Kopi
Shaz Johar, Dayang Noor, Nadia Khan, Adib Zaini, Gina Yap Lai Yoong, Ridhwan Saidi, Amal Hamsan, Dheepan Pranthaman, Nik Adam Ahmad, Nabila Najwa, Shafaza Zara Syed Yusof, Asyraf Bakti, Hafiz Hamzah, Luc Abdullah, Fadli Al-Akiti, Redza Minhat, Faizal Sulaiman, Syaihan Syafiq, Raja FaisalISBN: 9789670374055
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Mac 2012
Halaman: 177
Harga: RM20
~ Rasaku… ~
Tak dapat dinafikan Kopi adalah gabungan 19 cerpen yang manis, pahit, hitam, putih, panas, sejuk dan ada yang
kaw-kaw punya. Tidak mengecewakan malah ada beberapa cerita yang agak
surprising. Shaz Johar misalnya yang mengejutkan aku dalam kisah menariknya melalui 'Kopi 3 Rasa'. Diharapkan tulisan berikutnya akan jadi sebagus ini. Teringat
Pei Pan -
See... saya masih neutral kerana tetap membaca karyanya.
Dari satu cerpen ke satu cerpen, ada terhidang pelbagai jenis 'kopi'. Kisah yang
simple lagi
sweet, kisah cinta tragik atau mimpi cinta tak kesampaian. Disampaikan dengan pelbagai rentak dan gaya. Ada penulis yang senang bermadah, yang sarkastik, yang lurus-bendul dan ada juga yang bermetafora. Seperti Syafaza Zara Syed Yusof atau lebih dikenali dengan
Lord Zara di laman blogger, si bunga ini masih mengekalkan identitinya. Metafora tinggi dengan kata-kata puitis. Begitu juga dengan Nabila Najwa dan Hafiz Hamzah; bukan mudah untuk meyakinkan pembaca dengan alunan gaya penulisan yang punya kosa kata nan indah, tetapi mereka berdua berjaya melakukannya
[sekurang-kurangnya meyakinkan aku]. Tahniah.
Dalam pada itu, ada juga beberapa cerpen yang aku tak suka. 'Kopi Mimpi' misalnya. Ya, aku memang tak suka kalau ada selingan mimpi dalam kisah yang ditulis. Ibarat kau sedang menipu para pembaca secara terang-terangan. Membunuh
mood membacaku yang sudah pun teruja dalam khayalan tetapi itu pada pendapat aku, mungkin tak sama dengan kamu.
Seperti biasa, keterbukaan bagaikan sudah sinonim dengan keluaran Fixi tak terkecuali Kopi. Setakat ini hanya kisah
Ngeri dan
Kelabu yang bersih dengan unsur-unsur panas
romantica-de amor itu. Padaku ketiadaan
scene sebegitu tidak mencacatkan langsung, tetapi mungkin kerana ianya fiksi pulp moden.
Urban katanya maka jadilah ia begitu. Mungkin aku kena membiasakan diri dengan karya sebegini. Telan selagi boleh, luah setelah jemu. Mungkin.
Fixi ada barisan penulis yang bagus – Nadia Khan, Ridhwan Saidi
[sekadar memetik nama yang terlintas di fikiran], yang punya bakat menulis luar biasa. Hatimu akan tergolek-golek jatuh cinta pada karya mereka. Ringkas, padat dan memikat. Aku suka.
Aku tak akan bercerita ke semua cerpennya. Panjang berjela nanti, dan lagipun akan jadi tak
surprise untuk kamu yang mahu membaca. Cuma apa yang boleh aku simpulkan koleksi cerpen ini menarik, sama menarik dengan kulit dan reka bentuknya. Saiz kecil dan sangat sesuai sekali untuk dibawa ke kedai kopi
[?]. Yang berminat, cepat dapatkan di
Fixi. Buku ini keluaran terhad kerana dicetak sekali sahaja dan hanya ada 1,500 naskhah. Harap maklum!
Happy reading (^-<)