Aktviti Membaca!

Rabu, 20 November 2013

Katarak

Katarak
Fitri Hussin

ISBN: 9789831248393
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 544
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

"Kawan, kata ahli matematik perasaan itu hanya boleh diukur dengan satu nilai iaitu infiniti. Kata ahli fizik, perasaan itu adalah pantulan mata yang dibiaskan ke dalam hati. Kata tukang kebun, perasaan itu bagaikan pokok bunga. Kata tukang cat, perasaan itu bagaikan cat merah. Ia jelas kelihatan walaupun dari jauh. Kawan, apakah perasaan itu? Perasaan itu adalah cinta!" - [pg 239]

Kata aku? Perasaan cinta itu gila hahaha Oh, ya! Ini memang bukan review :P

Full review: 18/11/2013

Pertamanya, ini bukan novel cinta. Walaupun banyak je status-status berunsur cinta yang aku naikkan di GR. Keduanya, aku suka cover. Nampak mengancam. Dan aku hampir terpedaya kerana ingatkan ia kisah si penjenayah ala-ala CSI.

Tetapi rupanya tidak.
Ya, ini bukan kisah jenayah yang memerlukan para CSI datang menyiasat. Tertipu? hahaha... sungguh aku rela ditipu kalau ada cerita yang fresh sebegini.

Ringkasnya, ini kisah 5 sekawan di universiti yang melalui hari-hari biasa mereka sebagai pelajar. Sepatutnya kisah mereka biasa-biasa saja. Tapi ada pelbagai insiden luar jangka yang berlaku. Umpama efek domino, satu per satu kejadian yang menimpa seorang demi seorang. Apakah puncanya?

Aku suka plotnya. Pantas bergerak. Buat aku laju menyelak halaman satu per satu, cuma kengkangan masa yang membantutkan proses pembacaan. Aku juga suka gaya penceritaan penulis. Macam cerita atas cerita... yang mana penulis tetiba wujudkan watak/adegan yang buat kita tertanya-tanya. Kemudiannya baru diterangkan dalam plot berikutnya. Ala... macam mana nak cerita hahaha... Maaf, aku tak tahu nak explain *wink*

Aku senang dengan tiap mood yang disuntik. Ada nada serius, lawak dan cinta yang tak berlebihan. Dan jujurnya, aku tak suka kisah politik. Tapi dalam novel ni, ia diceritakan dengan baik sekali. Walaupun hati meragui akan kewujudan kisah sebegini di alam universiti, tetapi penulis berjaya buat aku percaya. Nak tanya, apa benarkah ia betul-betul ada?

Menggunakan POV orang pertama sebagai naratif memang beri kelebihan tetapi sayangnya sebagai pembaca, kita hanya dibawa untuk meneroka satu watak, atau dalam erti kata lain kita sebenarnya hanya boleh melihat dari sudut pandang sang pencerita saja. Rugi kan? Sebab aku teringin tahu bagaimana rasa Azrul yang patah hati, apa perasaan Wadi yang dianiaya atau apa hebatnya Si Penguasa. Ya, aku tahu. Aku memang suka demand lebih hahaha

Seperti biasa, kecacatan dikesan melalui aspek pengeditan. Entahlah. Banyak benar kesalahan ejaan yang menganggu kelancaran pembacaan hingga aku kena ulang baca ayat sebelumnya untuk pastikan apa sebenarnya perkataan itu. Dan itu buat aku letih! Begitu jua kekeliruan antara SBS dan BBS... itulah nama singkatan yang hampir serupa.

Seperti resensi saudara Helmi, ada beberapa insiden tidak dibongkar ke akar umbinya. Apakah ia sengaja dibiarkan sebegitu kerana akan ada kesinambungannya? Eh! Eh! hahaha... hanya penulis ada jawapannya.

Apa pun, wujudnya laman RT itu buat aku gigih mencari di pakcik google. Hasilnya aku jumpa blog hitam yang kosong. Perghh...

Dan seperti aku bilang awal-awal tadi, ini memang bukan naskhah cinta. Ia kisah khianat. Konspirasi. Kena kerja keras menghadamnya, apa lagi ia dibayangi kisah politik. Tapi, kalau rasa-rasa nak telan sesuatu yang baru, apa kata cuba. Tak perlu beli, pinjam la kat mana-mana. Jadi kalau tak berkenan, korang tak rugi apa-apa pun. Kan?

