Aktviti Membaca!

Jumaat, 3 Januari 2014

Sayangku Merajuk


Sayangku Merajuk
Ayu Emelda

ISBN: 9789831246481
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 506
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Balas hutang review. Ini bukan first review di tahun baru ya!

Full review: 02/01/2014

Alkisah si heroin - Aireen namanya. Berpisah dengan suaminya hampir lima tahun lamanya. Dan bila sang ‘bekas’ suami datang memujuk, manakan dia mahu terima. Lima tahun tu! Bukan lima saat. Tapi rupa-rupanya sang ‘bekas’ suami ada rahsia yang disimpan kemas. Dan Aireen terkejut bukan kepalang, si dia itu masih lagi suami sahnya hingga kini. Jeng jeng jeng...

Mana hati tak pedih bila ditinggal begitu saja. Si Shahir pula bagai mahu tak mahu saja menerangkan hal yang sebenar. Sebaliknya Shahir memilih untuk berahsia. Lagilah hati Aireen panas. Kalau Shahir menganggap Aireen itu cinta matinya, si Aireen pula lebih rela mengalihkan cintanya pada lelaki lain!

Pheww... Tarik nafas!

Aku baca novel ini dengan persoalan ‘kenapa’, ‘kenapa’ dan ‘kenapa’ dalam kepala. Penat weii... hahaha :P

Semuanya kerana sikap si heroin yang memang aku rasa nak tempeleng je! [Maaf, aku memang agak emo di sini]

Aku rasa kenapa perlu ada heroin yang seperti Aireen? Tegar menyakiti diri sendiri dengan niat mahu membalas dendam pada sang suami. Malah, aku sedikit terkilan kenapa perlu Aireen menidakkan takdir yang dia sebenarnya masih bersuami? Tetapi tetap rela memahat cintanya dengan lelaki lain.

Aku juga penat ‘lihat’ Shahir yang tak henti-henti memujuk tetapi tidak pula berterus-terang dengan keadaannya yang sebenar. KENAPA?

Dan kemudiannya aku terfikir sesuatu. Mungkin inilah rahsianya. Rahsia si penulis mahu para pembacanya untuk terus melekat dengan novel ini. Bagaimana isu komunikasi dengan pasangan dilakar dengan cukup cantik, tapi seriously, aku mungkin bukan orang yang cukup sabar *wink*

Aku rasa dua watak cilik - si kembar anak Aireen & Shahir banyak menyelamatkan keadaan. Begitu juga dengan watak Hanis; adik Aireen. Entahlah, aku rasa ketiga-tiga watak ini yang beri aku jalan untuk terus baca dan baca. Malah tak keterlaluan kalau aku katakan, watak Hanis paling menyerlah dengan sikap boyish-nya itu.

Walau apa pun, aku masih enjoy dengan gaya bahasa yang santai dan agak gila-gila [untuk watak Hanis pastinya]. Selamat terus berkarya!

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))