Aktviti Membaca!

Selasa, 27 Julai 2010

Istana


JUDUL: ISTANA
PENULIS: CUCURATAP
TERBITAN:
http://cucuratap.blogspot.com/



~ Rasaku… ~

Kali ni cerita Cik Cucur yang dah berkurun dah aku rasa. Cuma aku je yang selalu je lambat, ketinggalan nak baca hahaha

Permulaan ceritanya menarik. Ya lah, boleh pula ada gadis yang nak bertunang semata-mata kerana idamkan sebuah i-Pod Touch. Nasib baik ada Wawa, maka Ana tak lah mengarut sangat. Tapi apa pun kedua-dua sahabat ni memang sekepala, sama-sama geng masuk air. Wawa ni layan je idea yang entah apa-apa yang keluar daripada mulut Ana hahaha

Perbualan mereka di Delifrance rupanya didengari oleh Ikram. Dan memang tak disangka ada pula proposal untuk Ana. Ikram bagi cadangan yang memang tak masuk dek akal. Dia mahu belikan Ana i-Pod tu dengan syarat Ana akan menjadi isterinya. Kiranya kahwin! Gila lah! Kalau aku lah jadi Ana dah memang cabut lari punya. Dah lah tak kenal, tiba-tiba datang depan kita dan ajak kita kahwin.

Tetapi rupanya Ikram tak pernah berbohong. Pertemuan kedua diaturkan. Di saat itu Ikram mencadangkan agar mereka berkawan dulu. Belajar bercinta lebih kurang untuk sama mengenali antara satu sama lain. Ana gadis yang sering saja blur tak mampu nak kata tidak. Jadi bermulalah episod cinta Ana dan Ikram.

Kalau nak tahu Ikram ni somebody tau. Sebab tu Ana rasa macam tak padan je. Tak akan lah senang-senang je boleh suka kat dia yang biasa-biasa tu. Tapi apa pun Ikram memang sweet talker. Mudah je dia panggil Ana tu Love. Kiranya mudah juga lah hati Ana tu cair :)

Cuma kemunculan Awalludin menyebabkan dunia cinta Ana yang indah itu bertukar kelam. Kata-kata Awalludin yang juga sepupu kepada Ikram pahit untuk ditelan. Kenyataan kah itu? Penjelasan dicari tetapi salah faham juga yang muncul. Ana menghilangkan diri dan Ikram gagal untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Apa kesudahan cerita cinta antara dua darjat ini?

Kisah garapan ini nampak comel dan mudah dihadam. Apatah lagi susunan ayat yang teratur. Cuma rasanya cerita ini seperti terlalu cepat ke klimaksnya. Mungkin ia terlalu terburu-buru dinoktahkan. Andainya cerita ini diperkembangkan lagi ia akan jadi lebih menarik. Walau apa pun hasil tulisan penulis ini memang tak pernah mengecewakan. Aku cukup terhibur :))

Ps: Moga manuskrip 'Kamu Indah' dapat dijadikan kenyataan. Selamat berkarya :D

Happy reading (^-<)

Isnin, 26 Julai 2010

Untuk Awak Teja Aulia


JUDUL: UNTUK AWAK TEJA AULIA
PENULIS: SYUD
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

UATA macam cerita realiti. Memang persahabatan antara lelaki dan perempuan itu sukar benar nak mengelak daripada tergelincir perasaan. Baik di belah lelaki atau perempuan akan ada saatnya hati itu terbuai dengan cinta. Jadi salah siapa?

Teja Aulia [Aulia] mengenali Adil semenjak kecil. Terlalu rapat hinggakan Aulia rasa tak mampu hidup tanpa Adil di sisi. Mereka jarang terpisah. Makanya hubungan persahabatan itu sentiasa mekar melewati waktu. Tetapi bila masing-masing sudah meningkat dewasa hubungan itu renggang dengan sendirinya. Kesibukan menyebabkan mereka jarang berjumpa maka di sinilah segalanya bermula.

Aulia berjumpa dengan Raif. Wajah dan gayanya memang seiras benar dengan Adil. Dan itu menyebabkan Aulia jadi suka. Hubungan mereka berdua semakin rapat dan secara tidak langsung Adil makin menjauh. Dia tahu Aulia sudah ada penggantinya. Aulia sudah bertemu kekasih hati. Adil sebenarnya memendam rasa pada Aulia. Tetapi takut hubungan persahabatan mereka akan terganggu sekiranya dia berterus-terang pada Aulia.