“Politik... di mana-mana pun terpalit kotor.”[pg 88]

Sengih. Smirk.

Happy reading (^-<)

Isnin, 18 November 2013

Suami Aku Ustaz

Suami Aku Ustaz
Hannah Dhaniyah

ISBN: 9789670246208
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 583
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Buku di tangan adalah cetakan ke-13. Hebat kan?

Full review: 12/11/2013

Antara suka dan tak suka. Aku nyaris membiarkan ianya kosong tanpa rating. Tapi pelik pula bila aku biar kosong hee...

Sebenarnya aku sudah cuba untuk jadi neutral semasa membacanya. Tapi.. aduh! Minda memang tak mahu berkerjasama denganku kali ini. Aku tak mahu membahaskan tentang isu kahwin muda itu. Aku masih boleh menerimanya walaupun terasa tak berapa betul pun untuk berkahwin sebelum menduduki SPM. Bimbang ada adinda-adinda comel sekalian menggunakannya sebagai satu escapism untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar sekolah.

Isunya, aku tak dapat melihat di mana rasionalnya ibu bapa mahu mengahwinkan anaknya yang dikatakan liar. Entah. Definisi liar aku lebih worst daripada itu. Malah, aku rasa Arumi lebih dua kali ganda liarnya daripada watak Lisa. Dan ya... perkahwinan bukannya solusi terbaik untuk anak gadis yang liar. Kalau begitu, mudah saja nak kurangkan masalah sosial - iaitu kahwinkan saja ke semua anak gadis yang bermasalah itu. Benarkah?

Baik, secara ringkasnya ini kisah Lisa yang terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya kerana ibu bapanya mahu ke Mekah. Kebetulan abang sepupu merupakan ustaz di sekolahnya. Hailoh! Ibu ayahnya bagai tiada orang lain yang boleh diharap untuk menjaganya. Ustaz Hafiz juga yang dicari. Lisa menolak tapi kedua-dua orang tua sudah beri kata muktamad.

Perkahwinan Lisa-Hafiz berjalan seperti biasa. Kredit pada penulis kerana berjaya menggayakan adegan rumah tangga pasangan ini dengan penuh bersahaja. Penulis mengajak kita bersama-sama Lisa menanam rasa suka dan cinta buat sang suami sedikit demi sedikit. Adegan sweet pun tidak terlalu bergula, sesuai untuk bacaan umum.

Tapi ya... seiring pembacaan, bila tiba di saat Lisa merahsiakan status perkahwinan semata-mata mahu mengejar cita-citanya untuk ke universiti, aku terus down. Sang suami pun bagai endah tak endah saja. Sekali lagi, aku masih tidak boleh menganggap ianya perkara remeh. Maaf.

Namun cerita ini banyak diselamatkan dengan mesej-mesej positif dan unsur Islamik. Semuanya disusun dengan baik sekali. Malah tak keterlaluan kalau aku katakan kematangan penulis terserlah bila saja berbicara tentang nilai-nilai dan Sejarah Islam. Mungkin kerana itu aku masih setia menghadamnya hingga ke titik penamat. Yay!

Apa pun... marilah kita nantikan filemnya. Bila ya? Jangan tanya sebab selalunya aku la yang paling last tahu hahaha :P

Happy reading (^-<)

Dari Tanjung Malim ke KLCC

Dari Tanjung Malim ke KLCC
Fdaus Ahmad

ISBN: 9789671105740
Penerbit: Dubook Ceritera
Tarikh Terbit: 2012
Halaman: 197
Harga: RM20

~ Rasaku… ~

3.5*

Buku nipis. Bau kertas kuning yang harum. Hew..nyummy!

Review panjang? Aha...aku malas. Nanti-nantilah hihi :P

Full review: 06/11/2013

Sebagai blogger, aku tau penulis ada banyak rahsia yang sudah diketahui umum lewat daripada catatan-catatan di dinding blognya. Tapi kalau sebagai pembaca yang punya tahap kesedaran lambat seperti aku [Terima kasih Dyh atas ingatan tentang buku comel ini.. yay!], buku nipis yang menghimpun isi blognya ini sudah cukup memukau.

