Aktviti Membaca!

Jumaat, 20 November 2009

Manikam Kalbu


JUDUL: MANIKAM KALBU
PENULIS: FAISAL TEHRANI
TERBITAN: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



~ Rasaku… ~

Membaca novel ini menuntut kesabaran yang cukup tinggi. Mungkin disebabkan penggunaan bahasanya. Aku perlu menjenguk halaman glossari di belakang buku dan ada masanya perlu menjengah ke Kamus Dewan hik3 lalala5 Namun, aku rasa ianya memang berbaloi. Sebuah cerita yang penuh harmoni dengan pelbagai jenis pakaian, warna, kain dan jahitan. Rujukan fesyen dan busana khususnya. Membawa aku mengenali dunia jahitan dalam falsafah Melayu. Sebuah cerita yang disampaikan dengan cukup santai walaupun ia sebenarnya gabungan cerita 2 zaman.

Ziryab; anak muda lelaki yang belajar menjahit. Sering diejek kerana dia dianggap lelaki yang tiada jantannya bila mendalami dunia fesyen. Namun, cinta Ziryab pada bidang ini tidak pernah luntur. Walaupun terpaksa menjaga neneknya yang menghidap penyakit alzheimer, Ziryab tak pernah putus harapan. Dia gigih belajar di samping mengambil upah menjahit di kedai peninggalan neneknya.

Manikam Kalbu – jangan terkeliru! Ia seekor kucing di zaman kini tetapi seorang jurubusana @ tukang jahit tersohor ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Watak ini tersangatlah istimewa. Aku suka dengan kucing yang comel penghibur duka buat Ziryab dan neneknya. Aku juga suka si tukang jahit yang begitu gigih memartabatkan busana Melayu bercirikan Islam ke seluruh pelosok negeri ketika itu. Pastinya kedua-dua watak ini berpadanan dengan tajuk novel ini sendiri… [jealous tengok cover si kucing comel yang sedang menjahit hahahaha]

Ada cinta yang terselit di hati Ziryab. Pada gurunya sendiri. Lebih kurang sama dengan Manikam Kalbu yang angau dengan guru minangnya. Sedar akan kedudukan diri masing-masing mereka bangkit semula. Dikecewakan oleh cinta bukan pengakhirannya, tetapi dengan rasa cinta itu mereka semakin gigih mempelajari bidang fesyen dan busana Melayu.

Ziryab – agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya… bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadi senjata keamanan sejagat! [page 356-357]

Ps: Aku beli secara online, so credit to Pondokbuku ;D

Happy reading (^-<)

Khamis, 12 November 2009

ADAM



JUDUL: ADAM
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novelis thriller ni suka buat aku tercungap-cungap nak menghabiskan ceritanya hik3 lalala5 Selalu buat aku tak sabar dan bila membaca rasanya aku memang tak boleh tinggal macam tu je. Nak tak nak, aku akan baca sampai habis hehe…

Ia kisah Hilman yang terlalu ingin bertemu dengan anaknya, Jeslina. Sebagai ayah barangkali dia dilihat gagal untuk membahagiakan anaknya setelah kematian isterinya. Itu menyebabkan keluarga mentuanya membawa Jeslina jauh darinya. Kasihan… dalam cerita ni, seorang polis itu takde ertinya sangat sedangkan polis inilah yang menjaga bumi Malaysia daripada ancaman kan? Lagipun Hilman seorang polis berpangkat ASP; a sharpshooter lagi…

Keinginan Hilman kemudiannya tercapai. Berkat kesabarannya berbelas tahun, dia akhirnya dapat bertemu dengan anaknya di New York. Tapi sayang, dia dan Jeslina terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masing-masing cedera parah, Jeslina koma dan Hilman pula dituduh mabuk semasa memandu.

Di New York, Hilman bangkit menuntut keadilan. Kemunculan Mia Sara; petugas di Kedutaan Malaysia Washington D.C, Gabriel; MIA dan Daljit; wartawan banyak membantu Hilman dalam misinya. Ada juga si Ruben; agen CIA dan terrorist from Iraq. Memang gila la cerita ni. Tapi aku suka dengan tulisan RAM yang menerangkan tak semua orang itu jahat. Manusia walau berbilang agama mahupun bangsa, kalau hatinya suci bersih… dia harus diberi layanan seadilnya. Menjadi Islam mengajar kita bersikap adil walau dengan sesiapa jua sekalipun.