Berlaku perselisihan faham antara Aulia dan Adil. Aulia yang sedikit panas baran itu mengamuk tak tentu pasal padahal kesalahan Adil kecil je. Sikap ego akhirnya memakan diri. Adil bertindak menjauhkan diri daripada Aulia. Tempoh tiga tahun 'peperangan dingin' itu sebenarnya menyeksa kedua-dua sahabat ini. Siapa yang mahu mengaku kalah dulu? Aulia atau Adil?

Suka dengan Syud kerana menjadikan kisah Aulia dan Adil sebuah cerita persahabatan yang manis. Apalagi anda emoticon smiley di penghujung cerita. Suka juga dengan cover novel yang memang menarik hati itu :) Cuma aku sedikit terganggu dengan monolog yang ada kerana ia bukanlah sesuatu yang aku gemari dalam novel. Oh, ada watak Pacai yang memeriahkan suasana. Ala Pacai hero dalam e-novel Baju Melayu Hijau Serindit :)

"aku pelangi yang tak memberi makna dalam hidupmu"

"i wish i could just make you turn around, turn around and see me cry "

Ps: Cerita ni macam ada hubung kait je dengan cerita aku hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Rabu, 21 Julai 2010

Pemenang Ulasan Buku PTS Minggu Ketiga

Pagi tadi masa sedang menyelongkar peti emel, terselit satu emel daripada seseorang yang memang tak aku kenali tetapi tajuk emelnya memang mendebarkan.

Aku baca satu per satu, tak mahu silap... berulang-ulang kali tetapi itu memang kenyataannya. Oh, Tuhan! Rasa macam tak percaya je!

Nama aku tersenarai dalam berita tu! Gembira rasanya :)) Terima kasih PTS :)

Boleh baca link PTS ni :) Pada kamu yang pernah membaca buku-buku keluaran PTS, aku rasa boleh cuba menghantar ulasan itu. Mana tahu nama kamu akan tersenarai pula. Selamat mencuba :)

Ps: Sedang tengok buku apa yang harus aku pilih sebagai hadiah :)

Happy reading (^-<)

Selasa, 20 Julai 2010

Setiap Jumaat


JUDUL: SETIAP JUMAAT
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD



~ Rasaku… ~

SJ menceritakan tentang Jasmine yang menetap di Jepun. Pada mulanya Jasmine hanya melanjutkan pelajarannya tetapi dia mengubah niatnya bila mendapat tahu ibunya akan berkahwin lagi setelah ayahnya meninggal dunia. Disebabkan itu dia merasakan ibunya janda gatal yang ingin berlaki lagi dan tidak pernah menghargai pengorbanan arwah ayahnya. Apatah lagi ketika itu Jasmine baru saja berpisah dengan kekasihnya; Jabar.

Kisah Ku Pian juga tidak kurang menarik. Dia yang selalu merasakan ayahnya tidak berlaku adil padanya. Ayahnya dianggap terlalu mengongkong hidupnya. Malah semua tindakannya dianggap tidak betul. Lantaran itu Ku Pian membawa diri. Tak mahu lagi dibelenggu oleh ayahnya sendiri.

Kisah Ultraman dan Masako terselit di tengah-tengah cerita. Mereka bertemu secara tak sengaja ketika Masako membawa pelancong dan Ultraman pula sedang duduk melukis. Pertemuan mereka di bawah pohon sakura itu kemudiannya menjadi sesuatu yang lazim. Setiap Jumaat mereka akan pastinya bertemu dan duduk bertukar cerita. Namun apabila Masako tiba-tiba hilang, Ultraman menjadi tak tentu hala.

Setelah bertahun-tahun merantau, Jasmine akhirnya pulang juga. Itu pun kerana abangnya yang mendesak dia pulang kerana ibu mereka dah menetapkan syarat yang abangnya tidak boleh berkahwin sekiranya Jasmine tidak pulang. Kepulangan Jasmine membuka matanya. Kesal kerana telah menghakimi ibunya tanpa usul periksa sedangkan ibunya yang paling banyak berkorban. Rupa-rupanya ayah mereka berkahwin dua. Ayah yang dianggap bekerja sebagai pengawal di sebelah malam rupanya menghilang ke rumah isteri mudanya. Malah setelah kematian ayahnya, ibunya yang mengambil alih menjaga anak ayahnya bersama isteri baru. Patutlah masa dulu, ibunya selalu sangat bersedih dan menangis. Jasmine akhirnya mengerti. Suami baru ibunya diterima dengan baik. Apatah lagi ayah tirinya seorang ustaz yang sangat bertanggungjawab dan menghargai ibunya.

