Aktviti Membaca!

Selasa, 20 Julai 2010

Setiap Jumaat


JUDUL: SETIAP JUMAAT
PENULIS: NORHAYATI BERAHIM
TERBITAN: NB KARA SDN BHD



~ Rasaku… ~

SJ menceritakan tentang Jasmine yang menetap di Jepun. Pada mulanya Jasmine hanya melanjutkan pelajarannya tetapi dia mengubah niatnya bila mendapat tahu ibunya akan berkahwin lagi setelah ayahnya meninggal dunia. Disebabkan itu dia merasakan ibunya janda gatal yang ingin berlaki lagi dan tidak pernah menghargai pengorbanan arwah ayahnya. Apatah lagi ketika itu Jasmine baru saja berpisah dengan kekasihnya; Jabar.

Kisah Ku Pian juga tidak kurang menarik. Dia yang selalu merasakan ayahnya tidak berlaku adil padanya. Ayahnya dianggap terlalu mengongkong hidupnya. Malah semua tindakannya dianggap tidak betul. Lantaran itu Ku Pian membawa diri. Tak mahu lagi dibelenggu oleh ayahnya sendiri.

Kisah Ultraman dan Masako terselit di tengah-tengah cerita. Mereka bertemu secara tak sengaja ketika Masako membawa pelancong dan Ultraman pula sedang duduk melukis. Pertemuan mereka di bawah pohon sakura itu kemudiannya menjadi sesuatu yang lazim. Setiap Jumaat mereka akan pastinya bertemu dan duduk bertukar cerita. Namun apabila Masako tiba-tiba hilang, Ultraman menjadi tak tentu hala.

Setelah bertahun-tahun merantau, Jasmine akhirnya pulang juga. Itu pun kerana abangnya yang mendesak dia pulang kerana ibu mereka dah menetapkan syarat yang abangnya tidak boleh berkahwin sekiranya Jasmine tidak pulang. Kepulangan Jasmine membuka matanya. Kesal kerana telah menghakimi ibunya tanpa usul periksa sedangkan ibunya yang paling banyak berkorban. Rupa-rupanya ayah mereka berkahwin dua. Ayah yang dianggap bekerja sebagai pengawal di sebelah malam rupanya menghilang ke rumah isteri mudanya. Malah setelah kematian ayahnya, ibunya yang mengambil alih menjaga anak ayahnya bersama isteri baru. Patutlah masa dulu, ibunya selalu sangat bersedih dan menangis. Jasmine akhirnya mengerti. Suami baru ibunya diterima dengan baik. Apatah lagi ayah tirinya seorang ustaz yang sangat bertanggungjawab dan menghargai ibunya.

Kemunculan watak Tok Aki di hujung cerita menambah rencah. Masakan boleh lupa pada orang tua yang ceria dan penuh cerita ini. Kebijaksanaan dan sifat merendah diri serta seorang yang penuh humor. Paling tak boleh lupa bila dia mengatakan yang ruginya tak beli kamera masa muda-muda dulu hahaha :P

Oh, lupa! Kisah Ultraman dan Masako ada kesudahan yang menarik :) Tak susah untuk meneka siapa mereka sebenarnya :)) Malah Ku Pian berjumpa dengan Jasmine ketika dia sudah pulang ke tanah air. Ha, ada cerita ke antara dua watak ini? Kena baca ok!

Seperti biasa trademark NB masih dikekalkan dalam novel ini. Kisah gadis yang tabah dan cekal dalam menempuh hidup. Ia buat aku bersemangat untuk terus membaca kerana wataknya yang tak mudah mengalah. Buah tangan Kak Yati ni memang wajib dibeli :)

Ps: Cover lelaki itu mengingatkan aku pada hero cerita Korea hik3 lalala5 :P

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))