Di penghujungnya bila rahsia sebenar terbongkar, masing-masing dah tak senang duduk. Ini kerana segala-galanya adalah satu konspirasi melibatkan orang besar White House. Mahu atau tidak, Hilman membentuk keadilannya sendiri.

Ada juga terselit kisah cinta. Mia Sara yang jatuh hati pada Hilman kerana mereka berkongsi satu hati yang sama. Nor Alia – adik ipar Hilman yang turut memendam perasaan padanya. Gabriel rakan lama Mia Sara yang memang sudah lama menyukai temannya itu. Jadi, siapa yang akan berjaya dalam cinta? Ala… teka je, jawapannya sangat senang hik3 lalala5

ADAM = Aku Darah Anak Malaysia. Cerita yang mengingatkan aku pada filem mat salih. Penuh konspirasi, penuh adegan saspen dan diisi dengan pelbagai twist yang menarik. Rugi kalau tak baca!

Ps: Credit to Kak ya yah for this gift. TQ *muka sengih lebar*

Happy reading (^-<)

Isnin, 9 November 2009

Kasih Alia


JUDUL: KASIH ALIA
PENULIS: COMEI
TERBITAN: http://kisahcintacomei.blogspot.com/



~ Rasaku… ~

Akhirnya aku berjaya membaca e-novel ni. Warning! Siapa yang suka baca buku dari belakang tak boleh baca the last episod sebabnya nanti akan jadi cam aku yang sememangnya teramat suka buat spoiler! Mula membaca episod terakhir sebelum melangkah ke muka depan hik3 lalala5

Ia berkisar tentang Alia Zahra – gadis lewat 30an yang belum berkahwin. Gadis yang kalau diikutkan ceritanya, hanya gadis yang biasa-biasa. Tak cantik sangat, tak pandai sangat, kaya sangat pun tak. Cukuplah seadanya. Tapi gadis ini punya kedai coklatnya sendiri hasil usahasama dengan teman baiknya; Zuraida.

Alia tak pernah memikirkan tentang soal hidupnya. Apa yang dia tau kerja, kerja dan kerja hingga lupa yang usia makin meningkat naik. Di atas pertolongan Zuraida dia dikenalkan dengan seorang P.A. – Megat Qalif Izhan namanya. Seindah nama, Qalif adalah anak muda yang baru menginjak 25 tahun. Ha, anda pasti tau lepas ni mesti ada kuch-kuch ho ta hai kan-kan?

Hubungan mereka mekar tanpa perlu diatur walaupun pada mulanya semua itu adalah pelan ‘jahat’ Zuraida yang mahukan Alia terbias dengan cahaya cinta. Tapi itulah agaknya dah tertulis yang jodoh itu milik mereka.

Perhubungan mereka diuji dengan berbagai-bagai dugaan. Kisah hidup Alia yang penuh dengan masalah keluarga. Kisah si Qalif yang rupanya ada sejarah hitam dalam keluarganya. Konflik diri yang tiba-tiba datang menjengah ke dalam hidup Alia apabila dia tahu akan siapa ibunya yang sebenar. Semuanya satu twist yang menarik walaupun ada masanya ia agak klise.

Tapi aku suka sesuatu. Si comel Nur Aiman. Watak budak lelaki ini benar-benar mencuit hati. Si pengikat antara Papa Qalif dan Mama Alianya. Ia terus mengingatkan aku kepada cerita Kak Rose – MSC. Kan ada si comel Afi?

Ending? Pastinya happy ending! Buat penulis, elakkan meletakkan ke semua klimaks di sesuatu bab saja. Sebab nanti risau ada pembaca yang banyak songeh [macam Cik Airina] akan kehilangan mood untuk terus membaca. Kekalkan momentum sehingga penamat cerita anda. Good luck!

Alia dan Qalif, saling melengkapi… saling memerlukan. Tanpa Alia, hidup Qalif pastinya kelam kerana hanya bidadari secantik Alia Zahra yang bisa membawa syurga cinta di hati Megat Qalif Izhan [episod 40/end]

Happy reading (^-<)

Jumaat, 6 November 2009

Jauh


JUDUL: JAUH
PENULIS: BULANHIJAU
TERBITAN:
http://bulan-hijau.blogspot.com/


~ Rasaku… ~

Akhirnya… aku berjaya menghabiskan cerita ni hik3 lalala5 Baca malam merdeka ni tau! Tapi baru hari ni aku berjaya menulis review *sheesh*

Jauh adalah cerita anak sekolah yang belajar membesar dan dewasa. Belajar membesar dengan menempuh segala bentuk cabaran dan belajar menjadi dewasa dengan mengadaptasikan tiap cabaran itu. Ia buat aku terkenang kembali kepada kata ibuku – kita akan menjadi dewasa bila kita belajar berubah!

