Aktviti Membaca!

Selasa, 13 Mac 2012

Ngeri

Ngeri
Gina Yap Lai Yoong

ISBN: 9789671038451
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: September 2011
Halaman: 231
Harga: RM16


~ Rasaku… ~

Aku baca kisah ini dalam masa tak sampai 3 jam. Laju kan? kih5

Jujurnya dalam menghadam buku-buku keluaran Fixi, aku rasa ini novel pertama Fixi yang sudah boleh diagak jalan ceritanya. Jalan cerita yang terlalu biasa, macam cerita-cerita di kaca televisyen. Walaupun masih boleh diterima dan dibaca tetapi membaca novel ini tak begitu memuaskan. Ada lompong-lompong yang harusnya dibaiki.

Kisah tiga sahabat; Samuel, Rehan dan Joanne yang dalam dilema bila proposal mereka ditolak oleh Prof. Bazri. Mereka bertiga ni adalah pelajar jurusan perfileman dan salah satu assignment berkumpulan adalah menyiapkan skrip yang bagus dan lengkap. Tetapi masalah timbul bila skrip mereka asyik ditolak oleh Prof. Bazri. Bukan sekali tetapi sudah masuk 4 kali. Bengang dibuatnya. Namun apa yang menarik perhatian adalah skrip yang ditulis sendiri oleh Samuel [skrip pertama ditulis oleh Rehan & Joanne] telah menjadi kenyataan. Bikin Malaysia gempar dengan cerita-cerita pembunuhan kejam.

Skrip berjudul – Pembunuh Ais Beku, Pencinta Pinocchio, Harta Karun Manusia dan Terperangkap Dalam Rumah mempamerkan cara pembunuhan yang sememangnya work of complex art. Hanya orang yang psiko saja yang bisa mengatur kesemua itu. Tetapi sayangnya idea itu tidak dikembangkan dengan lebih jelas. Maksudku cara pembunuhannya tidak diperincikan. Sekiranya setiap babak ngeri itu diceritakan dan dikembangkan dengan lebih baik, aku percaya para pembacanya akan lebih berasa ngeri.

Begitu juga dengan punca sebenar pembunuhan ngeri yang berlaku. Aku tak nampak apa relevannya membunuh dengan bertujuan memuja hasil kerja orang lain yang dianggap brilliant. Atau apakah aku yang tak cukup relevan kerana tak dapat menerima motif pembunuhan mungkin boleh berpunca daripada apa-apa saja?

Twist tentang Leonard sudah boleh ditebak awal-awal lagi. Begitu juga dengan watak Rehan yang digambarkan sebagai innocent. Sayangnya penulis tidak memanupulasikan 2 watak ini dengan bijak. Kalau tidak, aku kira ia akan jadi lebih dahsyat.

Sedikit kecewa dengan novel ini yang tak cukup ngeri. Impak 'ngeri'nya tidak sehebat kulit novelnya. Jika nak kisah pembunuhan yang lebih ngeri, aku pilih Candal.

Happy reading (^-<)

3 ulasan:

  1. Betul, Candal terbaik. Ngeri, jalan ceritanya terlalu mudah.

    BalasPadam
  2. setuju juga... candal terlalu sadis... ngeri terasa setiap urat bila membacanya... (^__^) ~

    BalasPadam
  3. Pei Pan,
    Ya. Jalan cerita Ngeri biasa-biasa saja, tak sehebat Candal

    ♥ fadz♪∟@ ♥ ,
    Candal memang terbaik! Meremang bulu roma dibuatnya

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))