Aktviti Membaca!

Selasa, 6 Mac 2012

Nota Airina & Promosi

Alhamdulillah... akhirnya aku kembali ke rumah sendiri. Eceh! Hampir seminggu aku bercuti sakit rehat, dan kini sudah kembali bersemangat untuk ber-blogging :D

Hadiah utama untuk acara ‘Lomba Baca 2011’ sudah diketahui. Klik sini untuk maklumat lanjut. Tahniah kepada para pemenang. Memang terbaik. Tahniah juga kepada semua peserta yang memeriahkan acara ini. Terima kasih kepada Kak Wan dan rakan-rakannya yang berpenat lelah mengatur acara dan pastinya setinggi-tinggi penghargaan kepada Jemari Seni selaku penaja. Teringat pada Fira. Alahai! Sorry dear! Tak dapat nak kongsi hadiah utama denganmu kerana aku tak menang pun kih5

Apa pun bukan hadiah yang dicari sebenarnya tetapi pengalaman. Apa yang dikutip sepanjang tahun lepas sudah cukup membahagiakan. Bertemu rakan-rakan baru yang masing-masing ulat buku. Juga saling berkongsi resensi dan pendapat tentang sesuatu buku. Dan ya, ingatan dan pesanan daripada pihak penaja yang menggalakkan menulis dengan tata bahasa yang betul. Bukan mudah. Tetapi cabarannya sanggup ditempuh :D

Kongsi sikit dengan acara yang bakal berlangsung Khamis ini. Wah! Macam saja menggoda aku nak berbelanja je ni ngeh3


Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. 70%??? alaaaaaa bestnya! tp skrg tgh pokai sob sob mmg xda harapan nk pi membeli la :(

    BalasPadam
  2. Ijah EmoTemo,
    70% tu bergantung juga pada jenis bukunya. Takpe, menabung untuk Pesta Buku 2012 ok? :)

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))