Kemunculan watak Tok Aki di hujung cerita menambah rencah. Masakan boleh lupa pada orang tua yang ceria dan penuh cerita ini. Kebijaksanaan dan sifat merendah diri serta seorang yang penuh humor. Paling tak boleh lupa bila dia mengatakan yang ruginya tak beli kamera masa muda-muda dulu hahaha :P

Oh, lupa! Kisah Ultraman dan Masako ada kesudahan yang menarik :) Tak susah untuk meneka siapa mereka sebenarnya :)) Malah Ku Pian berjumpa dengan Jasmine ketika dia sudah pulang ke tanah air. Ha, ada cerita ke antara dua watak ini? Kena baca ok!

Seperti biasa trademark NB masih dikekalkan dalam novel ini. Kisah gadis yang tabah dan cekal dalam menempuh hidup. Ia buat aku bersemangat untuk terus membaca kerana wataknya yang tak mudah mengalah. Buah tangan Kak Yati ni memang wajib dibeli :)

Ps: Cover lelaki itu mengingatkan aku pada hero cerita Korea hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Isnin, 19 Julai 2010

Bertakhta Di Hati


JUDUL: BERTAKHTA DI HATI
PENULIS: MARWATI WAHAB
TERBITAN: FAJAR PAKEER SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novel ini resepinya sama macam novelnya terdahulu - AMK. Bezanya kalau dalam AMK, seorang anak perempuan mencari ibu kandungnya tetapi dalam BDH kisah si anak tiri yang menganggap ibu yang dicari adalah ibu kandungnya sendiri. Sesuatu yang masih lagi menarik kerana penulis ini punya rahsia yang buat aku melekat dengan hasil karyanya.

Khairunasrya [Rya] ditinggalkan suaminya; Najmi Syahadat [Najmi] ketika inainya masih merah di jari. Kasihan! Baru tiga hari bergelar isteri, dia ditinggalkan Najmi dengan hanya sepucuk surat. Berendam air mata tak akan mampu mengubah apa-apa. Kenyataan yang pahit harus diterima. Tanpa sebab yang munasabah dia dibiarkan ibarat gantung tak bertali.

Ditinggalkan dengan mudah menyebabkan Rya menjadi mangsa tohmahan orang kampung. Terlalu banyak fitnah yang dilemparkan dan Rya perlu menghadapinya sendiri. Dugaan yang datang ditelan dengan payah. Kuasa Tuhan ada benih yang ditinggalkan oleh Najmi. Rya pasrah. Kandungannya dijaga dengan penuh kasih sayang namun takdir menduganya lagi. Bayinya meninggal dunia sebaik saja dilahirkan.

Tiap yang berlaku mendewasakan lagi Rya. Tak mahu lagi berpaling ke belakang, hidupnya diteruskan tanpa Najmi. Namun, tujuh tahun kemudiannya Najmi muncul menuntut haknya sebagai suami. Najmi mengumpan Rya dengan Danish Hakim [Aish], anak tunggalnya. Sebenarnya Najmi terpaksa meninggalkan Rya kerana kehendak ibu bapanya. Di luar negara, Najmi sengaja berkahwin dengan seorang wanita Inggeris dan mendapat Aish. Tetapi isterinya itu terlalu bebas dan sukar dibentuk, makanya mereka bercerai.

Semenjak kecil, Aish disogokkan dengan wajah Rya itulah ibunya. Disebabkan itu, Najmi pulang ke tanah air kerana Aish sering saja bertanyakan tentang ibunya. Rya yang sememangnya sukakan kanak-kanak terlalu menyenangi Aish. Dia sayangkan Aish kerana hatinya terasa dekat dengan Aish. Kehadiran Aish mengubat rindunya pada anaknya dahulu. Tetapi tak sangka pula Aish itu anak Najmi, bermakna Aish anak tirinya.

Sungguh Najmi bijak merencanakan. Sengaja dibiarkan Rya rapat dengan Aish. Malah Aish sendiri tak mahu berenggang dengan ibu kesayangannya. Jadi dapatkah Rya memaafkan Najmi dan hidup bersama-sama seperti sebuah keluarga yang bahagia?

