Aktviti Membaca!

Rabu, 20 November 2013

Katarak

Katarak
Fitri Hussin

ISBN: 9789831248393
Penerbit: Alaf 21 - Grup Buku Karangkraf
Tarikh Terbit: Januari 2013
Halaman: 544
Harga: RM21

~ Rasaku… ~

"Kawan, kata ahli matematik perasaan itu hanya boleh diukur dengan satu nilai iaitu infiniti. Kata ahli fizik, perasaan itu adalah pantulan mata yang dibiaskan ke dalam hati. Kata tukang kebun, perasaan itu bagaikan pokok bunga. Kata tukang cat, perasaan itu bagaikan cat merah. Ia jelas kelihatan walaupun dari jauh. Kawan, apakah perasaan itu? Perasaan itu adalah cinta!" - [pg 239]

Kata aku? Perasaan cinta itu gila hahaha Oh, ya! Ini memang bukan review :P

Full review: 18/11/2013

Pertamanya, ini bukan novel cinta. Walaupun banyak je status-status berunsur cinta yang aku naikkan di GR. Keduanya, aku suka cover. Nampak mengancam. Dan aku hampir terpedaya kerana ingatkan ia kisah si penjenayah ala-ala CSI.

Tetapi rupanya tidak.
Ya, ini bukan kisah jenayah yang memerlukan para CSI datang menyiasat. Tertipu? hahaha... sungguh aku rela ditipu kalau ada cerita yang fresh sebegini.

Ringkasnya, ini kisah 5 sekawan di universiti yang melalui hari-hari biasa mereka sebagai pelajar. Sepatutnya kisah mereka biasa-biasa saja. Tapi ada pelbagai insiden luar jangka yang berlaku. Umpama efek domino, satu per satu kejadian yang menimpa seorang demi seorang. Apakah puncanya?

Aku suka plotnya. Pantas bergerak. Buat aku laju menyelak halaman satu per satu, cuma kengkangan masa yang membantutkan proses pembacaan. Aku juga suka gaya penceritaan penulis. Macam cerita atas cerita... yang mana penulis tetiba wujudkan watak/adegan yang buat kita tertanya-tanya. Kemudiannya baru diterangkan dalam plot berikutnya. Ala... macam mana nak cerita hahaha... Maaf, aku tak tahu nak explain *wink*

Aku senang dengan tiap mood yang disuntik. Ada nada serius, lawak dan cinta yang tak berlebihan. Dan jujurnya, aku tak suka kisah politik. Tapi dalam novel ni, ia diceritakan dengan baik sekali. Walaupun hati meragui akan kewujudan kisah sebegini di alam universiti, tetapi penulis berjaya buat aku percaya. Nak tanya, apa benarkah ia betul-betul ada?

Menggunakan POV orang pertama sebagai naratif memang beri kelebihan tetapi sayangnya sebagai pembaca, kita hanya dibawa untuk meneroka satu watak, atau dalam erti kata lain kita sebenarnya hanya boleh melihat dari sudut pandang sang pencerita saja. Rugi kan? Sebab aku teringin tahu bagaimana rasa Azrul yang patah hati, apa perasaan Wadi yang dianiaya atau apa hebatnya Si Penguasa. Ya, aku tahu. Aku memang suka demand lebih hahaha

Seperti biasa, kecacatan dikesan melalui aspek pengeditan. Entahlah. Banyak benar kesalahan ejaan yang menganggu kelancaran pembacaan hingga aku kena ulang baca ayat sebelumnya untuk pastikan apa sebenarnya perkataan itu. Dan itu buat aku letih! Begitu jua kekeliruan antara SBS dan BBS... itulah nama singkatan yang hampir serupa.

Seperti resensi saudara Helmi, ada beberapa insiden tidak dibongkar ke akar umbinya. Apakah ia sengaja dibiarkan sebegitu kerana akan ada kesinambungannya? Eh! Eh! hahaha... hanya penulis ada jawapannya.

Apa pun, wujudnya laman RT itu buat aku gigih mencari di pakcik google. Hasilnya aku jumpa blog hitam yang kosong. Perghh...

Dan seperti aku bilang awal-awal tadi, ini memang bukan naskhah cinta. Ia kisah khianat. Konspirasi. Kena kerja keras menghadamnya, apa lagi ia dibayangi kisah politik. Tapi, kalau rasa-rasa nak telan sesuatu yang baru, apa kata cuba. Tak perlu beli, pinjam la kat mana-mana. Jadi kalau tak berkenan, korang tak rugi apa-apa pun. Kan?

“Politik... di mana-mana pun terpalit kotor.”[pg 88]

Sengih. Smirk.

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))