Aktviti Membaca!

Isnin, 18 November 2013

Suami Aku Ustaz

Suami Aku Ustaz
Hannah Dhaniyah

ISBN: 9789670246208
Penerbit: Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd
Tarikh Terbit: April 2012
Halaman: 583
Harga: RM22

~ Rasaku… ~

Buku di tangan adalah cetakan ke-13. Hebat kan?

Full review: 12/11/2013

Antara suka dan tak suka. Aku nyaris membiarkan ianya kosong tanpa rating. Tapi pelik pula bila aku biar kosong hee...

Sebenarnya aku sudah cuba untuk jadi neutral semasa membacanya. Tapi.. aduh! Minda memang tak mahu berkerjasama denganku kali ini. Aku tak mahu membahaskan tentang isu kahwin muda itu. Aku masih boleh menerimanya walaupun terasa tak berapa betul pun untuk berkahwin sebelum menduduki SPM. Bimbang ada adinda-adinda comel sekalian menggunakannya sebagai satu escapism untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar sekolah.

Isunya, aku tak dapat melihat di mana rasionalnya ibu bapa mahu mengahwinkan anaknya yang dikatakan liar. Entah. Definisi liar aku lebih worst daripada itu. Malah, aku rasa Arumi lebih dua kali ganda liarnya daripada watak Lisa. Dan ya... perkahwinan bukannya solusi terbaik untuk anak gadis yang liar. Kalau begitu, mudah saja nak kurangkan masalah sosial - iaitu kahwinkan saja ke semua anak gadis yang bermasalah itu. Benarkah?

Baik, secara ringkasnya ini kisah Lisa yang terpaksa berkahwin dengan abang sepupunya kerana ibu bapanya mahu ke Mekah. Kebetulan abang sepupu merupakan ustaz di sekolahnya. Hailoh! Ibu ayahnya bagai tiada orang lain yang boleh diharap untuk menjaganya. Ustaz Hafiz juga yang dicari. Lisa menolak tapi kedua-dua orang tua sudah beri kata muktamad.

Perkahwinan Lisa-Hafiz berjalan seperti biasa. Kredit pada penulis kerana berjaya menggayakan adegan rumah tangga pasangan ini dengan penuh bersahaja. Penulis mengajak kita bersama-sama Lisa menanam rasa suka dan cinta buat sang suami sedikit demi sedikit. Adegan sweet pun tidak terlalu bergula, sesuai untuk bacaan umum.

Tapi ya... seiring pembacaan, bila tiba di saat Lisa merahsiakan status perkahwinan semata-mata mahu mengejar cita-citanya untuk ke universiti, aku terus down. Sang suami pun bagai endah tak endah saja. Sekali lagi, aku masih tidak boleh menganggap ianya perkara remeh. Maaf.

Namun cerita ini banyak diselamatkan dengan mesej-mesej positif dan unsur Islamik. Semuanya disusun dengan baik sekali. Malah tak keterlaluan kalau aku katakan kematangan penulis terserlah bila saja berbicara tentang nilai-nilai dan Sejarah Islam. Mungkin kerana itu aku masih setia menghadamnya hingga ke titik penamat. Yay!

Apa pun... marilah kita nantikan filemnya. Bila ya? Jangan tanya sebab selalunya aku la yang paling last tahu hahaha :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))