Happy reading (^-<)

Khamis, 15 Julai 2010

Sweet Sour


JUDUL: SWEET SOUR
PENULIS: NASZ
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

SS mengisahkan tentang Alia yang kecewa apabila teman lelakinya; Zarul akan berkahwin dengan orang lain. Sungguh dia rasa perhubungan yang dibina hampir 7 tahun itu tak bermakna apa-apa langsung. Masakan Zarul boleh meninggalkan dia begitu saja? Apakah Zarul tak pernah rasa apa yang dia rasa selama ini? Benarkah dia hanya bertepuk sebelah tangan?

Alia menggagahkan dirinya untuk menghadiri majlis perkahwinan Zarul. Walaupun hatinya hancur luluh tetapi dia berlakon kuat. Di situ dia bertemu Fazrul [Joe]; abang Zarul. Tanpa Alia ketahui dia pernah bertemu lelaki itu beberapa kali sebelum ini tetapi Alia tak dapat mengecamnya. Saat ini Alia keliru bila dia diperkenalkan sebagai 'teman' Joe. Sejak bila dia pernah berkawan dengan Joe?

Perkhabaran pinangan keluarga Zarul menyentap hati Alia. Mengapa perlu berkahwin dengan Joe? Namun disebabkan Zarul, Alia akur. Joe dan Alia disatukan. Gemilangnya perkahwinan yang diraikan itu tak membawa apa-apa makna. Alia umpama patung bernyawa.

Kehidupannya bersama Joe biasa-biasa saja. Joe beria menunjukkan rasa kasihnya kerana dia memang mengahwini Alia kerana rasa cinta. Sayangnya hati Alia pula sudah tepu dengan Zarul. Jadi apa pun yang dilakukan oleh Joe nampak tak kena saja di matanya. Sepanjang membaca aku tak dapat elak untuk rasa geram dengan Zarul. Geram sebab sibuk mengendeng dekat Alia sedangkan dia sudah pun berkahwin. Bengang kat Alia juga sebab masih nak melayan Zarul sedangkan Zarul tu adik iparnya kini.

Namun benteng hati Alia runtuh juga. Joe terlalu memanjakannya. Terlalu baik untuk disakiti walaupun hakikatnya masa gelap Joe dulu memang terlalu kelam. Dia belajar untuk menyintai suaminya itu kerana kejujuran Joe yang mengaku akan zaman jahiliahnya. Lagipun Alia tak dapat nak elak rasa cemburu dengan kehadiran bekas-bekas kekasih Joe yang semuanya cantik-cantik belaka.

Namun berlaku satu insiden yang membongkar siapa diri Alia sebenarnya menyebabkan rumah tangganya turut dilanda badai. Apalagi mendengar penjelasan mengapa Zarul berkahwin dengan pilihan keluarganya dulu. Semuanya terasa bagaikan mimpi. Jadi apa tindakan Alia seterusnya?

Ini juga merupakan karya online sebelum ia diterbitkan. Cerita yang digarap dengan gaya bahasa yang cukup sempoi ini memang mencuit hati. Menghiburkan. Tak percaya? Sila cari dan baca novel ini :)

Happy reading (^-<)

Selasa, 13 Julai 2010

Jodoh Atau Cinta


JUDUL: JODOH ATAU CINTA
PENULIS: IMAN NIZRINA
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Ini lagi satu cerita yang diangkat daripada e-novel. Pihak Kaki Novel sekarang ini memang sering membuka jalan kepada penulis-penulis baru. Bagus sungguh! Ok, kalau tak silap aku pernah membaca episod JAC di laman penulisan2u Patutlah masa di awal-awal permulaan terasa macam pernah baca rupanya penulis yang sama. JAC boleh dikategorikan cerita kahwin paksa. Jadi pada mereka yang minat dengan genre seperti ini pastikan anda membacanya.

Aiman Danish [Danish] dan Tengku Iman Umairah [Iman] dinikahkan kerana wasiat arwah datuk Danish. Memang mulanya Danish membantah tetapi apabila dipujuk keluarganya dia terpaksa akur. Lagipun dengan perkahwinan antara dia dan Iman barulah harta peninggalan keluarga mereka akan diserahkan kepada Danish.

