Aktviti Membaca!

Isnin, 12 Mac 2012

Dendam

Dendam
Affifudin Omar

ISBN: 9789671038437
Penerbit: Buku Fixi
Tarikh Terbit: Jun 2011
Halaman: 309
Harga: RM20


~ Rasaku… ~

Melihatkan tajuknya aku kira ia akan jadi perkara yang sangat mengerikan. Tetapi penulis menterjemahkan cerita dendam itu secara minima. Simple and straight forward. Tiada twist yang mengujakan. Klimaksnya pun macam ada-ada-tiada saja.

Kisah bermula apabila ayah Khalil Gibran menjadi cacat kerana dipukul oleh Sarjan Mejar Samad. Dia menyimpan dendam terhadap polis yang mengganyang ayahnya. Dalam melunaskan dendamnya, Khalil Gibran menjadi polis. Dendam menjadikan watak Khalil Gibran buas, ganas, dan tiada empati. Malah dia digeruni kerana terkenal dengan teknik interogasi yang sangat-sangat ekstrem.

Takdir politik membuatkan Khalil Gibran perlu bersara awal daripada dunia kepolisian. Khalil Gibran mula berjinak-jinak dengan perniagaan yang akhirnya menjadikannya seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Dia bukannya setakat handal di arena usahawan malah juga master dalam hal-hal wang haram-halal. Dia bijak. Akalnya meluas. Dalam sekelip mata dia bisa adakan benda yang tiada kepada ada.

Namun keterujaannya semakin merundum bila saja anak lelaki sulungnya ditembak oleh pasukan polis dalam satu kejadian kejar-mengejar. Ketika ini aku terasa ceritanya balik-balik dengan polis… hmm, mood aku juga jatuh merundum mengikut mood Khalil Gibran. Walaupun pada mulanya Khalil Gibran mahu bertindak menuntut bela tetapi bagaikan ada rahmat yang turun kepadanya. Peri kemanusiaannya datang menjengah kalbu. Dia bagaikan diseru-seru untuk berubah.

Ada terselit tentang kisah Khalil Gibran yang mahukan title ‘Dato’ dengan cara membayar seseorang yang katanya ada bau-bau bacang dengan sultan. Akhirnya dia ditipu. Duit dikebas habuk pun tarak. Kelakar. Sinis. Di tengah-tengah cerita, penulis boleh membuatkan aku senyum ke telinga.

Tetapi akhirnya, dendam tidak akan membawa manusia ke mana-mana. Ibarat kata Affifudin, manusia yang tidak bertuhan juga boleh merasa insaf. Kalau tak silap aku, inilah antara buku Fixi yang punya ending lengkap dan tidak dibiarkan tergantung. Mungkin kerana dendam sudah terkubur. Makanya tiada apa yang perlu dibahaskan lagi. Ya, mungkin.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))