Aktviti Membaca!

Selasa, 13 Julai 2010

Jodoh Atau Cinta


JUDUL: JODOH ATAU CINTA
PENULIS: IMAN NIZRINA
TERBITAN: KAKI NOVEL ENTERPRISE



~ Rasaku… ~

Ini lagi satu cerita yang diangkat daripada e-novel. Pihak Kaki Novel sekarang ini memang sering membuka jalan kepada penulis-penulis baru. Bagus sungguh! Ok, kalau tak silap aku pernah membaca episod JAC di laman penulisan2u Patutlah masa di awal-awal permulaan terasa macam pernah baca rupanya penulis yang sama. JAC boleh dikategorikan cerita kahwin paksa. Jadi pada mereka yang minat dengan genre seperti ini pastikan anda membacanya.

Aiman Danish [Danish] dan Tengku Iman Umairah [Iman] dinikahkan kerana wasiat arwah datuk Danish. Memang mulanya Danish membantah tetapi apabila dipujuk keluarganya dia terpaksa akur. Lagipun dengan perkahwinan antara dia dan Iman barulah harta peninggalan keluarga mereka akan diserahkan kepada Danish.

Seperti cerita kahwin paksa yang lain, memang tiada apa yang mengikat pasangan ini juga. Cuma aku rasakan jodoh antara pasangan ini memang kuat. Hampir lima tahun tak bersua muka mereka masih lagi bergelar suami isteri. Iman boleh dikiranya sebagai isteri yang setia sebab ikutkan dia boleh je meminta fasakh kerana ditinggalkan tanpa khabar berita.

Iman dipertanggungjawabkan mengemudi syarikat ketika Danish hilang tanpa dikesan. Kesungguhan dan keihklasannya menyebabkan hati ibu mentuanya tersentuh. Datin Hajar kini dapat menerima Iman dalam keluarganya. Apatah lagi di bahu Iman disandarkan harapan yang cukup tinggi.

Kepulangan Danish memang amat dinanti. Tetapi tak siapa yang tahu bahawa Danish sebenarnya mengikuti perkembangan isterinya. Hatinya sudah terpaut dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Iman yang menjaga keluarganya. Dia sebenarnya sudah jatuh hati dengan isterinya itu dan dalam diam menyimpan hasrat untuk menjadikan Iman ratu hatinya untuk selama-lamanya.

Iman yang sebenarnya juga memang dah lama menyukai suaminya kini mula berwaspada. Tak mahu hatinya terluka lagi. Apatah lagi kehadiran Maya; sepupu Danish yang sering cuba mendekati Danish. Namun, pelbagai peristiwa pula yang berlaku langsung menyebabkan hubungan suami isteri ini makin rapat. Hati wanita Iman terkesan juga dengan perhatian yang diberi oleh Danish.

Kemunculan ayah Iman; Tengku Farid menyebabkan hidup Iman dan abangnya kembali bergolak. Ada rahsia yang tersembunyi di sebalik pemergian ayah mereka. Ada rahsia mengapa Iman dan abangnya dititipkan pada Mama Suhana. Berlaku insiden yang menyebabkan nyawa Iman dan abangnya kini dalam bahaya. Mahu tahu? Sila dapatkan novel ini hik3 lalala5 :P

Di awal perkahwinan, Danish dan Iman ada menandatangani surat perjanjian. Hal ini menarik minat aku sebabnya di akhir-akhir cerita akan dijelaskan sama ada perkahwinan ini sah atau tidak. Beza nikah mutaah dan nikah misyar telah diterangkan dengan baik sekali. Syabas :)

Hasil karya penulis terbaru ini pastinya tidak akan menghampakan mereka yang menanti kesinambungan e-novelnya sebelum ini. Pembangunan wataknya yang seimbang dan plot yang kemas di samping penggunaan gaya bahasa yang mudah dan teratur. Tahniah :) Cuma sedikit mengganggu pembacaan apabila berlaku salah ejaan di sini sana. Sepatutnya ia tidak seharusnya terjadi.

Happy reading (^-<)

6 ulasan:

What say you?
Do comment... but please state your name :))