Seperti cerita kahwin paksa yang lain, memang tiada apa yang mengikat pasangan ini juga. Cuma aku rasakan jodoh antara pasangan ini memang kuat. Hampir lima tahun tak bersua muka mereka masih lagi bergelar suami isteri. Iman boleh dikiranya sebagai isteri yang setia sebab ikutkan dia boleh je meminta fasakh kerana ditinggalkan tanpa khabar berita.

Iman dipertanggungjawabkan mengemudi syarikat ketika Danish hilang tanpa dikesan. Kesungguhan dan keihklasannya menyebabkan hati ibu mentuanya tersentuh. Datin Hajar kini dapat menerima Iman dalam keluarganya. Apatah lagi di bahu Iman disandarkan harapan yang cukup tinggi.

Kepulangan Danish memang amat dinanti. Tetapi tak siapa yang tahu bahawa Danish sebenarnya mengikuti perkembangan isterinya. Hatinya sudah terpaut dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Iman yang menjaga keluarganya. Dia sebenarnya sudah jatuh hati dengan isterinya itu dan dalam diam menyimpan hasrat untuk menjadikan Iman ratu hatinya untuk selama-lamanya.

Iman yang sebenarnya juga memang dah lama menyukai suaminya kini mula berwaspada. Tak mahu hatinya terluka lagi. Apatah lagi kehadiran Maya; sepupu Danish yang sering cuba mendekati Danish. Namun, pelbagai peristiwa pula yang berlaku langsung menyebabkan hubungan suami isteri ini makin rapat. Hati wanita Iman terkesan juga dengan perhatian yang diberi oleh Danish.

Kemunculan ayah Iman; Tengku Farid menyebabkan hidup Iman dan abangnya kembali bergolak. Ada rahsia yang tersembunyi di sebalik pemergian ayah mereka. Ada rahsia mengapa Iman dan abangnya dititipkan pada Mama Suhana. Berlaku insiden yang menyebabkan nyawa Iman dan abangnya kini dalam bahaya. Mahu tahu? Sila dapatkan novel ini hik3 lalala5 :P

Di awal perkahwinan, Danish dan Iman ada menandatangani surat perjanjian. Hal ini menarik minat aku sebabnya di akhir-akhir cerita akan dijelaskan sama ada perkahwinan ini sah atau tidak. Beza nikah mutaah dan nikah misyar telah diterangkan dengan baik sekali. Syabas :)

Hasil karya penulis terbaru ini pastinya tidak akan menghampakan mereka yang menanti kesinambungan e-novelnya sebelum ini. Pembangunan wataknya yang seimbang dan plot yang kemas di samping penggunaan gaya bahasa yang mudah dan teratur. Tahniah :) Cuma sedikit mengganggu pembacaan apabila berlaku salah ejaan di sini sana. Sepatutnya ia tidak seharusnya terjadi.

Happy reading (^-<)

Isnin, 12 Julai 2010

Sepupuku Suamiku


JUDUL: SEPUPUKU SUAMIKU
PENULIS: LYNN ALLYNA
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Di atas saranan beberapa orang kawan, aku juga tak ketinggalan mendapatkan novel ini terus dari penerbitnya. Sebenarnya cover novel ini memang serupa sangat dengan koleksi gambar yang aku ada [aku pernah tulis tentang cover ini di MP]. Jadi pastinya aku mengharapkan cerita ini seindah dan secomel kulit novelnya.

Cerita ini mengisahkan Nana yang menjadi pengganti isteri kepada Hisyam merangkap sepupunya. Hani; tunang Hisyam telah bertindak membatalkan perkahwinan mereka. Keluarga Hisyam pula tak mahu menanggung malu lalu meneruskan juga perkahwinan yang telah dirancang. Dengan persetujuan Hisyam, Nana yang dipinang. Nana pula yang memang menyimpan perasaan pada sepupunya hanya menurut.

Semenjak bergelar suami kepada Nana, Hisyam sudah pun melupakan bekas tunangnya. Hidupnya kini diserahkan kepada perkahwinannya dan hatinya mula belajar mencintai isterinya. Tak susah nak suka pada isterinya itu kerana Hisyam memang mudah terpaut dengan gelagat comel Nana itu. Pasangan ini berjaya mencari bahagia yang dicari.