Affisya Lee – gadis si anti lelaki. Kehidupan banyak mengajarnya tentang lelaki itu tak boleh dipercayai. Kasihan! Namun takdir menemukan dia dengan seseorang. Siapa lagi kalau enche Chip. I love them! Fish & Chip - dah macam nama makanan je hik3 lalala5

Aniq Eyman – dikenali sebagai Chip. Bermacam gaya dia cuba tuk memikat. Sampai lah ke satu tahap dia sudah pun memiliki Fish. Sayang la pula ada je si kacau daun. Bermula dengan si May, Rizz dan juga Luke tak termasuk si mak tiri Fish - Zaleha. Geram betul bila baca kes mak tiri Fish tu, memang lah stigma yang kekal dalam mindaku. Mak tiri mesti jahat! Tapi tak semua la, manusia kan lain-lain?

Dari mula cerita sampai kesudahan, aku suka dengan susun atur ayatnya. Simple je, tiada bunga-bunga yang terlebih. Barangkali sesuai dengan usia si penulis muda ni. Tapi, ada satu bahagian yang menyebabkan jantung aku sedikit terhenti. Oh, my… twist yang sangat menarik. Ramai yang tak sangka malah aku sendiri tak sangka yang ‘si dia’ itu begitu. Ending juga menarik. Menepati dengan kata-kata ‘kalau dah jodoh…’

Jadi pada kamu peminat setia e-novel, tak salah membaca karya-karya baru dari Cik Bulanhijau [review; Chenta & Twinkle] Cuba susuri hasil tulisannya. Kamu akan menyukainya dan pada yang tak suka tak apa sebab pastinya citarasa kita amat berbeza ;P

Fish – Hujan yang turun lewat semalam, menjadikan aku perindu pada lelaki ini, hadirnya penuh misteri mengubah persepsi aku tentang cinta [episod 30]

Ps: Adik, all the best in your exam!

Happy reading (^-<)

Rabu, 4 November 2009

Wo Ai Ni ALLAH


JUDUL: WO AI NI ALLAH a.k.a. AKU CINTA ALLAH
PENULIS: VANNY CHRISMA W.
TERBITAN: PTS LITERA UTAMA SDN BHD

~ Rasaku… ~

Semua hati yang keras akan luluh oleh sebuah kata: cinta. Ini bukanlah tentang aku, kelihatannya saja begitu.

Ia cerita tentang seorang aties dalam mencari Tuhannya. Si kecil Amei berusia 15 tahun yang belajar mengenal erti agama itu sendiri. Perjalanan kisah Amei yang berliku membuatkan aku rasa cukup bersyukur. Aku dilahirkan dalam agama Islam dan membesar begitu. Namun pada mereka yang berfahaman aties ini, ia semua perlu diterima oleh logik akal.

Amei mula keliru dengan kembara agamanya. Apatah lagi kerana itu bermulalah tragedi yang cukup menyayat hati. Ayahnya; insan yang membawa dia mengenal tiap-tiap agama pergi meninggalkannya. Setelah pemergian ayahnya Amei bagaikan dipulau oleh ibunya; Mei Hwa. Sudah dibilang banyak kali – agama itu palsu. Kita hidup dalam penderitaan kerana kembara ayahmu mencari kebenaran. Dengan kepayahan Amei menelan kata-kata ibunya. Ia menjadikan Amei hidup dalam kepuraan, kerana keliru dan trauma yang menyelubungi hatinya. Kasihan… gadis sekecil ini dikatakan menghidapi skizofrenia. Arghh… ia benar-benar menyentuh naluriku.

Namun naluri seorang ibu, dia tahu kematian suaminya bukan yang biasa-biasa. Dia juga tahu esok lusa dia atau anaknya juga akan mati. Dan akhirnya dia putuskan untuk membawa Amei jauh dari rumahnya sendiri. Amei tak perlu mati. Tapi sayangnya si ibu tak mengerti hati anaknya telah mati di saat melihat kematian ayahnya itu. Kejam… tapi di sebalik kematian ayahnya itu membawa Amei ke satu dimensi yang lain.

