Aktviti Membaca!

Isnin, 5 Julai 2010

Street Vendetta


JUDUL: STREET VENDETTA
PENULIS: MAZNI AZNITA
TERBITAN: BUKU PRIMA SDN BHD



~ Rasaku… ~

Ini kali pertama membaca cerita penulis yang aku kira amat aktif menulis. SV rupanya diangkat daripada e-novelnya. Mungkin aku pernah baca sedikit cerita ni sebab ada beberapa scene yang macam pernah dibaca sebelum ini.

Menariknya cerita ini apabila kelainan dalam heroin novelnya. Anabella [Bella] tak seperti gadis dalam novel-novel lain. Bella disifatkan sebagai gadis yang suka bergaya tanpa mengira statusnya yang biasa-biasa saja. Sanggup pula tu buat hutang keliling pinggang asalkan dia nampak anggun dan elegan. Boleh pula tu menipu teman serumahnya dengan mengatakan dia anak tauke syarikat kapal.

Bella bertemu dengan Kojie; si penarik kereta. Kisahnya terjadi bila Bella yang culas membayar duit kereta. Bukannya apa, sikap Bella yang terlalu suka berbelanja tu buat dia lupa nak memperuntukkan duit untuk ansuran bulanan keretanya. Kojie seorang yang agak lurus juga sebenarnya kerana selalu sangat mudah terpedaya dengan helah Bella. Kerjanya nak menarik kereta Bella memang selalu sangat tak menjadi disebabkan dia yang mudah tertipu dengan Bella.

Kojie tak mudah putus asa. Bella dijejaki. Entah bagaimana dia boleh masuk dalam kereta Bella yang tak berkunci dan tertidur di dalamnya. Sedar je mereka dah melewati lebuh raya dan Bella dalam perjalanan ke Cherating. Hampir pengsan si Bella bila melihatkan Kojie ada bersama dalam keretanya.

Kojie meminta Bella memulangkan keretanya tetapi Bella ni berkeras nak ke Cherating juga sebab dia nak mengejar cinta monyetnya. Diheretnya Kojie menemaninya sampai ke Cherating hahaha :D Sebenarnya Bella dapat tahu yang pujaan hatinya Iqbal nak bertunang dengan Tumirah Kuncup. Jadi niat Bella nak memberitahu Iqbal tentang rasa hatinya. Kojie yang kasihan dengan Bella pun mengikut je. Dia memang lembut hati lah! Paling mencuit hati masa ada Nenek Telangkai yang menumpang mereka nak ke Gebeng tu hahaha Sangat-sangat kelakar!

Di Cherating, barulah Kojie sedar yang dia dah mula sukakan Bella tetapi apa nak buat orang dah tak suka kat dia. Bella akhirnya mengikut Iqbal meninggalkan Kojie terkontang-kanting kat Cherating. Kojie frust gilerr. Masa duduk termenung dia terjumpa dengan Nenek Telangkai dan nenek menyuruh Kojie balik semula ke KL.

Perpisahan antara Bella dan Kojie membuka cerita baru. Bella kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat Trans-Corporation. Di sana dia bertemu dengan Kojie versi lain. Dia yang mula suka dengan Kojie rasa jauh hati sebab Kojie memang tak kenal langsung dengan Bella. Yang peliknya Kojie yang dikenalinya adalah anak kepada Dato’ Abdullah. Sejak bila pula Kojie jadi anak orang kaya? Dan mengapa Kojie yang dikenalinya dipanggil Fakruzi? Kalau memang bukan Kojie, kenapa muka Fakruzi dan Kojie seiras benar? Ha, kalau nak tahu rahsia di sebalik Kojie dan Fakruzi kenalah baca kesudahannya. Lagipun nak tahu juga kan benarkah ramalan Nenek Telangkai tentang jodoh antara Kojie dan Bella.

Sejujurnya cerita cinta yang disuntik sedikit thriller dan elemen komedi ini memang mencuit hati. Ada rasa yang berbaur semasa duduk membaca SV dan rasa itu tinggal diam dalam hati seusainya membaca novel ini. Tahniah :)

Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu.
Love is always a beautiful thing in our hearts. Sweet and sour! [Blurb Novel]

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))