Namun kemunculan semula Hani memburukkan keadaan. Nekadnya Hani untuk kembali pada Hisyam menyebabkan rumah tangga pasangan ini mula berkocak. Kehadiran Hani dengan pelbagai helah berjaya menggugat ketenangan dalam diri Nana. Mudah sangat Nana percaya pada tiap omongan Hani itu. Kemuncak konflik dalam hubungan Nana dan Hisyam di saat Nana keguguran dan Hisyam pula ditangkap basah bersama Hani.

Sedikit tertanya-tanya mengapa pula Hisyam senang sangat diperdaya oleh Hani. Dia kan seorang doktor. Masakan doktor tak mampu mengesan sama ada Hani itu benar-benar mengandung atau pun tidak.

Cerita ini kemas dengan disuntik sedikit elemen thriller. Cuma ada di sesetengah plot disampaikan terlalu laju dan sebahagiannya pula terlalu mendatar. Namun garapan pertama penulis ini boleh dibanggakan walaupun aku sebenarnya gagal mengesan 'rahsia misteri' yang menyebabkan novel ini laris di pasaran. Mungkin saja citarasa aku yang berbeza menyebabkan aku tidak menemuinya hik3 lalala5 :)

Tak tahu pula ini juga merupakan naskah e-novel di awalnya sebelum diterbitkan. Pastinya penulis ini boleh berbangga dengan hasil karya pertamanya yang menduduki carta pilihan MPH untuk tempoh masa yang agak lama. Satu permulaan yang baik untuk penulis baru. Tahniah :)

Happy reading (^-<)

Jumaat, 9 Julai 2010

Sudah setahun!

*cupcakes yang comel =)*


Genap setahun laman gobokairina.

Alhamdulillah, tercapai juga impian untuk aku menyimpan 'kenangan' di sebalik novel-novel yang aku miliki di satu medium yang canggih ni. 'Kenangan' yang paling indah pastinya laman ini kebanyakannya menghimpun novel-novel yang aku beli semasa bekerja ;D

Membaca novel memang satu terapi yang bagus untukku. Bersenang-lenang dengan sekeping coklat di tangan semasa menghayati plot-plot cerita memang membahagiakan [berangan yang aku adalah watak heroin pun best tau] ;D

Aku sememangnya bukanlah penulis, tak juga mendalami ilmu penulisan. Cuma aku hanya ingin kongsikan apa yang aku rasa. Rasa yang timbul bila aku selami novel-novel ini. Jadi andai 'rasa' yang aku sampaikan ini tidak menepati citarasa kamu semua, aku mohon maaf. Seandainya 'rasa' ini juga ada menyentuh mana-mana hati, aku pohon agar kesalahanku itu dimaafkan. Terima kasih kerana singgah di sini.

Apa yang baik ambillah jadikan panduan, yang buruk itu pastinya datang dari kelemahan aku maka campaklah jauh-jauh ;D

Selamat berkarya tuk semua. Selamat menulis tuk diri sendiri! (^.^)v

Ps: Credit to Kak Rinn - pencetus semangat ;D

Happy reading (^-<)

Rabu, 7 Julai 2010

Damai


JUDUL: DAMAI
PENULIS: SAIDATUL SAFFA, NOOR SURAYA, SYUD
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Ceritera I: Damai [Saidatul Saffa]

Kisah yang berlatar belakangkan bumi Turki ini agak menarik. Kombinasi antara pengembaraan dan percintaan serta disulamkan dengan sejarah yang terperinci boleh menarik minat para pembaca.

Naseema [Nas] terbang ke Turki untuk menyiapkan tesisnya. Seharusnya apabila tiba di sana dia akan dijemput oleh keluarga Pakcik Fateh tetapi lain pula yang jadi. Dia harus ke rumah Pakcik Fateh dengan sendirinya. Haru! Nak menangis dibuatnya bila dia yang memang tak tahu langsung bertutur dalam bahasa Turki, kalau tersesat macam mana? Di saat Nas merasakan dunianya hampir nak terbalik, dia bertemu dengan Sadiq.

Pertemuan itu menyebabkan hati Nas tersentuh. Dan pertemuan-pertemuan selepasnya menjadikan mereka semakin akrab. Namun ketika cinta mula berputik di hati Nas, dia terjumpa dengan Sadiq yang amat jauh dengan sifat-sifat yang dia letakkan sebagai garis panduan bakal suaminya.

