Aktviti Membaca!

Khamis, 12 November 2009

ADAM



JUDUL: ADAM
PENULIS: RAMLEE AWANG MURSHID
TERBITAN: ALAF 21 SDN BHD



~ Rasaku… ~

Novelis thriller ni suka buat aku tercungap-cungap nak menghabiskan ceritanya hik3 lalala5 Selalu buat aku tak sabar dan bila membaca rasanya aku memang tak boleh tinggal macam tu je. Nak tak nak, aku akan baca sampai habis hehe…

Ia kisah Hilman yang terlalu ingin bertemu dengan anaknya, Jeslina. Sebagai ayah barangkali dia dilihat gagal untuk membahagiakan anaknya setelah kematian isterinya. Itu menyebabkan keluarga mentuanya membawa Jeslina jauh darinya. Kasihan… dalam cerita ni, seorang polis itu takde ertinya sangat sedangkan polis inilah yang menjaga bumi Malaysia daripada ancaman kan? Lagipun Hilman seorang polis berpangkat ASP; a sharpshooter lagi…

Keinginan Hilman kemudiannya tercapai. Berkat kesabarannya berbelas tahun, dia akhirnya dapat bertemu dengan anaknya di New York. Tapi sayang, dia dan Jeslina terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masing-masing cedera parah, Jeslina koma dan Hilman pula dituduh mabuk semasa memandu.

Di New York, Hilman bangkit menuntut keadilan. Kemunculan Mia Sara; petugas di Kedutaan Malaysia Washington D.C, Gabriel; MIA dan Daljit; wartawan banyak membantu Hilman dalam misinya. Ada juga si Ruben; agen CIA dan terrorist from Iraq. Memang gila la cerita ni. Tapi aku suka dengan tulisan RAM yang menerangkan tak semua orang itu jahat. Manusia walau berbilang agama mahupun bangsa, kalau hatinya suci bersih… dia harus diberi layanan seadilnya. Menjadi Islam mengajar kita bersikap adil walau dengan sesiapa jua sekalipun.

Di penghujungnya bila rahsia sebenar terbongkar, masing-masing dah tak senang duduk. Ini kerana segala-galanya adalah satu konspirasi melibatkan orang besar White House. Mahu atau tidak, Hilman membentuk keadilannya sendiri.

Ada juga terselit kisah cinta. Mia Sara yang jatuh hati pada Hilman kerana mereka berkongsi satu hati yang sama. Nor Alia – adik ipar Hilman yang turut memendam perasaan padanya. Gabriel rakan lama Mia Sara yang memang sudah lama menyukai temannya itu. Jadi, siapa yang akan berjaya dalam cinta? Ala… teka je, jawapannya sangat senang hik3 lalala5

ADAM = Aku Darah Anak Malaysia. Cerita yang mengingatkan aku pada filem mat salih. Penuh konspirasi, penuh adegan saspen dan diisi dengan pelbagai twist yang menarik. Rugi kalau tak baca!

Ps: Credit to Kak ya yah for this gift. TQ *muka sengih lebar*

Happy reading (^-<)

2 ulasan:

  1. Saya kenal RAM melalui novel ni. Penamat yang menarik. Kisah pun boleh tahan. Suka Hilman "tinggalkan kenangan" pada Presiden AS.

    BalasPadam
  2. Betul, kenangan paling manis tuk seorang Presiden hehe

    BalasPadam

What say you?
Do comment... but please state your name :))