Aktviti Membaca!

Khamis, 8 Mac 2012

Sisa Sebuah Cinta

Sisa Sebuah Cinta
Ian Juliana

ISBN: 9789675067891

Penerbit: Kaki Novel Enterprise
Tarikh Terbit: Disember 2011
Halaman: 916
Harga: RM30



~ Rasaku… ~

Mencapai naskah ini kerana terpandangkan nama penulisnya. Ya, aku ‘kenal’ Cik Ian ini. Tak sangka dah ada novel sulung di pasaran. Mana lah aku tahu kih5

Renda pernah ‘bertemu’ dengan Ahmad Firasz dalam satu insiden yang amat memalukan. Sangkanya ia akan tamat di situ. Siapa tahu mereka berdua bertemu lagi. Dan kali ini Renda mahupun Ahmad Firasz tak mampu melarikan diri. Apatah lagi insiden yang memalukan itu sudah terbongkar ke pengetahuan keluarga Ahmad Firasz.

Biarpun cuba mengelak, Renda dan Ahmad Firasz perlu hidup bersama. Namun ikatan pernikahan tidak pernah ada ertinya. Setelah Ahmad Firasz mengetahui punca sebenar kisah hitam yang dialami Renda, barulah dia mula mengerti. Demi kebahagiaan Renda dia memutuskan untuk melepaskan Renda pergi. Tetapi keputusan itu lebih melukakan hati Renda yang sudah pun mula menyayangi Ahmad Firasz sebagai suami. Kekecewaan membawa Renda jauh ke Perancis.

Memulakan hidup baru di Perancis menemukan Renda dengan Raihan Hasyri. Entahlah aku tak berapa berkenan dengan watak Raihan Hasyri dan juga Airel Yuki Hagiwara. Kedua-dua watak tiada x-factor, kerana nampak sangat watak budiman ini sengaja dicipta. Sangat tipikal. Cuma mungkin ianya amat perlu untuk melengkapkan watak hopeless Renda yang terlalu baik itu.

Namun watak Ahmad Firasz digarap dengan cemerlang oleh penulis. Dia lelaki yang seperti bom jangka, sukar ditelah apa mahunya. Dia cukup sempurna dalam ketidaksempurnaannya. Namun sayang, ada sedikit cacatnya Ahmad Firasz ini. Digambarkan sebagai seorang anak remaja yang baru meningkat dewasa, yang mana padaku dia pastinya seorang lelaki berusia 21 tahun, tetapi Ahmad Firasz telah menjadi orang penting dalam syarikat keluarganya. Ya, meneruskan legasi nampak mudah tetapi kelayakan Ahmad Firasz itu apa? Dalam usia itu, adakah ijazah sudah di tangan? Mungkinkah penulis terlepas pandang atau aku yang tertinggal kereta api?

Tak dapat dinafikan novel tebal selalunya akan menjadi kesukaan aku tetapi mungkin dalam kisah ini, ia sedikit melelahkan. Aku turut lelah menanti penghujung cinta Renda. Ya, cerita klise novel-novel Melayu yang bermain dengan cinta yang penuh duri ranjau dan onak. Cuma dek kerana penulisnya pandai bermain kata, maksudku dengan lenggok bahasa yang indah, lembut dan berbunga-bunga menyebabkan aku masih setia menamatkannya hingga ke halaman terakhir.

Tahniah buat penulis kerana berjaya menghasilkan karya yang cukup memuaskan. Berjaya mengekalkan momentum dari mula, klimaks hingga ke akhir bab. Plot yang smooth, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu perlahan. Sedang elok je. I'm looking forward to reading your next book. All the best!

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Terima kasih kerana mendapatkan SSC
    Maaf untuk setiap kekurangan
    =)

    BalasPadam
  2. Dandelion Kiss,
    T/kasih untuk naskhah ini juga. Moga Cik Ian terus menulis ;)

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))