Kehidupan masyarakat Turki Islam ada dua jenis. Pertamanya keluarga yang benar-benar mengamalkan pegangan agama Islam atau pun golongan Turki moden yang namanya saja Islam. Sadiq ni pula masuk dalam kategori kedua itu lah.

Nas cuba melarikan diri daripada Sadiq namun berjaya juga dijejaki oleh Sadiq. Masakan Sadiq mahu melepaskan bidadari yang mampu membawa damai dalam hatinya. Jadi apa kata hati Nas?


Ceritera II: Yang Jauh di Pulau [Noor Suraya]

Kalau nak tahu ini kisah online yang ditulis oleh Kak Su. Jadi kalau dah baca sekerat jalan jangan lupa dapatkan kesinambungannya dalam naskah ini :)

Ainnul Suffiah Syuhada [Piyah] dihantar ibu bapanya ke rumah toknya nun di Pulau Langkawi sementara menunggu result STPM keluar. Di sana Piyah dididik supaya menjadi anak perempuan yang sebenar. Piyah ni anak yang mengikut kata jadi semua yang diajar oleh tok diterima dengan baik.

Piyah selalunya akan ke 'market' atau pasar lah bagi kita ni. Di situ dia selalu bertemu dengan Piyan yang dirasakan cukup handsome tu. Hati kecilnya mula merindui abang yang jual ikan kat pasar tu. Piyan pun rupanya sukakan si manis Piyah.

Tetapi si iri hati Busu; teman baik Piyan menjadi penghalang. Sibuk je si Busu ni tau! Menyampah aku dengan dia hahaha Peristiwa di mana Piyan dikatakan akan berkahwin menyentap perasaan Piyah. Kenapa Piyan melayannya kalau sudah mahu bernikah?

Rupanya itu cuma salah faham. Tetapi bila Piyah menyedari perkara sebenar, Piyan sudah jauh merantau ke Scotland. Kiranya Piyan membawa hati yang terluka sebab ditinggalkan Piyah tanpa sebab. Sebuah buku resepi menjadi punca Piyan kembali ke tanah air. Agak-agaknya dapatkah cinta mereka bersatu?


Ceritera II: Langit Tetap Biru [Syud]

Zahra pernah menyukai seorang lelaki sewaktu di alam kampusnya. Malah perasaaan itu kekal sehingga kini. Tetapi kerana dia jenis yang tak meluahkan maka dia cuma boleh lihat dari jauh saja. Lagipun ketika itu lelaki pujaannya bercinta dengan Hana; salah seorang temannya juga.

Bertahun-tahun selepas itu mereka dipertemukan lagi. Kali ini Hana sudah pun berpisah dengan Fikri kerana mulai bosan dengan sikap Fikri yang terlalu mengongkongnya. Emel daripada Fikri yang bertanyakan tentang cerita online yang pernah dikarang oleh Zahra menyebabkan jiwa Zahra kelam-kelibut.

Zahra memang mempunyai satu blog dan sering saja mencatatkan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Malah cerita tentang Fikri itu sengaja dibuat sebagai kenangan tentang rasanya terhadap Fikri.

Fikri pada mulanya menganggap ia hanya satu kebetulan tetapi ketika dia google emel penulis cerita, rahsia Zahra terbongkar. Sejak identiti Zahra terbongkar, dia makin tak selesa untuuk bertemu Fikri. Namun ada banyak pula kebetulan yang mempertemukan mereka. Jadi apa kesudahan kisah Zahra dan Fikri?

Happy reading (^-<)

Isnin, 5 Julai 2010

Tag dari Addi

Apakah yang bermain di fikiran you all sekarang?
bila lah nak pukul 1, perut dah berbunyi-bunyi kalah drum roll :P

Apakah nama samaran you all?
Rina - em, tu nama yang selalu orang panggil hahaha

Berikan 3 orang you all sayang
1. family
2. teman
3. Sesiapa yang sayang akan saya :)

Panggilan utk si dia
Si dia? Siapakah? hik3 lalala5 :P

Hadiah yang you all impikan dari seseorang yang istimewa
Kalau dia lelaki, boleh tak datang pinang cik airina? hahaha [kegatalan tahap giga ni :P]

Blog mana yang you all suka visit
blog sendiri & blog teman-teman :)