Sekali lagi, tidak dapat lari daripada tersengih-sengih bak kerang busuk bila saja buku dah ada depan mata. Momen-momen yang tercipta lewat catatan perjalanan sang penulis, memang mengusik hati sendiri. Terasa-rasa seperti, ‘Eh! Ni macam cerita aku je... la, aku pun pernah laaaa..’ hahaha Ya, ini catatan buat mengimbau kenangan lama. Kisah suka duka, saat tawa riang dan berlagu air mata. Ini kisah kita, cerita kita dalam menempuh hari-hari mendatang.

Dan aku masih senang menghadam kisah penulis dan pasangannya - Cikgu Kuala Kubu. Aku masih tegar melayan keletah Fateem yang macam-macam tu. Hai! Fateem ada ciri-ciri seperti ayahnya hikhikhik :P

Walau ada beberapa bahagian yang aku kira sudah pernah dibaca, ia tak jadi masalah. Baca berulang kali, biar lekat dalam otak. Hidup bukannya semua indah, kan? Kenangan pahit tu biar ditanam dalam-dalam, buat penawar di kala susah... biar jadi gula-gula tika waktu senang.

Happy reading (^-<)

Selasa, 12 November 2013

Titian Cinta

Titian Cinta
Ridhya Iman

ISBN: 9789671192542
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 841
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

3.5*

Buku tebal. Cerita cliche.. tapi plot bagus. Oh! Ini bukan review hahaha :P

Full review: 12/11/2013

Seperti aku bilang di atas, cerita ini cliche. Benar. Tapi, ada beberapa yang aku suka tentangnya;

1. Plot cerita bagus. Tidak terlalu bersahaja dan tidak terlalu rumit. Adatlah, kena ada watak annoying dalam cerita. Dan penulis tidak menamatkan watak annoying dengan penamat yang sadis seperti mati kemalangan dan sebagainya.
2. Gaya bahasa yang cukup mendayu-dayu. Terasa seperti duduk di tepi pantai, menghayati desiran ombak dan bayu laut yang lembut dan menenangkan. Wah!
3. Adegan flashback yang digarap hampir sempurna. Dibina seiring dengan graf pembacaan sekaligus membuatkan rasa ingin tahu dan tahu apa kesudahan ceritanya.
4. Tarikan kimia [baca: chemistry] antara hero dan heroin memang mengujakan hohoho :P Memang pasangan serasi mereka berdua ni. Tak tipu. Korang boleh rasa sendiri.. love is in the air bak kata omputeh.

Ringkasnya. Ini kisah ‘Aisy sekembalinya dari luar negara. Bertemu kembali dengan lelaki yang tak ingin lagi ditemui. Tapi takdir tetap jua menemukan dia dengan lelaki itu. Harris. Dia adalah sejarah hitam yang perlu dipadam terus dari kotak ingatan.

Namun, siapa tahu yang sebenarnya ikatan mereka berdua masih kukuh. ‘Aisy masih isteri sah Harris walaupun sudah empat tahun berlalu. Sungguh ‘Aisy mahu lari, tapi bayangan Harris tetap setia mengekori langkahnya. Harris nampaknya tidak mahu mengalah, ‘Aisy mesti ditakluki kembali. ‘Aisy adalah cinta matinya.

‘Aisy keliru dengan perubahan Harris. Lelaki yang pernah mengecewakannya bertahun sudah kembali dengan rasa cinta mekar buat sang isteri. Tapi penerimaan ibu Harris masih seperti dulu. Dengan onar Sofia dan Daniel yang tidak sudah-sudah menghimpit. Ditambah dengan kemunculan semula Rayyan; bekas tunangan ‘Aisy. Mampukah ‘Aisy menerima Harris dengan tangan yang terbuka? Jangan risau, happy ending sudah pastinya. Yay!

Sedikit kekeliruan di mana Harris mengatakan ‘she’ kepada anak dalam kandungan ‘Aisy, tetapi perbualan mereka selepas itu merujuk kepada ‘his’. Maaf, tak ingat di halaman berapa adegan ini. Mungkin boleh diperbetulkan di cetakan yang akan datang.

