Aktviti Membaca!

Khamis, 10 Disember 2015

#hilalasyraf: Koleksi Status Facebook Terbaik


#hilalasyraf: Koleksi Status Facebook Terbaik
Hilal Asyraf

ISBN: 9789674112585
Penerbit: PTS Publications
Tarikh Terbit: 2014
Halaman: 312
Harga: RM25

~ Rasaku… ~

Nampak ringkas, tapi kalau baca dengan penuh rasa... hmm, terasa bagai dilempar ke dinding.

Pheww... kita semua pendosa.
Tapi, hati tetap mahukan syurga.

Tabarakallah!

Full review: 23/11/2015


Kehidupan ini adalah pilihan,
untuk menjadi baik,
ataupun melakukan kejahatan.

Kita pilih.
Maka, jangan salahkan Tuhan
Dia memberikan kita peluang,
untuk membuat pilihan.
-          Catatan 37


Catatan ringkas sang penulis di laman mukabukunya, dikumpul dan kemudiannya dibukukan.

Ringkas. Ya. Sangat! Tapi isinya tetap ada.
Aku ambil masa untuk menghadamnya. Mudah-mudahan ada yang kekal diam dalam otak dan hatiku.

Apa pun perkara yang paling aku ingat selepas tiba di halaman terakhir adalah ini -- siapa pun yang melakukan dosa. Bukan kita yang menerakakan mereka.

Nampak mudah, kan? Hakikatnya, kita [aku berkata tentang aku], sering saja ‘mencipta’ neraka buat si mereka, konon-konon aku yang paling baik. Allahu... Moga Tuhan ampunkan khilafku ini. Amiiinnnn...

Happy reading (^-<)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

What say you?
Do comment... but please state your name :))