Aktviti Membaca!

Selasa, 27 Mac 2012

Kopi

Kopi
Shaz Johar, Dayang Noor, Nadia Khan, Adib Zaini, Gina Yap Lai Yoong, Ridhwan Saidi, Amal Hamsan, Dheepan Pranthaman, Nik Adam Ahmad, Nabila Najwa, Shafaza Zara Syed Yusof, Asyraf Bakti, Hafiz Hamzah, Luc Abdullah, Fadli Al-Akiti, Redza Minhat, Faizal Sulaiman, Syaihan Syafiq, Raja Faisal


ISBN: 9789670374055
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Mac 2012
Halaman: 177
Harga: RM20


~ Rasaku… ~

Tak dapat dinafikan Kopi adalah gabungan 19 cerpen yang manis, pahit, hitam, putih, panas, sejuk dan ada yang kaw-kaw punya. Tidak mengecewakan malah ada beberapa cerita yang agak surprising. Shaz Johar misalnya yang mengejutkan aku dalam kisah menariknya melalui 'Kopi 3 Rasa'. Diharapkan tulisan berikutnya akan jadi sebagus ini. Teringat Pei Pan - See... saya masih neutral kerana tetap membaca karyanya.

Dari satu cerpen ke satu cerpen, ada terhidang pelbagai jenis 'kopi'. Kisah yang simple lagi sweet, kisah cinta tragik atau mimpi cinta tak kesampaian. Disampaikan dengan pelbagai rentak dan gaya. Ada penulis yang senang bermadah, yang sarkastik, yang lurus-bendul dan ada juga yang bermetafora. Seperti Syafaza Zara Syed Yusof atau lebih dikenali dengan Lord Zara di laman blogger, si bunga ini masih mengekalkan identitinya. Metafora tinggi dengan kata-kata puitis. Begitu juga dengan Nabila Najwa dan Hafiz Hamzah; bukan mudah untuk meyakinkan pembaca dengan alunan gaya penulisan yang punya kosa kata nan indah, tetapi mereka berdua berjaya melakukannya [sekurang-kurangnya meyakinkan aku]. Tahniah.

Dalam pada itu, ada juga beberapa cerpen yang aku tak suka. 'Kopi Mimpi' misalnya. Ya, aku memang tak suka kalau ada selingan mimpi dalam kisah yang ditulis. Ibarat kau sedang menipu para pembaca secara terang-terangan. Membunuh mood membacaku yang sudah pun teruja dalam khayalan tetapi itu pada pendapat aku, mungkin tak sama dengan kamu.

Seperti biasa, keterbukaan bagaikan sudah sinonim dengan keluaran Fixi tak terkecuali Kopi. Setakat ini hanya kisah Ngeri dan Kelabu yang bersih dengan unsur-unsur panas romantica-de amor itu. Padaku ketiadaan scene sebegitu tidak mencacatkan langsung, tetapi mungkin kerana ianya fiksi pulp moden. Urban katanya maka jadilah ia begitu. Mungkin aku kena membiasakan diri dengan karya sebegini. Telan selagi boleh, luah setelah jemu. Mungkin.

Fixi ada barisan penulis yang bagus – Nadia Khan, Ridhwan Saidi [sekadar memetik nama yang terlintas di fikiran], yang punya bakat menulis luar biasa. Hatimu akan tergolek-golek jatuh cinta pada karya mereka. Ringkas, padat dan memikat. Aku suka.

Aku tak akan bercerita ke semua cerpennya. Panjang berjela nanti, dan lagipun akan jadi tak surprise untuk kamu yang mahu membaca. Cuma apa yang boleh aku simpulkan koleksi cerpen ini menarik, sama menarik dengan kulit dan reka bentuknya. Saiz kecil dan sangat sesuai sekali untuk dibawa ke kedai kopi[?]. Yang berminat, cepat dapatkan di Fixi. Buku ini keluaran terhad kerana dicetak sekali sahaja dan hanya ada 1,500 naskhah. Harap maklum!

Happy reading (^-<)

8 ulasan:

  1. Aku nampak label nama Shafaza Zara Seyd Yusof di situ.

    Terima kasih atas pembelian KOPI. Terima kasih kerana membaca.
    Terima kasih jika suka Barista Cinta.

    :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih sebab suka dengan kata2 puitis saya :p

    -Nabila Najwa

    BalasPadam
  3. ♛ LORD ZARA 札拉 ♛,
    Sama-sama kasih ;)

    nanawrote,
    Sama-sama kasih Cik Nabila ;)

    jejaka anggun,
    You're most welcome ;)

    BalasPadam
  4. yg penting ble lord zara datang je semua org tepuk tangan.

    dasar #retis sangat.

    =)

    BalasPadam
  5. shandye.,
    #retis kah?
    Oh! Baru la ni saya tau yang Lord Zara itu golongan #retis :P

    T/kasih kerana mengunjungi GA :)

    BalasPadam
  6. Boleh jual pada saya ? Harga berapa pun saya sanggup bayar. COD lebih baik.Nak pos pun ok.

    BalasPadam
  7. LuqmanulHakim,
    Maaf. Saya tak jual buku ini ;))

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))