Oh, ya! Ini juga termasuk dalam buku yang dibaca tanpa expectation apa-apa. Mungkin kerana ianya datang daripada penulis baru, jadi lebih mudah agaknya untuk aku menghayatinya.

“‘Aisy sayang, dalam hidup ini memang kita tak pernah putus diuji. Itu tanda Allah sentiasa ingatkan dan sayangkan kita. Sebab setiap ujian daripada-Nya mengajar kita untuk banyak bersabar dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Berdoa dan jangan berputus asa untuk berusaha...”[pg 424]

Happy reading (^-<)

Isnin, 4 November 2013

MAGIS

MAGIS
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831248935
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 512
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Manusia... ramai yang terlupa bahawa hidup ini mempunyai waktu, tapi mereka sengaja mensia-siakan waktu itu. Hidup ini... bernyawa, Mikhail [pg 278]

RAM memang arif bila perlu bermain dengan watak, tempat dan laras waktu. Dan sebagai pembaca, semuanya perlu seiring ketika sedang membelai naskhah ini kerana ceritanya tidak pernah mengikut susunan waktu. Cuma kali ini, RAM banyak membantu dengan meletakkan satu hero di satu bab. Lebih tersusun dan lebih mudah hadam sebenarnya.

Fenomena halo. Antara percaya dengan tidak. Menongkah arus, merentas zaman. Memperlihatkan lima hero RAM bertemu. Sunan, Mikhail, Carlos, Ryu-Watanabe dan Ejim si Tombirou. Saling berjuang menegakkan keadilan. Saling bergelut dengan godaan dan jati diri. Saat di mana kita semua sudah tiba di hujung-hujung waktu. Ya, ini cerita tentang manusia di akhir zaman. Waktu sang Dajal saling memperdaya, saat Islam kian hancur di tangan manusia itu sendiri.

Sejujurnya aku hanya benar-benar mengenali Sunan dan Mikhail. Sedang tiga hero lagi itu aku hanya kenal namanya lewat karya-karya RAM lalu. Tapi apa yang aku suka dalam novel ni, pembaca akan tetap mendapat rentaknya. Tidaklah tertanya-tanya siapa dan kenapa, kerana watak-wataknya diseimbangkan hampir sempurna.

Aku suka dengan gandingan Sunan-Ejim. Si Sunan, sang pendekar purba dan Ejim, si pagan yang mencari makna diri. Begitu juga dengan Mikhail dan Ryu-Watanabe. Dan Carlos yang masih dihimpit dengan Bilal Piut. Aku kira penulisnya sudah berkerja keras membahagikan fokusnya, supaya tiada watak yang lebih menonjol daripada yang lain. Beliau mahu kesemuanya mendapat perhatian yang sewajarnya. Tapi mungkin kerana karisma Sunan, hati lebih menjurus pada sang laksamana itu :))

Watak-watak lain yang membantu cerita ini bergerak memang boleh tahan banyaknya. Baik si Tuan Turak mahupun Cinnie. Tapi ya, aku amat tertarik dengan watak perempuan tua hodoh berbongkok tiga yang mengekori langkah-langkah kesemua hero. Ada cerita di sebaliknya. Dan itu semua akan terungkai di akhir-akhirnya. Perghh... memang cukup menuntut kesabaran aku untuk mengetahui kebenarannya.

Sebagai penulis senior, memang tak perlu dipersoalkan tentang gaya bahasa dan plot penceritaannya. RAM nyata berada di kelasnya tersendiri. Cuma kali ini ada beberapa frasa yang diulang-ulang. Tidak mencacatkan tapi terasa kehilangan RAM di sini. Dan aku tersengih-sengih di beberapa halaman kerana melihat frasa – ‘ini kalilah’. Sinis. Pheww...

Aku sedikit kecewa dengan penamatnya. Tu yang kurang satu bintang hahaha Tapi ya, pengakhirannya yang ada Mikhail dan Ryu-Watanabe tu buat aku rasa yang ianya akan ada kesinambungannya. Eh! Sesuka hati meneka.. tapi tak salah kan wahai tuan penulis? hee :))

Happy reading (^-<)