Aktviti Membaca!

Selasa, 12 November 2013

Titian Cinta

Titian Cinta
Ridhya Iman

ISBN: 9789671192542
Penerbit: Idea Kreatif Publication
Tarikh Terbit: September 2013
Halaman: 841
Harga: RM30

~ Rasaku… ~

3.5*

Buku tebal. Cerita cliche.. tapi plot bagus. Oh! Ini bukan review hahaha :P

Full review: 12/11/2013

Seperti aku bilang di atas, cerita ini cliche. Benar. Tapi, ada beberapa yang aku suka tentangnya;

1. Plot cerita bagus. Tidak terlalu bersahaja dan tidak terlalu rumit. Adatlah, kena ada watak annoying dalam cerita. Dan penulis tidak menamatkan watak annoying dengan penamat yang sadis seperti mati kemalangan dan sebagainya.
2. Gaya bahasa yang cukup mendayu-dayu. Terasa seperti duduk di tepi pantai, menghayati desiran ombak dan bayu laut yang lembut dan menenangkan. Wah!
3. Adegan flashback yang digarap hampir sempurna. Dibina seiring dengan graf pembacaan sekaligus membuatkan rasa ingin tahu dan tahu apa kesudahan ceritanya.
4. Tarikan kimia [baca: chemistry] antara hero dan heroin memang mengujakan hohoho :P Memang pasangan serasi mereka berdua ni. Tak tipu. Korang boleh rasa sendiri.. love is in the air bak kata omputeh.

Ringkasnya. Ini kisah ‘Aisy sekembalinya dari luar negara. Bertemu kembali dengan lelaki yang tak ingin lagi ditemui. Tapi takdir tetap jua menemukan dia dengan lelaki itu. Harris. Dia adalah sejarah hitam yang perlu dipadam terus dari kotak ingatan.

Namun, siapa tahu yang sebenarnya ikatan mereka berdua masih kukuh. ‘Aisy masih isteri sah Harris walaupun sudah empat tahun berlalu. Sungguh ‘Aisy mahu lari, tapi bayangan Harris tetap setia mengekori langkahnya. Harris nampaknya tidak mahu mengalah, ‘Aisy mesti ditakluki kembali. ‘Aisy adalah cinta matinya.

‘Aisy keliru dengan perubahan Harris. Lelaki yang pernah mengecewakannya bertahun sudah kembali dengan rasa cinta mekar buat sang isteri. Tapi penerimaan ibu Harris masih seperti dulu. Dengan onar Sofia dan Daniel yang tidak sudah-sudah menghimpit. Ditambah dengan kemunculan semula Rayyan; bekas tunangan ‘Aisy. Mampukah ‘Aisy menerima Harris dengan tangan yang terbuka? Jangan risau, happy ending sudah pastinya. Yay!

Sedikit kekeliruan di mana Harris mengatakan ‘she’ kepada anak dalam kandungan ‘Aisy, tetapi perbualan mereka selepas itu merujuk kepada ‘his’. Maaf, tak ingat di halaman berapa adegan ini. Mungkin boleh diperbetulkan di cetakan yang akan datang.

Oh, ya! Ini juga termasuk dalam buku yang dibaca tanpa expectation apa-apa. Mungkin kerana ianya datang daripada penulis baru, jadi lebih mudah agaknya untuk aku menghayatinya.

“‘Aisy sayang, dalam hidup ini memang kita tak pernah putus diuji. Itu tanda Allah sentiasa ingatkan dan sayangkan kita. Sebab setiap ujian daripada-Nya mengajar kita untuk banyak bersabar dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dengan-Nya. Berdoa dan jangan berputus asa untuk berusaha...”[pg 424]

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. boleh kirim kat indonesia tak novel ni?

    BalasPadam
  2. mama abee /
    Maaf ya, saya tidak menjual buku ini. Boleh beli secara online di laman:- http://www.ideakreatif.net/

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))