Tag kan kepada 4 orang blogger yang you all rasa menarik

1. Pei Pan : Penulis yang hebat. :D Masih berada di bumi Kangaroo, tentu seronok kan?

2. Cik Ulat Buku : teman seperjuangan di medan review buku hehehe

3. bulanhijau : Ini budak cute yang suka menulis. Teruskan berkarya ok :)

4. Fira Ya Hilwa : teman yang suka membaca novel dan penuh dengan cerita :)

Happy reading (^-<)

Street Vendetta


JUDUL: STREET VENDETTA
PENULIS: MAZNI AZNITA
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ini kali pertama membaca cerita penulis yang aku kira amat aktif menulis. SV rupanya diangkat daripada e-novelnya. Mungkin aku pernah baca sedikit cerita ni sebab ada beberapa scene yang macam pernah dibaca sebelum ini.

Menariknya cerita ini apabila kelainan dalam heroin novelnya. Anabella [Bella] tak seperti gadis dalam novel-novel lain. Bella disifatkan sebagai gadis yang suka bergaya tanpa mengira statusnya yang biasa-biasa saja. Sanggup pula tu buat hutang keliling pinggang asalkan dia nampak anggun dan elegan. Boleh pula tu menipu teman serumahnya dengan mengatakan dia anak tauke syarikat kapal.

Bella bertemu dengan Kojie; si penarik kereta. Kisahnya terjadi bila Bella yang culas membayar duit kereta. Bukannya apa, sikap Bella yang terlalu suka berbelanja tu buat dia lupa nak memperuntukkan duit untuk ansuran bulanan keretanya. Kojie seorang yang agak lurus juga sebenarnya kerana selalu sangat mudah terpedaya dengan helah Bella. Kerjanya nak menarik kereta Bella memang selalu sangat tak menjadi disebabkan dia yang mudah tertipu dengan Bella.

Kojie tak mudah putus asa. Bella dijejaki. Entah bagaimana dia boleh masuk dalam kereta Bella yang tak berkunci dan tertidur di dalamnya. Sedar je mereka dah melewati lebuh raya dan Bella dalam perjalanan ke Cherating. Hampir pengsan si Bella bila melihatkan Kojie ada bersama dalam keretanya.

Kojie meminta Bella memulangkan keretanya tetapi Bella ni berkeras nak ke Cherating juga sebab dia nak mengejar cinta monyetnya. Diheretnya Kojie menemaninya sampai ke Cherating hahaha :D Sebenarnya Bella dapat tahu yang pujaan hatinya Iqbal nak bertunang dengan Tumirah Kuncup. Jadi niat Bella nak memberitahu Iqbal tentang rasa hatinya. Kojie yang kasihan dengan Bella pun mengikut je. Dia memang lembut hati lah! Paling mencuit hati masa ada Nenek Telangkai yang menumpang mereka nak ke Gebeng tu hahaha Sangat-sangat kelakar!

Di Cherating, barulah Kojie sedar yang dia dah mula sukakan Bella tetapi apa nak buat orang dah tak suka kat dia. Bella akhirnya mengikut Iqbal meninggalkan Kojie terkontang-kanting kat Cherating. Kojie frust gilerr. Masa duduk termenung dia terjumpa dengan Nenek Telangkai dan nenek menyuruh Kojie balik semula ke KL.

Perpisahan antara Bella dan Kojie membuka cerita baru. Bella kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat Trans-Corporation. Di sana dia bertemu dengan Kojie versi lain. Dia yang mula suka dengan Kojie rasa jauh hati sebab Kojie memang tak kenal langsung dengan Bella. Yang peliknya Kojie yang dikenalinya adalah anak kepada Dato’ Abdullah. Sejak bila pula Kojie jadi anak orang kaya? Dan mengapa Kojie yang dikenalinya dipanggil Fakruzi? Kalau memang bukan Kojie, kenapa muka Fakruzi dan Kojie seiras benar? Ha, kalau nak tahu rahsia di sebalik Kojie dan Fakruzi kenalah baca kesudahannya. Lagipun nak tahu juga kan benarkah ramalan Nenek Telangkai tentang jodoh antara Kojie dan Bella.

Sejujurnya cerita cinta yang disuntik sedikit thriller dan elemen komedi ini memang mencuit hati. Ada rasa yang berbaur semasa duduk membaca SV dan rasa itu tinggal diam dalam hati seusainya membaca novel ini. Tahniah :)

Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu.
Love is always a beautiful thing in our hearts. Sweet and sour! [Blurb Novel]

Happy reading (^-<)