Aktviti Membaca!

Rabu, 7 Julai 2010

Damai


JUDUL: DAMAI
PENULIS: SAIDATUL SAFFA, NOOR SURAYA, SYUD
TERBITAN: JEMARI SENI PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Ceritera I: Damai [Saidatul Saffa]

Kisah yang berlatar belakangkan bumi Turki ini agak menarik. Kombinasi antara pengembaraan dan percintaan serta disulamkan dengan sejarah yang terperinci boleh menarik minat para pembaca.

Naseema [Nas] terbang ke Turki untuk menyiapkan tesisnya. Seharusnya apabila tiba di sana dia akan dijemput oleh keluarga Pakcik Fateh tetapi lain pula yang jadi. Dia harus ke rumah Pakcik Fateh dengan sendirinya. Haru! Nak menangis dibuatnya bila dia yang memang tak tahu langsung bertutur dalam bahasa Turki, kalau tersesat macam mana? Di saat Nas merasakan dunianya hampir nak terbalik, dia bertemu dengan Sadiq.

Pertemuan itu menyebabkan hati Nas tersentuh. Dan pertemuan-pertemuan selepasnya menjadikan mereka semakin akrab. Namun ketika cinta mula berputik di hati Nas, dia terjumpa dengan Sadiq yang amat jauh dengan sifat-sifat yang dia letakkan sebagai garis panduan bakal suaminya.

Kehidupan masyarakat Turki Islam ada dua jenis. Pertamanya keluarga yang benar-benar mengamalkan pegangan agama Islam atau pun golongan Turki moden yang namanya saja Islam. Sadiq ni pula masuk dalam kategori kedua itu lah.

Nas cuba melarikan diri daripada Sadiq namun berjaya juga dijejaki oleh Sadiq. Masakan Sadiq mahu melepaskan bidadari yang mampu membawa damai dalam hatinya. Jadi apa kata hati Nas?


Ceritera II: Yang Jauh di Pulau [Noor Suraya]

Kalau nak tahu ini kisah online yang ditulis oleh Kak Su. Jadi kalau dah baca sekerat jalan jangan lupa dapatkan kesinambungannya dalam naskah ini :)

Ainnul Suffiah Syuhada [Piyah] dihantar ibu bapanya ke rumah toknya nun di Pulau Langkawi sementara menunggu result STPM keluar. Di sana Piyah dididik supaya menjadi anak perempuan yang sebenar. Piyah ni anak yang mengikut kata jadi semua yang diajar oleh tok diterima dengan baik.

Piyah selalunya akan ke 'market' atau pasar lah bagi kita ni. Di situ dia selalu bertemu dengan Piyan yang dirasakan cukup handsome tu. Hati kecilnya mula merindui abang yang jual ikan kat pasar tu. Piyan pun rupanya sukakan si manis Piyah.

Tetapi si iri hati Busu; teman baik Piyan menjadi penghalang. Sibuk je si Busu ni tau! Menyampah aku dengan dia hahaha Peristiwa di mana Piyan dikatakan akan berkahwin menyentap perasaan Piyah. Kenapa Piyan melayannya kalau sudah mahu bernikah?

Rupanya itu cuma salah faham. Tetapi bila Piyah menyedari perkara sebenar, Piyan sudah jauh merantau ke Scotland. Kiranya Piyan membawa hati yang terluka sebab ditinggalkan Piyah tanpa sebab. Sebuah buku resepi menjadi punca Piyan kembali ke tanah air. Agak-agaknya dapatkah cinta mereka bersatu?


Ceritera II: Langit Tetap Biru [Syud]

Zahra pernah menyukai seorang lelaki sewaktu di alam kampusnya. Malah perasaaan itu kekal sehingga kini. Tetapi kerana dia jenis yang tak meluahkan maka dia cuma boleh lihat dari jauh saja. Lagipun ketika itu lelaki pujaannya bercinta dengan Hana; salah seorang temannya juga.

Bertahun-tahun selepas itu mereka dipertemukan lagi. Kali ini Hana sudah pun berpisah dengan Fikri kerana mulai bosan dengan sikap Fikri yang terlalu mengongkongnya. Emel daripada Fikri yang bertanyakan tentang cerita online yang pernah dikarang oleh Zahra menyebabkan jiwa Zahra kelam-kelibut.

Zahra memang mempunyai satu blog dan sering saja mencatatkan peristiwa yang berlaku dalam hidupnya. Malah cerita tentang Fikri itu sengaja dibuat sebagai kenangan tentang rasanya terhadap Fikri.

Fikri pada mulanya menganggap ia hanya satu kebetulan tetapi ketika dia google emel penulis cerita, rahsia Zahra terbongkar. Sejak identiti Zahra terbongkar, dia makin tak selesa untuuk bertemu Fikri. Namun ada banyak pula kebetulan yang mempertemukan mereka. Jadi apa kesudahan kisah Zahra dan Fikri?

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))