Amei bertemu dengan seorang doktor muda; Husain. Husain membantu Amei keluar dari dunianya. Tapi ada la pula halangan lain. Muncul si Safiyah – tunang Husain yang jealous dengan si Amei tu. Ishk3… Ending? Kena la baca sendiri sebab ia menarik. Selain agama, hubungan kekeluargaan, moral dan pegangan kita turut dibincangkan.

Amei – Aku mahu mencari Tuhan! Ayahku disembunyikan Tuhan! Aku mahu mencari Tuhan! [page 91]

Mei Hwa – Demi langit dan bumi, aku bersaksi, jika Amei ditemukan dalam keadaan selamat dan tidak gila, aku akan mengakui kewujudan Tuhan dan akan mencari ampunan daripada-Nya [page 83]
Husain – Aku percaya agama dianuti atas kepercayaan daripada hati nurani sendiri. Islam adalah agama yang menghormati akal dan fikiran [page 202]

Ps: Tiap-tiap kali PTS mengeluarkan novel dari Indonesia. Novel islamik Malaysia hilang ke mana?

Happy reading (^-<)

Life is an Open Secret


JUDUL: LIFE IS AN OPEN SECRET
PENULIS: ZABRINA A. BAKAR
TERBITAN: WISE WORDS PUBLISHING



~ Rasaku… ~

Life is divine chaos. Embrace it. Forgive yourself. Breathe. And enjoy the ride – Solbeam

I love that quote. But then I found this book. Muchas gracias Abang Tariq! Yes, it’s extraordinary stories. I should admit that I’m falling so hard with this book… hik3 lalala5

The 18 stories are simply adorable. It’s combination of inspirations, spirituals, and religious. It incredibility beautiful and amazing touch of art, advice, humor and stories - a real KNOWLEDGABLE! You may adapt it quickly as every single story was written with simple English. In fact, every story is what we are. This book comes whenever I’m lost. It gave me something that I really need – I need to change!

The secret as follows;


Secret 1: Love Your Mother
‘The Story of a Man and his Entrance Fees’
Secret 2: Decide Your Path Wisely
‘The Story of a Man and his Street’
Secret 3: Rise Early
‘The Story about the Housewife and a Package of Sugar’
Secret 4: Face Challenges with Zest
‘The Story of the Fishermen and the Sharks’
Secret 5: Aim and Strive
‘The Story of the 10-mile Trip’
Secret 6: Be Connected
‘The Story of the Farmer and his Orange Seeds’
Secret 7: Stay Steadfast
‘The Story of a Man and his Rope Competition’
Secret 8: Sharpen Your Communication Skills
‘The Story of a Phone Operator and the Caller’
Secret 9: Say the Word and Do the Action
‘The Story of the Archer and his Speech’
Secret 10: Choose Your Words with Care
‘The Story of a Kindergarten Teacher and her Experiment’
Secret 11: Manage your Time
‘The Story of the 1001-Piece Jigsaw Puzzle’
Secret 12: Be Ready for Opportunities in Life
‘The Story of a Blacksmith and his Young Student’
Secret 13: What Goes Around, Comes Around
‘The Story of a Boomerang’
Secret 14: Half Full or Half Empty?
‘The Story of Fred and Mabel’
Secret 15: Make Patience Your Policy
‘The Story of the Little Girl and her Eggs’
Secret 16: Be Persistent
‘The Story of a Man and his Wasteland’
Secret 17: Less of Me and More of We
‘The Story of a Typical Working Man’
Secret 18: Trust Your Lord
‘The Story about Yesterday, Today and Tomorrow’
Bonus Secret: Find Your Passion
‘The Story of a Man with a Perfect Job’


I like them erm, nope… I truly madly fall in love with them. But of course the Secret 18 was really inspired me. A story about yesterday; I’m that naïve. A story about today; here I am… and a story about tomorrow; If I still alive…

Words can’t describe my feeling. Therefore I can’t write anything as I don’t have any comment except read this book and react - life is an open secret… yes! Think about it. Keep it in your mind. Keep it deep inside in your heart dear.

Caliph ‘Umar – I do not care in what state I wake up in the morning – whether it’s good or bad – since I do not know what is good for me and what is bad [page 157]

Ps: Lama tak menulis. Rasa-rasa mesti penuh dengan grammar mistakes lalalalalala…

Happy reading (^-<)