Aktviti Membaca!

Isnin, 4 November 2013

MAGIS

MAGIS
Ramlee Awang Murshid

ISBN: 9789831248935
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 512
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

Manusia... ramai yang terlupa bahawa hidup ini mempunyai waktu, tapi mereka sengaja mensia-siakan waktu itu. Hidup ini... bernyawa, Mikhail [pg 278]

RAM memang arif bila perlu bermain dengan watak, tempat dan laras waktu. Dan sebagai pembaca, semuanya perlu seiring ketika sedang membelai naskhah ini kerana ceritanya tidak pernah mengikut susunan waktu. Cuma kali ini, RAM banyak membantu dengan meletakkan satu hero di satu bab. Lebih tersusun dan lebih mudah hadam sebenarnya.

Fenomena halo. Antara percaya dengan tidak. Menongkah arus, merentas zaman. Memperlihatkan lima hero RAM bertemu. Sunan, Mikhail, Carlos, Ryu-Watanabe dan Ejim si Tombirou. Saling berjuang menegakkan keadilan. Saling bergelut dengan godaan dan jati diri. Saat di mana kita semua sudah tiba di hujung-hujung waktu. Ya, ini cerita tentang manusia di akhir zaman. Waktu sang Dajal saling memperdaya, saat Islam kian hancur di tangan manusia itu sendiri.

Sejujurnya aku hanya benar-benar mengenali Sunan dan Mikhail. Sedang tiga hero lagi itu aku hanya kenal namanya lewat karya-karya RAM lalu. Tapi apa yang aku suka dalam novel ni, pembaca akan tetap mendapat rentaknya. Tidaklah tertanya-tanya siapa dan kenapa, kerana watak-wataknya diseimbangkan hampir sempurna.

Aku suka dengan gandingan Sunan-Ejim. Si Sunan, sang pendekar purba dan Ejim, si pagan yang mencari makna diri. Begitu juga dengan Mikhail dan Ryu-Watanabe. Dan Carlos yang masih dihimpit dengan Bilal Piut. Aku kira penulisnya sudah berkerja keras membahagikan fokusnya, supaya tiada watak yang lebih menonjol daripada yang lain. Beliau mahu kesemuanya mendapat perhatian yang sewajarnya. Tapi mungkin kerana karisma Sunan, hati lebih menjurus pada sang laksamana itu :))

Watak-watak lain yang membantu cerita ini bergerak memang boleh tahan banyaknya. Baik si Tuan Turak mahupun Cinnie. Tapi ya, aku amat tertarik dengan watak perempuan tua hodoh berbongkok tiga yang mengekori langkah-langkah kesemua hero. Ada cerita di sebaliknya. Dan itu semua akan terungkai di akhir-akhirnya. Perghh... memang cukup menuntut kesabaran aku untuk mengetahui kebenarannya.

Sebagai penulis senior, memang tak perlu dipersoalkan tentang gaya bahasa dan plot penceritaannya. RAM nyata berada di kelasnya tersendiri. Cuma kali ini ada beberapa frasa yang diulang-ulang. Tidak mencacatkan tapi terasa kehilangan RAM di sini. Dan aku tersengih-sengih di beberapa halaman kerana melihat frasa – ‘ini kalilah’. Sinis. Pheww...

Aku sedikit kecewa dengan penamatnya. Tu yang kurang satu bintang hahaha Tapi ya, pengakhirannya yang ada Mikhail dan Ryu-Watanabe tu buat aku rasa yang ianya akan ada kesinambungannya. Eh! Sesuka hati meneka.. tapi tak salah kan wahai tuan penulis? hee :))

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))