak terpengaruh dengan segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan. Sebaliknya, ikatan makin kukuh dan bertambah-tambah sayang. Yay!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))