Aktviti Membaca!

Jumaat, 20 November 2009

Manikam Kalbu


JUDUL: MANIKAM KALBU
PENULIS: FAISAL TEHRANI
TERBITAN: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA



~ Rasaku… ~

Membaca novel ini menuntut kesabaran yang cukup tinggi. Mungkin disebabkan penggunaan bahasanya. Aku perlu menjenguk halaman glossari di belakang buku dan ada masanya perlu menjengah ke Kamus Dewan hik3 lalala5 Namun, aku rasa ianya memang berbaloi. Sebuah cerita yang penuh harmoni dengan pelbagai jenis pakaian, warna, kain dan jahitan. Rujukan fesyen dan busana khususnya. Membawa aku mengenali dunia jahitan dalam falsafah Melayu. Sebuah cerita yang disampaikan dengan cukup santai walaupun ia sebenarnya gabungan cerita 2 zaman.

Ziryab; anak muda lelaki yang belajar menjahit. Sering diejek kerana dia dianggap lelaki yang tiada jantannya bila mendalami dunia fesyen. Namun, cinta Ziryab pada bidang ini tidak pernah luntur. Walaupun terpaksa menjaga neneknya yang menghidap penyakit alzheimer, Ziryab tak pernah putus harapan. Dia gigih belajar di samping mengambil upah menjahit di kedai peninggalan neneknya.

Manikam Kalbu – jangan terkeliru! Ia seekor kucing di zaman kini tetapi seorang jurubusana @ tukang jahit tersohor ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Watak ini tersangatlah istimewa. Aku suka dengan kucing yang comel penghibur duka buat Ziryab dan neneknya. Aku juga suka si tukang jahit yang begitu gigih memartabatkan busana Melayu bercirikan Islam ke seluruh pelosok negeri ketika itu. Pastinya kedua-dua watak ini berpadanan dengan tajuk novel ini sendiri… [jealous tengok cover si kucing comel yang sedang menjahit hahahaha]

Ada cinta yang terselit di hati Ziryab. Pada gurunya sendiri. Lebih kurang sama dengan Manikam Kalbu yang angau dengan guru minangnya. Sedar akan kedudukan diri masing-masing mereka bangkit semula. Dikecewakan oleh cinta bukan pengakhirannya, tetapi dengan rasa cinta itu mereka semakin gigih mempelajari bidang fesyen dan busana Melayu.

Ziryab – agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya… bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadi senjata keamanan sejagat! [page 356-357]

Ps: Aku beli secara online, so credit to Pondokbuku ;D

Happy reading (^-<)

7 ulasan:

  1. Suka sindiran & penceritaan dalam novel ni. Garapan yang menarik. Uhuu kan bagus kalau tukang jahit kita ikut prinsip Islam dalam menjahit pakaian. Taklah ramai yang tak cukup baju =)

    BalasPadam
  2. Sayang sebab xsemua tukang jahit tu berfikiran macam tu ;)

    BalasPadam
  3. salam cik airina.

    cerita ni memang best. apatah lagi ditulis oleh penulis tersohor seperti Faisal Tehrani. Karya beliau memang banyak yang membuatkan kita berfikir dan penuh teladan.

    saya cadangkan agar cik airina baca hasil penulisan beliau yang lain. memang tak rugi. hehehe... :)

    BalasPadam
  4. Salam E-One,

    betul3...
    karya penulis ni selalunya xmengecewakan saya!
    baca sudah, sekarang ni dalam proses membeli
    kesemua novelnya supaya ia menjadi hak milik kekal ;)

    Ps: ingatkan siapa la E-0ne ni, rupanya enche riri hik3 lalala5

    BalasPadam
  5. salam..
    buku2 faisal tehrani mmg best...
    buku manikam kalbu tu pun best jgk...

    BalasPadam
  6. salam..
    buku2 faisal tehrani mmg best...
    buku manikam kalbu tu pun best jgk...

    BalasPadam
  7. Salam Nur Najihah,
    iya, tulisan Faisal Tehrani memang best ;D

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))